On 10/17/10, Dari seorang insan yang kukenal..
Assalamu’alaikum.
Sebagai renungan bersama, maksud sebuah hadis menyatakan:
“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amal kebajikan, kecuali 3 perkara iaitu anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah dan ilmu yang dimanfaatkan.”
“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amal kebajikan, kecuali 3 perkara iaitu anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah dan ilmu yang dimanfaatkan.”
Justeru, sebagai tanda penghargaan kita kepada ibu bapa khususnya kepada Almarhum Bapa atau Datuk dan Almarhumah Emak atau Nenek, saya mencadangkan supaya TKB mengambil inisiatif untuk mewujudkan dana khas bagi membiayai projek waqaf untuk diniatkan supaya segala amal kabajikan tersebut dihadiahkan kepada kedua-dua mereka dan ibu bapa masing-masing (yang diniatkan itu). Untuk itu surat niat dan bayaran diperlukan.
Untuk makluman semua, tidakkah di Masjid batu 8 ijok, membuka peluang kepada pewaqaf yang berminat untuk menaja beberapa projek waqaf seperti kolah mengambil wudhuk, pondok waqaf, parking berbumbung dll. Oleh demikian, sekiranya tiada, adalah diharapkan AJK JKP TKB dapat menimbangkan cadangan ini dan seterusnya dapat dilaksanakan sebagai salah satu amal jariah kita kepada pengembangan Islam. (Mohon perbincangan terperinci/lanjut dengan pihak Masjid Nurul *Iman Batu 8 Ijok.
Demikian sedikit pandangan untuk dimanfaatkan oleh TKB dan semoga segala amalan kita mendapat keberkatan dari Allah swt. Insya-Allah….
Sekian, terima kasih.
Ikhlas dari saya,
Hj. Isnu Bin Hj.Sururi
visnu.sururi@gmail.com
http://www.moe.gov.my/ppdkualaselangor/
Hj. Isnu Bin Hj.Sururi
visnu.sururi@gmail.com
http://www.moe.gov.my/ppdkualaselangor/
. .
No comments:
Post a Comment