Muzakaroh Jauhar antara saya dan Ust. Hayat Kiswah. WALLAHI tiada satu pun diubah isinya
by Cikgu Nuar on Thursday, December 30, 2010 at 7:24am
Cikgu Nuar pada 19hb Ogos pukul 9.16 pagi
Assalamualaikum ust Hayat semoga ustaz didalam lindungan rahmat Allah senangtiasa. dengan rendah diri saya menjemput ustaz utk melihat posting terbaru saya di wall fb saya. dan sangat berharap ustaz dapat memberi respon. semoga suatu penyelesaian tercapai Robbi yasir wala tu a'sir ya kareem
pada 20hb Ogos pukul 3.57 ptg Lapor
Salam cikgu anuar yang saya sayangi kerana Allah.. Saya tidak berbalah dengan mereka... Saya hanya menerang mengikut disiplin ilmu saya.Apa yang saya belajar di al Azhar, pondok, tarekat Naqshbandi Haqqani dan us syarhan..Berselisih pendapat adalah biasa dalam bab ni.. Yang saya kesali adalah orang yang menjadi batu ap...i.. tu saja. Saya harap mereka maafkan saya dan saya pun memaafkan mereka. perkara ini saya dah komen... Sila rujuk: http://www.rawatanislam2u.com/2010/08/muhasabah-diri-sempena-ramadhan.html
pada 20hb Ogos pukul 4.02 ptg Lapor
Maklumlah orang yang kita jumpa berbeza, guru berbeza, kitab yang dibaca berbeza, latar belakang dan disiplin ilmu agama berbeza, pendedahan berbeza.. Sepatutnya kita kena berlapang dada dengan perbezaan ini dan teguran orang lain. Jangan melenting... Saya tak marahkan mereka lagipun mereka bukan berlatarbelakang agama dan bukan pengikut mana2 tarekat secara jelas dan pengikut yang tegar... itu saja...
Sya harap cikgu nuar rahsiakan post saya ni.. takut disalahertikan oleh wanasrul dan syakirin... gaduh pula nanti...
pleasa... love u ....love and salaamss.. hayat
pada 20hb Ogos pukul 4.12 ptg Lapor
nanti kita jumpa boleh sembang2... makan2 ikan bakar petai kat tanjung lumpur.... :)
pada 20hb Ogos pukul 4.14 ptg Lapor
us syarhan ajak jumpa dia ..bila dia turun kuantan... nak jumpa dia.. dah rindu.... Kalau dia ke Kuantan saya nak ke sana...
Cikgu Nuar pada 20hb Ogos pukul 10.45 ptg
saya juga sayang akan ust kerana Allah. saya faham akan konsep ustaz dan saya tak salahkan ustaz. cuma kalau boleh kita dapatkan muzakarah bukan utk paksa sesiapa terima atau utk kata siapa salah tetapi utk kita dapatkan muafakat. saya dengar ust ada kes ngan ust malek ape pun saya letak ketepi sebab kita bukan maksum kita manusia biasa kadang tersilap kadang tersalah sebab fitrah kita alpa. saya berhasrat apa jua persatuan, disiplin ilmu dan guru kita selagi kita tidak bercanggah dengan tauhid dan syariat harap dapat kita duduk bersama berkongsi di bawah payung Kalimah Haq. maaf hari tu saya nak datang kat annaxe tapi tak sempat sebab kena tugas. Ust jangan bimbang, tujuan saya hubungi ustaz bukan untuk mengeruhkan keadaan atau menambahkan kekeliruan antara ustaz dengan ust wan atau ust syakirin sebab matlamat saya ialah saya ingin melihat kita semua boleh berjaban tangan berdakap peluk dalam bersaudara kita bersama atas rasa cinta Nabi SAW.
saya rasa senang berbincang dengan ust atas keterbukaan ustaz. ya mudah-mudahan kita dapat bertemu makan2 :) insyaallah. insyaallah kalau ust syarhan turun saya cuba maklum ust. harap berbincangan ini dapat membuka lembaran baru buat kita semua. ustaz adalah permata yang berharga disisi Agama nusa dan bangsa. bagi sy anda semua sangat berharga kalau kita semua berpecah sudah pasti yang bertepuk tangan ialah syaitan dan kafir yahudi. perjuangan kita masih jauh harap kita dapat bersama. insyaallah ilal liqa
Cikgu Nuar pada 20hb Ogos pukul 11.33 ptg
oh ya tambahan. mungkin kita adakan muzakarah tertutup utk kita bincang ada perkara yang samar2. maksud saya antara ustaz dengan ust wan dan ust syakirin. saya harap sangat ust muafakat kita dapat tercapai. ada kekurangan sesama kita dapat yang lain menampung, ada perkara boleh diterima kita terima kalau ada yang tiada kita tolak. saya cuma seorang cikgu biasa yang jahil tak layak nak bicara hal ini sekadar mengharap ustaz dan yang lain dapat bincang baik dan dapatkan muafakat. ada mungkin kita boleh jemput Tuan Guru Harun Din utk jadi middle man. insyaallah
pada 25hb Ogos pukul 12.40 ptg Lapor
saya tak mahu...sebelum ini kita dah ada muzakarah dengan ridam di Darul Hikmah Klang .. akhirnya berakhir dngan kes nak bertumbuk pula...
pembetulan saya tidak ada kes dengan us malek..... kami cuma tidak bersetuju dengan yuran mahal yang dikenakan ustaz malek iaitu rm 100 upah dan rm 100 lagi harga produk wajib.... jadi kami (saya dan zailan) dikeluarkan itu saja...
pada 25hb Ogos pukul 12.41 ptg Lapor
saya tidak suka berdebat.. saya tidak menyerang cuma menerang saja
beberapa artikel yang saya nak kongsi dengan inta... harap lapang dada dan jangan bocorkan artikel2 ni ... bahaya....
pada 25hb Ogos pukul 12.42 ptg Lapor
harap amanah!
Penjelasan saya:
Sebenarnya saya ingin berdiam saja dengan beberapa isu perbomohan semenjak dua menjak ini kerana menghormati bulan Ramadan yang mulia dan ingin menumpukan kepada amal ibadat dan penulisan kertas kerja serta buku. Sudah berminggu2 saya memencilkan diri saya di Kg Batu Sawar, Gunung Senyum, kampung isteri saya untuk mencari ketenangan. Saya juga tidak berbalah dengan sesiapa dan bekerja keras tidak mahu mencari musuh dengan sesiapa. Namun hati saya terguris dengan beberapa blog yang padat dengan sindiran kepada saya. Malah ada perawat yang bercakap seolah sheikh sufi yang tinggi makam dan ilmu tasawwufnya lagi padat tulisan nya dengan ma’rifat (yang sebenarnya menyalahi tasawwuf yang mementingkan sifat tawadduk) menyifatkan saya dan KISWAH sebagai lebih teruk dari WAHHABI…
Sedangkan beliaulah yang menjuarai bab adab, akhlak dan jangan berbalah kerana kita berasal dari NUR yang sama… tetapi on the other side of the coin memuntahkan kata2 yang amat menyakitkan hati kepada saya secara umum di dalam forumnya… Perhatikan blog dan shoutboxnya sejak sekian lama yang semata2 wujud untuk menyindir saya dan KISWAH sahaja. Tidak pula saya pernah jawab bahkan tidak pula saya membuka blognya… Cuma hanya anak2 murid saya yang menyampai kepada saya dan meminta saya memberi penjelasan…
Bayangkahlah; mengatakan saya dan KISWAH bukan Wahhabi, tapi lebih teruk dari WAHHABI iaitu puak MUJASSIMAH dan MUSYABBIHAH.
Saya ingin bertanya kepada anda…Tarekat apa yang anda ikut? Terekat SINDIRANkah? Seolah2 sindiran itulah zikir anda setiap hari…
Sekali lagi saya menyatakan tidak berbalah dengan sesiapa; cuma sekadar menerang dan mempertahankan diri saja.
Tidak ketinggalan peserta seminar2 saya selama ini yang hadir semata2 untuk menjadi BATU API kepada pusat2 rawatan yang ada. Datang ke seminar bukan untuk mencari ilmu yang sebenarnya merupakan NUR ALLAH tetapi sekadar mencari modal untuk melaga2kan antara pusat rawatan. Bukankah saya sudah nyatakan bahawa sekiranya terdapat perselisihan pendapat dalam bab2 tertentu harap berlapang dada kerana mungkin terdapat perbezaan pendapat berdasarkan latarbelakang ilmu agama, pendedahan, pengalaman, buku yang dibaca, sheikh yang dijumpai…
Belum lagi bercakap berkenaan rawatan yang banyak memesongkan fakta agama mengikut akal, nafsu dan emosi semata-mata malah jauh sekali menggunakan al Quran, al Hadis, ijma’ dan qiyas dalam memberikan pendapat, hujah dan penjelasan demi menegakkan perbomohannya. Ini kerana guru2nya juga bomoh dan kebetulan padat dengan hujah aliran perbomohan dari Jepun.
Saya juga terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara kerana memperjuangkan perubatan Islam melalui al Quran malah membersihkan masyarakat dari kesyirikan melalui perbomohan yang menyelinap di dalam apa yang didakwa ‘perubatan Islam’ adalah IKRAR kami di KISWAH kepada guru kami Tuanku Sheikh Raja Ashman dan Maulana Sheikh Nazim. Itulah IKRAR kami!!!!!
Saya terpaksa menulis hal ini demi menyelamatkan masyarakat dari kesesatan dan perbomohan. Saya hanya menerang dan tidak sama sekali ingin menyerang dan mencari gaduh seperti yang didakwa ramai orang. Saya hanya menulis dan bercakap apa yang menjadi amanah kepada saya oleh guru2 saya dan mempertikai , menyindir dan memperlekehkan saya dan KISWAH secara peribadi pada saya merupakan sindiran juga kepada Yang Mulia guru saya yang telah memberi ijazah dan amanah ini kepada kami…Kerana pusat rawatan ini diberi nama, ijazah, sanad, izin dan dustur oleh Yang Mulia Sheikh Raja Ashman dan merupakan khalifah Maulana Sheikh Nazim al Haqqani untuk wilayah Timur.
Saya juga menerang dan menjawab dengan sekelumit ilmu yang ada yang didapati dari pendidikan yang tidak seberapa dari sekolah agama, universiti, al Azhar as syarif, sheikh2 azhar dan abu nur, Dimasyq Syria yang saya talaqqi, tok2 guru pondok Kedah yang saya musofahah dan ambil ijazah kitabnya, sheikh2 tarekat Naqshbandi, Qadiri dan Chisti yang saya ambil baiahnya, guru2 perubatan Islam yang saya thiqqah dan kitab2 perubatan Arab dan Melayu yang saya baca. Itulah yang saya guna sebagai timbang tara dan kayu pengukur kepada penilaian saya. Jauh sekali untuk mengaibkan peribadi orang itu dan ini. Itu saja.
APA YANG SAYA KHUATIR BUDAYA PERUBATAN ISLAM DI MALAYSIA YANG MANA PEMINAT DAN PENGAMALNYA AMAT TAKSUB KEPADA KEHEBATAN DAN KEAJAIBAN AKHIRNYA MENGHILANGKAN JATIDIRI DAN KETULENAN PERUBATAN ISLAM MELALUI AL QURAN, HADIS DAN PENGAMALAN ORANG SOLEH YANG SUCI MURNI KERANA DICEMARI PERBOMOHAN, PEMBOHONGAN, PENIPUAN DAN KEJINNAN SATU HARI NANTI.
FENOMENA BLOG PERUBATAN ‘ISLAM’ MALAYSIA YANG DIMONOPOLI OLEH MEREKA YANG BUKAN BERLATARBELAKANG PENDIDIKAN TINGGI AGAMA ATAU ‘USTAZ / SYAIKH INSTANT’ JUGA SEDIKIT SEBANYAK MENJADI PENYEBAB KEPADA TRAGEDI INI TERJADI.
MANA DIA SISWAZAH2 AL AZHAR DAN TIMUR TENGAH??? DI MANA ANDA? KENAPA TIDAK TURUT SAMA MEMPERJUANGAKAN PERUBATAN AL QURAN YANG INDAH DAN MUDAH KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA!!!
Jadi inilah saya di arus media memperjuangkan isu2 ini kepada semua. Ingat kepada semua anak2 murid dan para peserta seminar saya yang mungkin sudah berjumlah 1000 lebih orang kini…..
SAYA BUKAN TUAN GURU ANDA, SAYA CUMA KETUA KELAS SAJA… Gurunya adalah guru saya Tuanku Sheikh Raja Ashman dan Maulana Sheikh Nazim…..Harap jelas.
Saya berharap kita semua dapat berlapang dada demi menerima kebenaran dan tidak lagi memesongkan masyarakat kita yang rata2 cetek ilmu agamanya esp mengenai perubatan Islam. Saya tidak menggunakan kata2 saya, bahkan saya menaqalkan kata2 seorang ulamak yang terbilang di negara kita dan tokoh di dalam perubatan Islam (untuk beberapa isu yang bakal saya post nanti). Saya bukan menjual nama Darussyifa’ dalam hal ini…. Tapi semata2 menggunakan hujah2 Tuan Guru Harun Din untuk pencerahan kerana hujah2nya amatlah jelas dan kuat.
Inilah penjelasan saya dan saya tidak akan respond lagi bab ni kecuali menerangkan hukum hakam mana2yang saya tahu saja…..
pada 25hb Ogos pukul 12.43 ptg Lapor
Tak payah baca kalau tak faham; Al Quran vs Mantera
Baru2 ini Malaysia gempar dengan dakwaan satu blog yang menyatakan bahawa;
MEMBACA MANTERA YANG DIFAHAMI MAKSUDNYA LEBIH BAIK DARI MEMBACA AL QURAN YANG TIDAK DIFAHAMI MAKSUDNYA
Bukankah al Quran itu KALAMULLAH... kalam Allah... tiada kalam yang lebih baik untuk dibaca melainkan al Quran jua.....
Firman Allah Taala Surah Fussilat ayat 44:
•
44. Dan Jikalau kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[1334]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".
[1334] yang dimaksud Suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.
Satu hadis Nabi Muhammad saw berbunyi:
”Khairul kalam, KalamuLLAH”... Sebaik2 kalam (percakapan) itu adalah KALAM ALLAH...”
*DariAbu Ubaid bin Talhah bin Mushrif: pernah berkata: Adalah dikatakan:
”Apabila dibacakan al Quran di sisi pesakit dididapati penyakitnya bertambah ringan.”
Tidak kisahlah sama ada dibaca dengan difahami maksudnya atau tidak. Kalau faham maksudnya itu adalah nur alan nur.. Lebih baik lagi!!!!!
PENJELASAN:

Mana yang lebih baik dari Kalam Tuhan kita yang telah menjadikan alam maya ini atau mantera buatan manusia. Lebih2 lagi yang mempunyai unsur2 syirik secara terang2an....
Dalam Usul Fiqh malah dalam ilmu Ulum al Quran, ta’rif al Quran menyatakan bahawa:
al Quran huwa Kalamullah al munazzal ala nabiyina muhammad saw bi wasitati jibril as al mutaabbad bi tilawatihi...
”Al MUTAABAD BI TILAWATIH” bermaksud adala dikira ibadah bagi sesiapa yang membacanya....
Ulamak membahaskan ta’rif ini: bahawa dikira ibadah sesiapa yang membacanya sama ada difahami maksudnya atau tidak... Dapat pahala orang yang membacanya walaupun tidak faham maksudnya.... Begitu juga dengan zikrullah..... Perkara ini saya pelajari dengan sheikh2 al Azhar ketika di al Azhar dulu... Sekiranya difahami maksudnya maka itu lebih baik ”NUR ALA AN NUR”..,cahaya atas cahaya...
Sekiranya kita mengatakan buat apa baca al Quran kalau tak faham:
Tuan2 orang Arab yang komunikasinya adalah Arab juga tidak faham sepenuhnya al Quran.. Macam kita... memerlukan pengajian agama seperti Tafsir, Tafsir Ayat Ahkam, Fiqh Kitab dan sebagainya... Sebab itu orang belajar..Sebab itu orang mengajar dari kalangan ulamak2 Islam.
Jadi kalau tak faham apa toksah baca ke.. Astagfirullah.... Kalau berfahaman sebegini kasihanlah orang Afrika, China, India dan serata dunia termasuklah kita yang bukan bahasa pertuturannya adalah Arab....
Implikasi dari kata2 sebegini akhirnya membuatkan masyarakat jauh dari al Quran KALAM ALLAH..... dengan dakyah mereka... baca al Quran berbakul2 buat apa kalau tak faham? buat apa.. Lebih baik tak baca....
Kita ni orang Islam... Kenapa la benci sangat kepada al Quran, Rujukan kamu apa? Perlembagaan kamu apa? Apa yang nabi ajar kepada umatnya. Al Quran atau mantera ? Astaghfirullah...

Jangan mengejek orang yang membaca al Quran
Selalunya mereka akan menyindir pengamal rawatan Islam yang mengamalkan ruqyah sebagai geng2 sakit tekak kerana terlampau banyak baca al Quran. Sedangkan lebih baik sakit tekak membaca al Quran dari terlampau banyak menyindir orang atau membaca mantera syirik.
Masya Allah... Semasa saya di Dimasyq Syria... Sheikh2 Jami' membaca ruqyah untuk merawat pesakit dengan suara yang lantang... seperti yang saya lihat secara berdepan dengan imam masjid abu nur, jabal qasiyoun, dimasyq syria yang membacakan ruqyah kepada pesakit depan saya dengan nada yang kuat. Saya pernah menuntut di Abu Nur; Majma' Sheikh Ahmad Kiftaro yang diasaskan oleh al Marhum Sheikh Ahmad Kiftaro yang merupakan bekas mufti Syria dan Sheikh Tarekat Naqshbandi Khalidi al Kurdi yg juga merupakan sahabat karib Maulana Sheikh Nazim. (Banyak video2 lama pertemuan Sheikh Nazim dan Sheikh Ahmad ada dalam simpanan saya)
Inilah yang disindir dan diperlekehkan oleh ustaz instant.
Anda orang Islamkah? Apa rujukan kitab anda? Kenapa terlampau benci kepada ruqyah dan perubatan al Quran?
Semua ini dibuat sebagai satu serang balas apabila kita menegur mereka yang menggunakan kaedah pendukunan dan kisah rawatan yang pelik2. Tidaklah mereka memberi penjelasan berkenaan dakwah para perawat Islam kepada mereka malah mereka menyerang pengamal ruqyah pula.
Ada juga peserta seminar yang memberi komen berkenaan bacaan raqi yang tiada basic agama membaca al Quran sangat hodoh dan macam budak tadika....
Masya Allah... Alangkah indahnya agama apabila ada orang yang tiada basic agama kembali ke pangkal jalan berusaha untuk mempelajari al Quran dan masih berusaha mempelajari al Quran berusaha mempelajari perubatan al Quran dan menggunakannya sebagai ikhtiar kesembuhan.
Jangan patahkan semangat mereka yang baru nak berjinak dengan membaca al Quran dan beramal dengan perubatan al Quran dengan panggilan 'baca macam anak aku yang tadika'... Elokkah sangat bacaan anda... Ada pernah tasmi' dengan sheikh qurra' dan dapat ijazah al Quran dari mana2 sheikh2 qurra sehingga memperlekehkan orang baca al Quran.
pada 25hb Ogos pukul 12.43 ptg Lapor
Haram hukumnya menghalang orang berubat dengan al Quran
Syarat berubat dengan al Quran:
82. Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Nak berubat dgn al Quran kena yakin bahawa ia benar sumber kesembuhan.. syaratnya orang yang beriman kepadanya!
Percaya kepada kitab adalah antara hukum iman yang wajib kita percayai. Menolak,mempermain dan memperlekehkankannya dalam apa jua bentuk dan lapangan serta perpspektif adalah haram dan boleh menggugurkan iman. Apalagi untuk membandingkannya dengan mantera dan jampi serapah. AstaghfiruLLAH....
Sesungguhnya haram hukumnya menghalang orang ramai berubat dengan al Quran atau apa2 kata2 yang menjauhkan orang Islam dari al Quran.
Dalilnya amat jelas di dalam Al Quran:
Firman Allah Taala:
•
Surah al Furqan ayat: 30. Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan Yang ditinggalkan, tidak dipakai". Surah al Furqan ayat 30..
Penjelasan menurut kitab ”A’lij Nafsaka bil Quran oleh Sheikh Abil Fida’ Muhammad Izat, Kaherah Mesir:
Di dalam bahasa Arab menghalang dari mendengar al Quran, menyembunyikan dan beriman kepadanya dipanggil 'mahjur' isim maful (dihalang)
Apa maksud mengalang al Quran? Ada beberapa jenis menghalang Al Quran / meninggalkan al Quran / tidak dipakai)? Kata ulamak di dalam penafsiran mereka; maksud al Quran itu ’MAHJURA’ :
1) Halang beriman dengan al Quran.
2) Halang mendengar al Quran.
3)Menghalang berhukum dengan al Quran.
4) Halang tadabbur dan memahami al quran.
5) Menghalang mencari penawar dan berubat dengan al Quran...
Inilah rintihan dan aduan nabi kepada Allah Taala tentang kaum Musyrikin yang menghalang orang ramai dari mendengar al Quran..
Hati2 dengan kenyataan kita sekiranya boleh mambawa natijah sebegini yang disalahfahamkan oleh masyarakat lantas menjauhkan mereka daripada al Quran . Sudahlah masyarakat kita buta al Quran dan ilmu2nya. ..lebih2 lagi kalau kita mendakwa sebagai ’perawat Islam’ dan banyak pula pengaruhnya kepada mereka yang tiada latarbelakang agama... Lebih2 lagi kita masih di dalam bulan Ramadhan yang dikenali sebagai Syahrul Quran (bulan al Quran).
...takut nanti tanpa disedari kita ada ciri2 orang musyrikin tanpa disedari...
INI PERKARA YANG SERIUS!!!! Perkara yang melibatkan akidah Islamiyyah...
Apatah lagi membandingkan bacaan al Quran dengan mantera dengan mengatakan bahawa lebih elok membaca mantera dengan difahami maksudnya daripada membaca al Quran yang tidak diketahui maksudnya.. Astagfirullah...

pada 25hb Ogos pukul 12.44 ptg Lapor
Haram hukumnya memasukkan jin ke dalam botol:
1) Termaktub dalam kitab as Sorimul Battar; sekiranya benar2 tindakan tersebut boleh dilakukan maka hukumnya adalah haram di sisi Allah kerana apa hak manusia untuk mengurung / mengkuarentin / apa jua istilahnya sedangkan mereka (jin) mempunyai undang2 dan mahkamah mereka sendiri untuk menentukan apakah hukumannya yang sepatutnya kepada mereka.
2) Seperti yang termaktub di dalam buku Menjawab Persoalan Makhluk Halus dan Kaitannya dengan penyakit dan perubatan tulisan Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din al Hafiz bahawa tindakan tersebut tiada asasnya di dalam syarak…. Terkeluar dari syarak:
{ Dalilnya:
Nabi saw pernah satu ketika mengimankan solat di Masjidil Haram. Tiba2 para sahabat melihat Rasulullah sedang mengelak dari sesuatu seperti memegang / menangkap sesuatu yang mereka tidak nampak.
Setelah selesai solat para sahabat bertanya. Rasulullah saw menjelaskan kepada sahabat, ifrit telah datang kepada baginda dengan obor api untuk mengganggu solatnya lalu baginda mengelak daripada nyalaan obor api itu dari terkena muka dan telah menangkapnya dengan tangan.
Pada ketika baginda berazam untuk mengikat ifrit itu pada salah satu tiang di Masjidil Haram supaya ifrit itu dapat dilihat dan dimainkan oleh budak2. Tiba2 baginda teringatkan doa nabi Sulaiman as yang memohon kepada Allah Taala agar kekuatan yang ada padanya boleh menawan, menangkap dan mengurung makhluk halus ini TIDAK DIBERIKAN KEPADA ORANG LAIN.
Oleh kerana itu baginda melepaskan ifrit tersebut.
Hadis berikut menerangkan perkara ini:
Maksudnya:
“ Syaitan telah datang mengganggu solatku. Lalu aku pegang lehernya dan mencekiknya sehingga dapat aku merasakan lidahnya yang sejuk pada tanganku. Jika tidak kerana doa nabi Sulaiman as nescaya akan aku ikat syaitan tersebut untuk tontonan kamu.”
Kejadian yang berlaku bolehlah kita membuat kesimpulan:
1) Nabi Muhammad tidak pernah menangkap / menanmbat iblis bahkan jauh sekali untuk memasukkan ke dalam botol dan membuangnya di mana2 tempat.
2) Baginda saw cuma mengelak apabila diganggu.
3) Baginda menangkapnya disebabkan ifrit menggangu baginda apabila solat.
Walaupun baginda berniat untuk menambat ifrit tersebut, namun apabila baginda teringat doa nabi Sulaiman.. BAGINDA TIDAK MELAKUKANNYA.
MENANGKAP / MEMBUANG MAKHLUK HALUS TIADA ASANYA DALAM HUKUM SYARA’
Makhluk ini diperbuat daripada api dan bukan fizikal.
Kuasa api adalah kuasa cahaya yang boleh melepasi tembok.
Sekiranya kita mengurungnya dalam bekas seperti botol yang diperbuat daripada kaca yang telus cahaya bermakna makhluk halus boleh masuk dan keluar. Mana mungkin sesuatu yang bentuknya bukan fizikal hendak dimasukkan dalam sesuatu yang berbentuk fizikal. Botol merupakan benda fizikal sedangkan makhluk halus bukan fizikal.
Makhluk halus adalah dari api yang dijadikan daripada unsur cahaya. Kelajuan sama seperti kelajuan cahaya. Tidak ada gunanya ia dimasukkan ke dalam botol kerana makhluk tersebut boleh keluar dan masuk pada bila2 masa.
Nabi Sulaiman as dan Nabi Muhammad boleh menangkap makhluk halus kerana mereka adalah Rasul> Namun tidak terdapat perbuatan sahabat, tabien dan tabi’ tabien yang menangkap makhluk halus untuk dimasukkan ke dalam botol.
Perkara yang digalakkan adalah berikhtiar dengan membaca ayat al Quran seperti yang diajar Rasullullah saw seperti membaca Surah al Baqarah ayat Kursiy dan sebagainya…. }
PETIKAN DARI BUKU KARANGAN TUAN GURU DATO’ DR HARUN DIN MENJAWAB PERSOALAN MAKHLUK HALUS
pada 25hb Ogos pukul 12.44 ptg Lapor
Benarkah Orang Bunian Itu Wujud
Seperti yang termaktub di dalam buku Menjawab Persoalan Makhluk Halus dan Kaitannya dengan penyakit dan perubatan tulisan Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din al Hafiz:
Makhluk halus yang dikenali sebagai jin, syaitan, iblis, ifrit dan sebagainya jelas terpapar di dalam al Quran dan Hadis Sohih.
Pada pendapat saya, makhluk ini memang wujud dan tergolong dalam kategori makhluk halus. Makhluk ini dikaitkan dengan satu perkampungan atau penenpatan seperti manusia. Mereka berumahtangga, beranak pinak dan hidup bermasyarakat.
Ada yang mendakwa pernah melihat bunia (jin) dan mendakwa manusia mampu berkomunikasi dengan orang bunian sehingga mampu berjiran termasuk meminjam barang2 keperluan harian. Kesahihan cerita ini saya pulangkan kepada Allah Taala yang lebih Mengetahui.

Bolehkah manusia berkahwin dengan jin dan apakah hukumnya?
1) Seperti yang termaktub di dalam buku Menjawab Persoalan Makhluk Halus dan Kaitannya dengan penyakit dan perubatan tulisan Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din al Hafiz bahawa hukumnya adalah HARAM:
•• •
21. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah adalah manusia juga.
Mengenai dakwaan mengatakan ……….. bahawa dia telah berkahwin dengan jin ia memang boleh berlaku.
* Sebagai contoh, ada pendapat ulamak yang mengatakan bahawa salah seorang daripada ibubapa Ratu Balqis, raja perempuan negeri Saba’ (Yaman) adalah dari golongan jin. Sila lihat Tafsir Qurtubi membincangkan ayat 64 Surah al Isra’ yang menyebut tentang keturunan Ratu Balqis.
•
64. Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka[861].
[861] maksud ayat Ini ialah Allah memberi kesempatan kepada Iblis untuk menyesatkan manusia dengan segala kemampuan yang ada padanya. tetapi segala tipu daya syaitan itu tidak akan mampu menghadapi orang-orang yang benar-benar beriman.
*Hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah ra, Nabi saw bersabda:
Maksudnya: “Adakah sesiapa di kalangan kamu yang menjadi al Mugharribuun? Maka aku (Aisyah) bertanya kepada Nabi saw tentang siapakah al Mugharribuun itu? Maka Nabi saw bersabda: al Mugharribuun itu ialah mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin.”
Sunan Abi Daud as Sajastani
b) Mengenai hukum yang kedua pula adalah jelas. Jumhur ulama bersepakat hukum berkahwin dengan jin adalah tidak sah sama sekali. Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak boleh sama sekali (HARAM).
Saya berpegang dengan pandangan jumhur ulamak yang mengatakan hukum perkahwinan tersebut tidak sah kerana menyalahii ayat suci al Quran surah ar Ruum ayat 21…
21. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri DARI JENIS KAMU SENDIRI (manusia-manusia/ jin-jin), supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah SWT dan tidak mendapat restunya. Tidak mungkin ketenangan dapat dicapai. Kita dapat merasakan jika berlaku krisis rumah tangga dengan golongan jin, bagaimana rumah tangga boleh aman dari gangguan mereka.
Malahan anak2 yang lahir dari hubungan mereka akan bermasalah. Mereka tidak dapat bergaul dengan sanak saudara dari alam manusia. Jika berlaku masalah dengan anak2 jiran pasti akan mengundang kecelakaan.
Nasihat saya kepada keluarga ……….., hindarilah dari perkara tersebut berlaku.

p/s: Bagaimana pula dengan orang yang belajar dengan seseorang yang berkahwin dengan bunian… Seorang kiyai yang benar kiyai tidak akan melakukan perbuatan yang mendapat kemurkaan Allah..WALLAHU A’LAM>
pada 25hb Ogos pukul 12.45 ptg Lapor
Banyakkan membaca al Quran dalam rawatan dan luar rawatan dalam bulan al Quran ini- bersama mencontohi pembacaan orang soleh
Baru2 ini Malaysia digemparkan dengan kenyataan seorang hamba Allah yang mendakwa pengamal rawatan Islam menyatakan bahawa membaca mantera dengan difahami maksudnya (walaupun mempunyai unsur syirik yang jelas) lebih baik dari membaca al Quran tetapi tidak difahami maksudnya.
Mengucap panjang saya…
Kemudian orang sama menyatakan bahawa membaca mantera lebih baik dari pada membaca al Quran berbakul2 sehingga sakit tekak sebagai tindakannya memperli dan menyindir pengamal ruqyah syariyyah sedangkan pembacaan yang banyak itu sudah menjadi kebiasaan nabi saw dan para sahabat, tabien dan tabi; tabien dan orang2 soleh….
Soalan saya:
1) Mana lebih baik membaca al Quran yang merupakan KALAMULLAH atau mantera?
2) Banyak sedikit dengan tadabbur dan penghayatan atau baca banyak dengan tadabbur dan penghayatan mana lebih baik?
3) Merawat dengan teknik yang menyamai perbomohan dengan membaca al Quran mana lebih baik?
4) Apakah akidah anda sehingga terlampau membenci orang membaca al Quran dan memerlinya sedemikian rupa. Tidak risaukan implikasinya terhadap masyarakat? Takut mereka lebih jauh dari perubatan al Quran dan lari ke perbomohan dan kedukunan pula? Paling penting tidak risaukan anda dengan akidah anda yang memperlekehkan KALAMULLAH????
Jawablah sendiri…..
Namun dalam post ini saya ingin berkongsi dengan pembaca yang budiman tentang kisah2 pembacaan al Quran orang 2 soleh sebelum kita:
1) Rasulullah saw pernah solat dengan menghabiskan surah al Baqarah rakaat pertama dan surah ali Imran rakaat kedua. Malah dikhabarkan oleh Saidatina Aisyah bahawa lamanya baginda solat dengan membacakan ayat yang panjang2 sehingga bengkak2 kaki baginda….
2) Menurut kitab Nasaih karya al Habib Abdullah bin Haddad ra menyatakan ada di kalangan sahabat dan orang soleh yang khatam al Quran 3 hari sekali, ada yang dua hari sekali, ada yang sehari sekali , ada yang dua kali sehari dan ada yang tiga kali sehari malah pernah dilaporkan sehingga 8 kali sehari.
3) Menurut kitab Manaqib Imam Syafie Imam Baihaqi malah disebut di dalam kitab Fadhail A’mal bahawa Imam Syafie khatam al Quran sekali sehari selain dari bulan Ramadhan. Dalam bulan Ramadhan Imam Syafie khatam dua kali sehari iaitu sekali malam dan sekali siang.
4) Semasa kami belajar dengan Sh Nuruddin di rumah Terengganu Mesir dahulu ketika membacakan manaqib ImamHanafi diriwayatkan bahawa beliau khatam al Quran dalam solat sunat dua rakaat sahaja. Rakaat pertama berdiri dengan memberatkan kaki kanan dari al Fatihah ke al Kahfi dan rakat kedua memberatkan kaki kiri dari Maryam ke an Naas…
5) Guru Sheikh Nazim membaca al Quran khatam sekali sehari khususnya semasa suluk dengan mengambil masa 9 jam sehari.
6) Ada orang2 soleh kata Sh Nuruddin : khatam al Quran sambil duduk memeluk lutut (macam orang Pakistan selalu buat)… apabila dia melepaskan pelukannya maka bacaannya sudah khatam…
Nah inilah contoh2 kisah orang soleh untuk kita meneladaninya. Bukan untuk kita lekehkan dengan mengatakan ‘baca al Quran berbakul2 sampai sakit tekak. Kalau berani cubalah katakana kepada Salafus Soleh dan orang2 soleh ini.
… dan nah sekali lagi… banyak sangatkan ruqyah syariyyah ini dibandingkan dengan pembacaan mereka….. Ruqyah syariyyah fleksibel dan tidak tertakluk dengan bacaan dalam cd itu sahaja… Ruqyah syariyyah ada 10 kaedah teknik utama…
Yang didedahkan di dalam seminar itu hanyalah teknik satu sahaja…. Malah jika anda hanya membaca 3 kali fatihah dengan niat kesembuhan pun sudah dikira ruqyah syariiyah…. Jangan kecilkan skop pengtakrifan berkenaan ruqyah syariyyah. Membaca doa syifa’ dan selawat syifa’ sahaja pun juga dikatakan ruqyah (jampi juga). Jika letih boleh dipendekkan… Bukannya hendak dibaca sambil melaungkan macam azan, baca sehingga kedengaran sahaja pun sudah memadai. Malah ada perawat yang mengamalkan ruqyah boleh merawat sehingga 30 sehari dengan membaca keseluruhan ayat2 ruqyah…Jika letih boleh merawat sehingga 5 – 10 – 30 orang dalam satu2 masa…… tiada masalah pun dengan izin Allah.
Sekiranya saya letih.. saya akan membacakan ruqyah lengkap kepada paling ramai 5 orang pesakit dalam satu2 masa… Fleksibel…
Berbalik kepada kisah2 teladan tadi berkata Imam Ibn Mubarak ra
Inda zikri as Solihin tanzilu ar Rohamat
(Ketika memperingati orang soleh maka turunlah rahmat mencurah2….)
Jadi jangan memperlekehkan orang yang banyak membaca al Quran … Sepatutnya kita kena rasa malu sebab kurangnya kita membaca al Quran… Orang yang baru berjinak dengan al Quran janganlah dijatuhkan semangat mereka untuk dekat dengan al Quran dengan menyindir mereka dengan ejekan macam budak tadika dan sebagainya…. Dahlah sikit dan jarang membaca al Quran… dipermainkan lagi orang yang membaca al Quran….. KALAMULLAH….
Sepatutnya kita rasa kagum apabila ada orang yang cuba membiasakan diri merawat dengan al Quran; pesakit sembuh dengan izin Allah melalui ikhtiar mereka yang baca macam anak aku yang tadika tu tadi….
Jadi bersempena dengan Shahrul Quran (bulan al Quran) ini , bulan yang mana al Quran diturunkan, ayuhlah kita memperbanyakkan bacaan kita dengan tadabburnya sekali dan marilah kita semarakkan lagi dengan dakwah perubatan menggunakan al Quran 4 all!!!
pada 25hb Ogos pukul 12.45 ptg Lapor
Apakah hukum rawatan dengan menggunakan jampi serapah dan mantera?

{Merujuk kepada soalan berkenaan jampi dan mantera, menjampi pesakit atau dalam Bahasa Arab sebagai ruqyah dibenarkan malah kadang2 amat digalakkan.
Pada suatu ketika Rasulullah saw pernah ditimpa sakit. Jibril datang untuk menjampi baginda. Jibril menjampi nabi saw sehingga sembuh. Jampi yang dijampi Jibril ini disebut “ruqyah Jibril’.
Menjampi dengan menggunakan bahasa khusus umpamanya bahasa Jawa, bahasa Mendiling, bahasa Inggeris atau bahasa Sepanyol dengan syarat:
1) BACAAN TERSEBUT DIKETAHUI MAKNANYA
2) TIDAK ADA SEBARANG TAFSIRAN YANG BOLEH MEMBAWA MENSYIRIKKAN ALLAH (tambahan saya: cth Sembah 7 Jin)
Sekiranya lirik, senikata atau bacaan yang disebut oleh dukun itu tidak diketahui maknanya dan bomoh itu sendiri tidak faham dan tidak tahu apa yang dipinta, jampi tersebut tidak boleh digunakan.
Firman Allah Taala:
82. Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.
Terdapat enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan di dalam al Quran. Begitu juga dengan hadis banyak yang menyebutkan kesembuhan penyakit melalui pembacaan al Quran dan doa.
Ulamak bersependapat (ijma’ ulamak) bahawa mengikhtiarkan kesembuhan penyakit dengan menggunakan kaedah bacaan doa serta menggunakan air adalah DIHARUSKAN. Bahkan kadang2 digalakkan sekiranya memenuhi tiga syarat utama:
1) Menggunakan pembacaan ayat al Quran dan as Sunnah atau ruqyah dalam bahasa Arab yang diketahui maknanya serta tidak bertentangan dengan syarak.
2) Boleh menggunakan selain dari yang pertama dengan apa jua bahasa tetapi mestilah diketahui makna dan tidak ada unsur percanggahan dengan syarak (tambahan saya: cth sembah 7 jin).
3) Orang yang merawat hendaklah beriktikad bahawa penyembuhan hanya milik Allah sahaja dan perawat hanyalah berikhtiar.}

pada 25hb Ogos pukul 12.50 ptg Lapor
Dewasa ini, masyarakat kita dibanjiri ramai perawat baru muda dan tua ekoran dari ribuan kursus, seminar malah kelas intensif yang dianjurkan oleh pelbagai pihak silih berganti...
Nampaknya semakin ramai individu yang berminat untuk mendalami ilmu perubatan Islam yang digambarkan sebagai mutiara berharga di laut yang paling dalam ini, 'rare', unik dan jarang ditemui....
Ramai yang ingin menjadi perawat; namun apakah sebenarnya niat yang bertakhta di hati apabila mengikuti program rawatan Islam yang beraneka tersebut?
Antara jawapannya:
1) Saya nak cari duit melalui perubatan Islam!
2) Saya suka mengaji jadi saya belajarla!
3) Saje suka-suka, nak habiskan cuti hukung minggu.
4) Nak la belajar sikit-sikit. Sebagai first aid kan...mana tau ada keluarga kita yang kena...
5) Saya belajar sebab sejarah keluarga saya..Isteri saya sakit lama...
6) Ehem, ehem.... mestilah nak tunjuk kat orang aku hebat! Pandai mengubat! Baru terkenal..
7) Nak bukak Darul ...... la. Nak celen Darul Syifa'. Ada pengikut dan anak murid sendiri yang ramai dan wajib cium tangan aku!!!!!
......dan berbagai-bagai lagi......
Jawapan saya...... SEBAB NAK KENAL ALLAH TAALA DAN MEMENANGI CINTANYA.....
"Mengubat itu kulitnya, ma'rifatullah dan memenangi cinta (mahabbatullah) Allah itu isinya"
Merawat itukan ibadat bermakna merupakan proses taqarrub kepada Allah... Itupun bergantung kepada kemurnian niat perawatnya terlebih dahulu dan teknik yang direstui syarak!
Teringat saya ketika mula merawat 8 tahun dulu... Kali pertama membacakan ruqyah kepada pesakit dengan izin Allah pesakit muntah dan sihat seperti sedia kali... takjub dan meremang bulu roma mengenangkan kehebatan AL QURAN. Hebatnya KALAM ALLAH!!!
Begitu juga ketika merawat di Mesir dan Syria...... hadir kehebatan Allah dalam diri....Contohnya ketika merawat seorang pelajar muslimat di Iskandariah Mesir yang menderita penyakit kanser otak. Darah keluar dari telinga dan hidungnya... Doktor kata 'no hope' dah. Umur dia pun dah expired...tetapi semangatnya sahaja menyebabkan dia masih hidup... Maka saya dan sahabat-sahabat berkunjung dan merawat menggunakan teknik ruqyah saratan (ruqyah kanser)... Alhamdulillah dengan izin Allah Taala penderita tersebut sembuh sedia kala... inilah kehebatan Al Quran..... takjubnya saya ketika itu.... hebat!!! Doktor yang merawat dia pun turut terkejut sakan!!! Tiada teknologi boleh menandingi teknologi rabbani al Quran.....selangkah menuju Allah....
Itulah saya...... merawat bermakna 'taqarrub ila ALLAH'. Kalau kata nak kaya dengan merawat, sampai sekarang tak kaya-kaya... Saga 86 buruk saya tulah saya guna nak masuk 3 tahun, hi hi.
...dan saya tak faham kenapa ramai perawat baru sekarang ini banyak menggunakan kaedah yang pelbagai dan pelik-pelik.... mungkin mereka mempunyai alasan dan dalilnya....tak salah kot??? tetapi bagi saya..... saya berpegang kepada mutiara kata Ustaz Malek... cukuplah sekadar membaca al Quran dan doa sebagai ubat.... Selebihnya serahlah pada Allah sama ada untuk menyembuhkan atau tidak... itu bukan kerja kita.... Sekiranya anda melihat al Fadhil Ustaz Malek merawat... tiada yang istimewa dan bombastik pun..... baca al Quran dari mula sampai akhir.... secara lahiriahnya tiada apa-apa 'super power' yang kelihatan... "OOhhh baca Quran je, aku pun boleh," kata seorang hamba Allah.... tapi sebenarnya baca Al Quran tulah Super Ultra Power sekali dalam dunia!!!! Dia baca tak sama macam awak baca la..........
Maksudnya, perawat Islam yang sebenar mempunyai kuasa rohani yang murni berbekalkan perubatan yang berijazah dan amalan kerohanian @ kesufian dari didikan mursyid yang muktabar.... Penting bab ijazah dan sanad ni..Orang yang merawat tetapi tiada sanad atau ijazahnya seumpama anak yang tiada mak dan ayah yang sah.... istilahnya 'anak haram'. Dikhuatiri apabila kita tidak berguru maka mulalah kita mengguna, mencipta, mengolah teknik yang bukan-bukan...manalah tahu rupa-rupanya terselit di situ campur tangan dan tipu daya jin atau syaitan...Team Ruqyah Syariyyah sangat mementingkan pengijazahan ruqyah syariyyah dan sanad perubatan Islam agar perubatan anda benar-benar bersih dan berkat serta bimbingan guru rohani...!!!
Bagi saya; konsep sebenar perubatan menggunakan ruqyah syariyyah ini adalah menyerahkan sepenuhnya hak penyembuhan kepada Allah sehingga 'tubik' haibah atau kehebatan Allah dalam jiwa dan terhijab kehebatan serta angkuh dalam diri kita!!!
Ustaz Malek pernah berkata kepada saya; "Mengubat tu mudah je, yang payahnya adalah menghadirkan kehebatan Allah dan yakin semata-mata kepadaNya sebagai Sang Maha Penyembuh!!!" Barulah pesakit sembuh di tangan Allah Taala jua.....
Ibarat kata, Tuan Admin forum ni, Abang Zailan, "Kami tukang baca Quran dan doa je, Allah lah yang menyembuh!!!"
Guru saya pernah berkata, sekiranya pesakit sembuh di tangan kita pastikan kita berkata; alhamduillah sembuh dengan 'biiznillah'.... DENGAN IZIN ALLAH!!!
Perubatan ruqyah juga sebenarnya adalah dakwah. Mendekatkan lagi masyarakat kita yang jahil dan anti al Quran kepada al Quran malah kepada non muslim!!! Malah ramai di luar sana ada non muslim yang masuk Islam setelah berubat dengan perawat Islam yang menggunakan teknik dan energy al Quran!!!... 'Memasyarakatkan al Quran......!'
Bukankah membaca al Quran itu ibadah dan berpahala... Orang yang dengar dapat pahala malah jin yang dengar pun dapat pahala!!!! Kita kan kurang baca al Quran.... apabila baca ruqyah ni secara tidak langsung tertunailah tuntutan membaca al Quran kita pada hari tu... Barulah biah dan atmosfera al Quran sentiasa bersemarak di dalam kehidupan kita seharian....
Al Quran menyeksa jin??? Sape kate?? (ruqyah menyakitkan jin dalam kitab perubatan Islam membawa makna yang maknawi - menyentak hati nurani jin yang berbuat maksiat dengan nasihat dan dakwah melalui pembacaan al Quran secara bertalu-talu sehingga jin yang berhati keras berasa tidak senang dan TERSEKSA batin dan emosinya) Di dalam kitab "Alij nafsaka bil Quran" pengarang berkata, falsafah membaca al Quran dalam proses rawatan sihir adalah:
1) Untuk jin Islam: Sebagai peringatan untuk menimbulkan bibit keinsafan dalam diri jin...
2) Untuk jin kafir: Sebagai ancaman dan dalam masa yang sama dakwah kepada Islam....
Sila baca tafsir Surah al Jin...... Bukankah al Quran itu rahmat dan pengubat penyakit rohani dan jasmani.... Al Quran adalah hidayah dan perawat adalah penebar hidayah; perawat adalah pendakwah ke jalan Allah! Walaupun dalam masa yang sama tidak dinafikan al Quran mampu membakar jin dengan kaedah dan niat tertentu... (kerana tercatit di dalam hadis dan sirah, kaedahnya terdapat di sesetengah kitab perubatan Islam berbahasa Arab..namun ini merupakan last choice!!! Pilihan terakhir!!!)
Dalam masa yang sama, inilah peluang keemasan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Guru saya dahulu selalu berkata, "Ingat Hayat, hadis nabi menyatakan sebaik-baik manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain!!!"
Saya tidaklah mendakwa dan mendabik dada bahawa saya pandai a.k.a hebat.... Cuma sekadar berkongsi persepsi saya yang mungkin meleset pada pendapat anda tentang perubatan Islam menggunakan kaedah al Quran, (ruqyah syariyyah)....
Harapnya lebih ramai perawat muda yang muncul berganding bahu mendaulatkan perjuangan perubatan Islam di negara kita... AMIIIIINN!!!!
CERIA SELALU...
pada 25hb Ogos pukul 12.51 ptg Lapor
"MODERATE, (MANNERS) ADAB and ENJOY!"
Inilah yang konsep dan pemahaman yang kita kena perbetulkan di kalangan perawat Islam. Ramai yang misunderstood berkenaan konsep ruqyah syariyyah sehingga ada pihak yang tidak menggalakkan membaca ruqyah syariyyah full version kerana dikatakan menzalimi jin... (pernah terjadi di sekolah2 negeri Pahang..bila kita suruh pasang al quran, pihak sekolah esp pengetua tak bagi kerana dihasut oleh bomoh supaya jgn pasang - ke jin bomoh yang tak tahan???)
APA NI... al Quran adalah kalam Allah!!!! Adakah bila makhluk mendengarnya akan rasa dizalimi??? Perkara ini saya akan tulis lagi... ada perbincangan yang lebih bernas selepas ini..

Nak berubat dgn al Quran kena yakin bahawa ia benar sumber kesembuhan.. syaratnya orang yang beriman kepadanya!!

di dalam bahasa Arab menghalang dari mendengar al Quran, menyembunyikan dan beriman kepadanya dipanggil 'mahjur' isim maful (dihalang)
Apa maksud mengalang al Quran? Ada beberapa jenis menghalang Al Quran / meninggalkan al Quran / tidak dipakai)? Kata ulamak:

Inilah rintihan dan aduan nabi kepada Allah Taala tentang kaum Musyrikin yang menghalang dari mendengar al Quran..
Hati2 dengan kenyataan kita sekiranya boleh mambawa natijah sebegini yang disalahfahamkan oleh masyarakat..lebih2 lagi kalau kita bergelar perawat Islam dan banyak pula pengaruhnya...

Itulah sebaiknya;saya juga masih tekun belajar dan ketar lutut untuk mengajar memandangkan ilmu yang amt kurang.... Jangan kita sekali sekala pergi seminar terus digelar perawat Islam... belajar tekun dulu dengan MENGGUNAKAN KITAB PERUBATAN ISLAM esp yang BERBAHASa ARAB (lebih jelas dan penuh dalil!)..
kalau tak pun dengan guru-guru yang muktabar dan bersanad serta berijazah juga jelas ketokohan dalam bidang perubatan dan menguasi tiga ilmu utama:
1) Tauhid / Usuluddin / ilmu kalam / ilmu akidah = iman
2) Fiqh / syariah / ibadah / = Islam
3)Tasawwuf / ilmu hati / ilmu jiwa / akhlak / = ihsan..
Kita kena bersedia dengan ilmu 2 ini dulu ...barula boleh belajar mengubat dan sukar terpesong.....
... ampun.. satu poit lagi.... Jangan terlampau mudah memberikan ijazah perubatan kepada mana-mana individu.... ijazah ruqyah tak pe la... boleh bagi sape...
Kalau yang dapat ijazah perubatan tak semestinya boleh bagi ijazah kepada orang lain....
'Boleh bagi ijazah' pun kena dapat ijazah dan izin dulu.... guru dah bagi izin kita bagi ijazah baru boleh bagi ijazah"
Berkata guru: "ANJAZAKA KAMA ANJAZA SYAIKHI" : Saya ijazahkan kepada kamu sepertimana yang guru saya ijazahkan kepada saya...Anak murid jawab: "QABILTU";Saya terima...(di dalam satu majlis)
... juga mesti jelas sanad... dan siapa guru2 kita serta dimasyhurkan.... kerana itu hak dia sebagai orang yang berilmu...... si guru juga mestilah wara' dan menguasai ilmu2 fardhu ain dengan baik...
... janganlah kita sambar saje siapa guru kita.... bila boleh mengubat saje terus kita tabalkan jadi guru kita sedangkan peribadinya amat mengecewakan.....
Ustaz Syarhan menyatakan kepada saya baru-baru ini, sejak 10 tahun yang lalu, beliau baru ijazahkan perubatan Islam sebanyak tidak lebih dari 5 pengijazahan sahaja...
Ampun saya banyak cakap pulak......
Formula saya mudah:
Kalau melalui perubatan Islam seseorang rasa lebih hampir dengan Allah...... kerja yang dia lakukan menyebabkan solatnya lebih khusyuk dan sujudnya lebih enak.... bermakna perubatan Islam adalah baik untuk anda.... taqarrub ila ALLAH!!!
Seorang perawat yang tiada mengambil jalan kesufian; jalannya adalah KOSONG........... sebab itu kita bermursyid....
Jangan bila dah terkenal, banyak pengaruh dan banyak duit.. zikit pun tak nampak dah..... ibadah sunnah yang sepatutnya jadi wajib diabaikan... Quran 1 juzuk sehari tak baca... tak jaga pandangan dan lagha...
Ini ke perawat Islam.......redah redah juga..... sekarang orang nak merawat senang je.. pi kursus dua hari atau sekerat hari dah boleh merawat dan buka DARUL sendiri.... sedangkan nak merawat kena talaqqi dan tafaqquh serta dok berdepan dengan guru dengan adab dan tawadduk......pengalaman saya sebelum guru saya 'melepaskan saya' untuk merawat... selama 2 tahun saya berpraktikal dengan guru.. waktu dia mengubat saya ada di sisi dan begitulah sebaliknya..... baru la dia lepas.... sebab tu autoriti (means kepercayaan / izin / dustur / berkat) itu penting.... apapun amalan kena ada ijazah dan sanad... Sabda nabi saw:
"AL ISNADU MINAD DIN"
Sanad itu sebahagian dari ajaran agama!!!!"
Baru la saya merawat sendiri... kita la ni di zaman kursus berleluasa????
pada 25hb Ogos pukul 12.51 ptg Lapor
letih la saya taip dan send kat cikgu tapi cikgu tak baca... ish ish
pada 25hb Ogos pukul 12.57 ptg Lapor
tengok mesej yang earlier..banyak lagi...
Cikgu Nuar pada 25hb Ogos pukul 1.22 ptg
terima kasih ustaz.. maaf banyak menyusahkan ustaz. banyak info. saya fahm konsep ustaz. tiada saya kata sekali pun sesiapa tentang konsep atau kaedah mereka salah selagi mana mereka tidak mengugurkan tauhid dan syariat. saya juga berpendapat macam ust pada masa dahulu ape pun saya melihat kaedah TIAF saya selidik termasuk mencari rujukan untuk mensahihkan benar atau boleh tidak. bagi RIDAM atau SAKA saya tak mau komen sebab belum pernah menyertai atau melihat sendiri pengamalan mereka serta kaedah mereka. saya tak pandai utk perjelas bagi pihak TIAF tetapi saya rasa elok Ustaz buat muzakaroh dengan ust wan utk pencerahan sebab apa yang ustaz kata anak murid ustaz yang menyampaikan berita ada mungkin mereka terlepas pandang atau tersilap erti ketika memerhati.
saya bukan ape melalui musafakat masing2kan puas hati kerana soalan terjawap secara berdepan bukan perantaraan. wallahualam. ape pun terima kasih bagi info kat saya mudah-mudahan muafakat kita tercapai :)
Cikgu Nuar pada 25hb Ogos pukul 1.42 ptg
pada pandangan saya, muzakaroh ini perlu sangat dihadiri oleh tuan guru Harun Din kerana beliau bukan orang asing dan ulama yang kata2nya boleh dijadikan rujukan. sekiranya ustaz setuju dan pihak lain setuju kita. saya cuba sedaya yang mampu untuk mendapatkan TG Harun Din untuk menilai. jika jelas kebathilan berpihak kepada persatuan itu maka saya sanggup bekerjasama untuk benteras kebathilan tersebut. harap Ustaz dapat respon
pada 25hb Ogos pukul 1.52 ptg Lapor
saya kenal siapa wan asrul.. cikgu tak perlu beritahu saya.... dan saya kenal dan masak sikap dan perangainya....
dia tidak boleh diajak berbincang.... selalu ingin menang dan saya pernah berdebat dengannya di dalam forum... saya tidak mahu perkara ini berulang....
banyak yang cikgu tidak tahu...
saya tidak berminat berjumpa dengannya....
pada 25hb Ogos pukul 1.58 ptg Lapor
untuk pengetahuan cikgu, ketika saya mula belajar merawat... saya sangat obses kepada kaedah yang pelik2 ni.. ilmu tarik jin, sedut jin dan lapah jin, kayu koka, kemuning hitam, batu petir... semua saya pelajari dan gunakan... apabila semakin serius dalam tarekat dan dididik oleh guru2 saya akhirnya saya mula insaf dan berjihad memurnikan kaedah saya.. rupa2nya semuanya merosakkan hati dan sanubari saya...
nampaknya cikgu terbalik dengan saya.....
kembali kepada Allah dan bukannya kepada kehebatan diri sendiri....
murnikanlah kaedah rawatan anda.....
pada 25hb Ogos pukul 2.00 ptg Lapor
silalah baca artikel yang saya tulis hati2 dan teliti ... kalau ia masih tidak dapat menjadi panduan cikgu... saya berlapang dada.. yang penting dakwah saya sudah sampai.. jika ditanya Allah nanti saya boleh katakan.. saya sudah sampaikan.....
pada 26hb Ogos pukul 12.22 pagi Lapor
saya tak kisah tuan nak hentam saya dalam shoutbox tiaf dan hentam saya secara umum dalam fb...
saya maafkan semua dan saya meminta maaf dari semua...
saya berlapang dada.. dan tak mahu perkara ini berterusan dan berpanjangan.......
point saya dari bab muzakarah itu adalah saya tak mahu memperbesarkan lagi isu ini..... terpulang masing2 dengan cara masing...
saya terima nasihat tuan kepada saya yang jahil dan kotor ini...
saya nasihatkan tuan jangan campur hal2 yang sensitif antara pusat2 rawatan... sebagai orang luar.. tuan akan terima tempiasnya nanti...
Saya tak mahu respond lagi...
Wassalam.....
Cikgu Nuar pada 26hb Ogos pukul 12.47 pagi
ust wajar kah ustaz yang empunya prinsip keagamaan sebegini berkata begini? sedangkan Rasullullah menganjurkan jika kita kesamaran kita berbincang? jika kita berselisih kita berdamai? apa kesalahan saya untuk membawa tuan dan pihak lain untuk bersama? kebanyakan rakan-rakan saya juga dalam lapangan prubatan islam saya serta mereka tidak mahu keliru itu saja.
dimana prinsip amal makruf nahi mungkar? saya harus campur tangan dengan izin Allah saya mampu usahakan ust dan yang lain berdamai salah kah saya? saya tidak pernah kata kaedah ustaz bawa salah. dan saya tidak pertikai kaedah ustaz lagi apa salah saya?
saya tak hentam tetapi ego ustaz mengusai ustaz untuk menilai apa matlamat saya. kalau saya nak saya boleh saja siar nama ustaz direct tetapi kenapa tidak? kerana saya percaya ustaz mengerti untuk mengambil kesempatan yang Allah ciptakan ini untuk kita sama2 baiki kesilapan kita.
dan saya tidak terasa sebagai orang luar ustaz ngan saya buka sesiapa abg seperguruan dalam tarbuah ust Sharhan. saya bukan org luar juga kerana saya org islam macam ustaz juga. apakah tidak boleh kita sesama islam menasihati?
ustaz saya merayu yang lepas biarkan ia lepas.. kita masih sempat ust pernah dengar doa jibril yang diamin oelh Nabi SAW antaranya "Ya Allah jangan Kau terima amalan orang mukmin yang perselisih sesama mereka" apa guna kita beramal tapi terang lagi Nabi junjungan mengaminkan org yang beramal tapi berselisih tidak ada guna disisi Allah. belum terlambat lagi ustaz..
saya sekali lagi tidak bermaksud melukakan hari ustaz tetapi sebagai satu umat yang duduk satu negara duduk satu negeri perlu saya tegur dan nasiat walau saya bukan berpendidikan agama walau saya bukan arif dalam agama tetapi saya juga tidak buta akan kehendak dan matlamat agama.
sekali lagi siapa yang akan bersorak bila melihat ustaz dan yang lain berbalah tiada sepakat? sudah tentu syaitan kafir yahudi seronok melihat gelagat kita.
ustaz Malek, Ustaz Wan Asrul, Tok Belagak & Ustaz Syakirin mereka manusia biasa bukan maksum ada mungkin mereka tersilap dan ada mungkin ustaz sendiri tersilap. jadi ini pentingnya kita bermuafakat untuk mengimbang kekurangan kita.
saya puas dah berkata mohon direnung. sekali lagi saya merayu pertimbangkan kerana kita ini bersaudara
assalamualikum
cadangan..
Antara Anda dan Hayat Annaqsyabandi
pada 26hb Ogos pukul 12.48 pagi Lapor
Saya cadangkan agar cikgu bertanya sendiri kepada Tuan Guru Harun Din tentang teknik2 rawatan tuan guru cikgu itu... itulah yang sebaiknya... tanya satu persatu2 teknik beliau itu... setelah itu beritahu saya apa komen beliau....

- Cikgu NuarAssalamualaikum wht. pertama sekali, adapun saya memperlihatkan muzakaroh ini bukanlah utk mengaibkan sesiapa. tetapi keadaan melihat memang memerlukan adanya kebenaran diutarakan.
oleh sebab terlalu ramai yg bertanya jadi saya tak mampu na...k sent msg banyaknya 10 msg yang kena cut paste.
adapun sebab lain diutarakan hal ini untuk tuan puan menilai bagaimanakan ilmuan islam seharusnya bertindak dan perlu beraqidah.
Nabi Muhammad SAW bersabda; sesungguhnya akan datang akhir zaman nanti ulama yang jahat memandang dunia
saya bercakap di sini bukan kerana saya belajar dengan ust wan asrul tetapi saya berkata kerana saya seorang islam yang inginkan islam itu bersatu. cukup sudah perbalahan dalam dunia islam ini dan tiada perlu nak tambah banyak2 lagi.
Apa akibatnya jika seorang ilmuan, warak penampilannya, tariqot pula jalan nya berperwatakan sedemikian? tidakkah ia memfitnah agama? tidakkah ia mencarik anjuran kemulian Nabi mulia Muhammad SAW? apa pandangan orang awam akan ulama, ustaz dan jalan tariqot jika aqidah sebegini diperlihatkan?
saya tak minta disokong atau dipersetujui. namun saya minta kita duduk atas platfom seorang islam yang biasa dan cuba kita renung akibat 1, 5, 10 tahun akan mendatang jika semua beraqidah sebegini?
salah silap saya mohon ampun dan maaf. dan sesungguhnya tiada saya berniat untuk berbuat sebegini melaikan ini adalah suatu keperluan yang harus semua renungkan
wallahualamSee More17 hours ago · · 2 peopleYou and Wan Saiful Baharin like this. - Ahmad Zainuddin bg saya yg jahil dan x tahu apa sebenarnya yg berlaku, saya menyifatkan pendapat dari ust hayat sebagai "a girl's first period"15 hours ago ·
- Muallij Mustaqimsabar cikgu nuar, ana tahu cikgu nuar tension sebab tu cikgu share benda ni. Ana sebenarnya kompius juga sebab dah jumpa semua muallij, sampai ana kompius bagaimana sikap sebenar mereka. Nak kata ana salah, memang salah pun. Ana ni org cop ...sebagai mazmumah dan ujub lebih2 lagi blog ana ini terlalu advance bincang mcm2, ilmu perubatan silam, ilmu perubatan sufi chisti, ilmu perubatan tareqat dll. Walhal, cikgu nuar boleh tanya ramai sahabat ana, apakah teknik sebenar ana bila merawat? ana guna ruqyah manzil je.
Memang betul ramai perawat yg x ada latarbelakang al-azhar, sebab pelajar al-azhar balik ke Malaysia bukan nak jadi perawat. Yang dari al-azhar, ana rasa blh kira dgn jari antaranya yg aktif ialah ustaz hasan masjid sg buaya. Yang dah pull out tu ramai, antaranya abu awatif. BUkan kata al-azhar, dari jordan, yaman dan sudan pun kurang.
Ilmu perubatan ini hanya dikuasai oleh org yg berminat yang tak kenal erti putus asa sahaja dgn kerenah jin dan sihir. Lalu lahirlah perawat yg ada sedikit asas agama tapi baik bacaannya, lantaran kenapa nk merendahkan ust wan dan syakirin sdgkan dlm hujahnya yg ana baca sendiri menyokong org yg baru nak kenal al-quran utk merawat org.
Kat tempat ana ni, ulama, pak imam, mudir pondok, jemput dtg rumah rawat anaknya/jirannya. Ini buktinya bahawa bukan al-azhar jadi ukuran. Ana pernah tanya mudir pondok, kenapa ustaz x rawat sendiri jiran ustaz? katanya, sy hormati awk kerana awk berada dalam bidang ini walhal bidang saya lain walaupun dalam al-quran dan hadis memandu cara utk rawatan.
Ana teringat dulu sebelum ana menceburi bidang blog ini, ana tanya seorang ulama habib,
a. bolehkah ana letak gambar guru ana?
jawabnya, tak perlu..
b. Bolehkah ana sohorkan pendidikan ana?
jawabnya tak perlu
c. Kenapa semua x perlu?
sebab akan melahirkan sifat bongkak, mazmumah, ujub dan takabbur.
Kemudian beliau menyambung, selepas dikenali ramai, carilah murid sebagai penyambung ilmu. Ana jawab, ana belum bersedia mencari murid, tp sudi menjadi sahabat berkongsi.See More14 hours ago · · 6 peopleLoading... - Cikgu NuarAdapun asalnya saya tidak lah tension, cuma dah melampau tidakan beliau kerana tiada yang menegah secara open adapun sekaadar lain nya kias2. saya sayang persaudaraan saya dgn sahabat2 saya. saya tidak mahu hak tu kata mcm tu hak ni kata mc...m ni sudahnya sahabat kita pening dengan kita sendiri. biar semua menilai. kerana menilai diri itu mana jadi pada sendiri kerana boleh jatuh perasan sendiri, ada pula harus dirujuk oleh lain dari diri baru kenal jati sendiri.
wallahualamSee More12 hours ago · - Ahmad Zainuddin dia ingat ada ijazah al azhar tu kiranya dpt vip ticket utk menghentam org2 yg tidak sehaluan dalam perubatan, walhal ada yg master, phd dari al azhar diam aje ;-)12 hours ago ·
- Cikgu Nuarada pun jua saya menegaskan, saya tidak pula kondem apa jua ilmu yang disampaikan oleh ust hayat kerana hujah nya sendiri saya hormati. cuma yang tidak menyenangkan saya sifatnya yang tiada keterbukaan dan melihat lain darinya tidak benar d...isitu saja masalahnya.
jika dia dapat mengubah sifatnya dan membuka mindanya, saya yakin ilmuan islam kita akan mantap. apa pun berdoalah kita bersama agar akhirnya tiada yang rugi dan menyesal. semoga kita semua dapat duduk sama rendah berdiri sama tinggi mengukuhkan ukhwah kita yang sudah sering kali dicemari oleh kita sendiriSee More12 hours ago · - Khir Firdaus Bin Mokhtarudin NastaghfiruLLAHal 'adzim... Marilah kita sama2 pbanyakkan istighfar; Mhn Keampunan dr-NYA. Sesungguhnya, Khilaf dr segi pndgn itu suatu Rahmat TAPI bknlah sehingga mengundang perpecahan persaudaraan; Ukhuwwah Islamiah. Apa yg PENTING, kita perlu Tahu & Faham apkah 'maqasid';tujuan sebenar Rawatan Islam. WaLLAAHu'alam.11 hours ago · · 2 peopleLoading...
- Muallij Mustaqim mesti ada jalan penyelesaiannya.. sebab bila ana berdepan dgn ustaz hayat, dia mmg baik. Bila dgn ustaz wan dan ustaz syakirin pun, dua2 baik. Langkah hati2 ustaz hayat x mahu berjumpa mereka sebab dia takut dipukul sebenarnya. Ana pun confuse sebenarnya lebih2 lagi bila ustaz hayat padam profile FB ana, menandakan dia samakan ana dgn musuhnya.11 hours ago ·
- Khir Firdaus Bin Mokhtarudin Ana bimbang 'musuh' di luar sana baik zahir mahupun batin sdg mentertawakan kita. ALLAAHu.11 hours ago · · 2 peopleLoading...
- Mohamad Maza Veadimir Malik mane yang baik kita ikut,yang buruk minta dijauhkan mane yang samar kita berbincang,bagi saya semuanya bagus2 belaka dari saya yang masih belajar ni,mane yang kusut diselesaikan juga cari jalan penyelesaian dan harus lebih terbuka...setuju dengan tuan khir10 hours ago ·
- Al Azhar Abumujahid Al-kelantani Assalamualaikum.. jika ilmu yg baik dengan landasan syara' dan tauhid.. kita ambil.. jika ego dan sifat2 mazmumah kita ketepikan.. aslih taslih....ad dinun nasihah... fa aslihuu bainakum...
kunu ibadaLLAH..6 hours ago · · 2 peopleLoading... - Cikgu Nuarbagi saya, bab pukul memukul, hentam-menghentam itu tiada sebenarnya jika dilakukan dengan baik. pengetahuan kita apalah sangat jika dibanding dengan imam Syafie, Imam Hambali, Imam Maliki dan Imam Hanafi yang mana mereka ini jauh melebihi ...kita namun dapat mereka menerima pendapat antara satu sama lain walau ada bercanggah dengan pendapatan mereka sendiri tetapi mereka hormati antara satu sama lain kerana mereka faham dengan hujah mereka sendiri yang tidak mencarik syariat.
Menutup pintu dari berdepan dengan ahli dan saudara bukan jalan yang terbaik. Menghukum seseorang tanpa kenal dan tanpa muzakaroh bukan lah satu anjuran yang baik juga. apa yang dikesalkan apabila beliau mengulas seseorang dan ilmunya dengan tak pernah masuk majlisnya, tak pernah bertemu mata, tidak pernah muzakaroh dengan ahlinya boleh membuat kesimpulan pada orang lain bahawa si fulan ini tak betul si fulanan tu salah. apa yang terjadi apabila muridnya merujuk pada beliau? akhirnya muridnya pun sangka buruk pada orang lain atas dalil guru mereka kata begitu. Hal keadaan ini tidakkah dikatakan merosakan agama sendiri? jika orang awam tahan kira tetapi beliau seorang ilmuan sarjana mana mungkin perkara ini boleh dipandang ringan oleh orang awam. sapa akhiranya akan jadi buah mulut masyarakat awam? para ulama? ustaz? ahli agama? dan apa pandangan mereka terhadap para alim ? bayangkan jika para awam hilang kepercayaan terhadap para alim kerana melihat aqidah sebegini. "Ustaz leni bukan betul sangat ngarut lebih.." perkataan ini pernah mengia ditelinga saya, nak salah pada mereka tak boleh juga sebab kitalah ahlinya yang menyebabkan hilang kepercayaan mereka.
namun, selagi kita bernafas, jalan penyelesaian masih ada dan terbuka. cuma semua kena waras dan matang dalam melakukan semua hal. ketepi kan ego dan status kita insyaallah Allah permudahkan urusan semua
wallahualamSee More5 hours ago · - Mohd Zaironizam Daud "saya tak mahu...sebelum ini kita dah ada muzakarah dengan ridam di Darul Hikmah Klang .. akhirnya berakhir dngan kes nak bertumbuk pula..." ---> kenyataan ni ada lah salah sama sekali..saya berada disana ketika sesi muzakarah..tiada incident nak tumbuk menumbuk dan sebagainya..yang ada sesi minum kopi di kedai berdekatan selepas muzakarah.. :)3 hours ago · · 1 personLoading...
- Tuan Aurajihad Wallahuaklammubissawab....
.....semoga cepatlah tertegak daulah khilafah ala minhaj annubuwah........hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.......salam kebangkitan daulah khilafah dari saya untuk watak-watak dalam cerita diatas,ustaz khairul syakirin,cikgu nuar,ustaz hayat,ustaz malek,ustaz wan asrul......
. .
No comments:
Post a Comment