QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

29 July, 2010

Kaifiat Menjazam Tahlil - Lailahaillallah

26.7.10


Kaifiat Menjazam Tahlil - Lailahaillallah


Akhirnya DEN dapek satu ilmu baru...Ilmu menampal. Confirm bab ni DEN le siput segala siput.

Ini adalah Kaifiat menjazamkan Tahlil sebanyak 70,000x kalimah Tauhid. Buek masa ni tak habis lagi kaifiat nya...Sebab DEN tak dapek nak upload yg sanadnya yg sepatutnya DEN lotak kat bawah sekali...Bangang le katakan...Pueh dah DEN try...Takpo pelan pelan kayuh..

Kaedah ini lengkap dengan Sanad dan Tertibnya...memang boleh kita menjazam ikut kaedah biasa tapi kurang umphhh... Amalan membina satu juzuk Tahlil yakni ( 70,000x di gelar satu juzuk ) ini adalah basic yang wajar untuk setiap orang Islam...amatlah baiknya sebagai anak yang soleh..membuat satu Juzuk untuk Ibu dan satu Juzuk untuk Ayah...Suami membuat satu Juzuk untuk isteri dan Vice versa, Ayah membuat satu juzuk untuk setiap anak...




Jumlah zikir Tahlil ini hanya 100 kerana ianya sebagai asas aje...kalau kurang dari tu...elok gak korang rendam kepala di dalam Loji Indah Water.
Biasa dibuat orang 500 atau 1,000 in one sitting atau lebih. Pastinya didalam wuduk. 

Bila sudah habis ...atau mini duk merayu2 seksi di katil tu..ataupun muka suami Poyo jo ditempat peraduan eloklah tamatkan dengan bacaan di atas dengan wirid di bawah sebagai penutup.

Kebiasaan Wirid begini dibaca juga beramai2 didalam Majlis Aurad...so kalau ada 70 jemaah...x 1,000 maka cukuplah 70,000 sekali bacaan Aurad....Sebab itu dalam Islam ...berjemaah ini amat dituntut.

Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Muhammad itu Rasul(pesuruh) Allah, (Salawat dan salam ke atasNya), Inilah Kalimah yang Haq, di atasnya kami hidup dan di atasnya kami meninggal dunia, dengannya dibangkitkan kami Insya Allah Ta’ala dengan rahmatNya dan kemuliaanNya daripada golongan orang yang benar.


Dan Penghulu-penghulu kami yang mulia, Sayyid Ahmad Bin Idris, dan Sayyid Ahmad Bin Muhammad Ad-Dandarawi dan Khalifah kepada seluruh para Arif Billah, Sayyid Muhyiddin (Abdul Qadir Jilani) dan Penghulu kami Qutubul Alam Khidir Alaihissalam
(Al-Fatihah)

Maka tertunai sudah janji DEN untuk menurunkan kaedah menjazamkan Tahlil. Sesungguhnya atas limpah Rahmat Allah yang meliputi alam dan seisinya...DEN mengijazahkan kaifiat ini untuk sesiapa jua yang berminat.
http://darulsaka.blogspot.com/2010/07/kaifiat-menjazam-tahlil.html#comment-form
Lading_Emas

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~