QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

22 January, 2010

Azab ~ Ringan dgn Pelepah Tamar?

Dua Perkara Yang Mendatangkan Azab
Hadith :

Ibnu Abbas menceritakan :
”Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di
Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang
disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa
bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan
perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan
yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”
Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah
dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu
pelepah. Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan
seperti itu?” Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat
keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.”


(Bukhari)

 
Huraian:

Sebagai seorang Muslim, aspek kebersihan hendaklah dititik beratkan
termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil
atau besar).

Islam selaku agama yang sempurna telah menyediakan tata tertib yang
sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya.

Demikian juga dengan bersuci di mana tabiat tidak bersuci sesudah kencing
oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan
azab yang amat besar di akhirat kelak sebagaimana yang disebutkan di dalam
hadith di atas kerana membuang air tanpa bersuci atau membuang air di
tempat-tempat terbuka (di tepi-tepi jalan tanpa bersuci) dilarang oleh
Islam kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan selain mendedahkan
seseorang itu kepada jangkitan penyakit.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



Lading_Emas

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~