QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

03 August, 2010

Kelebihan Al-Qur'an

HADIS PILIHAN

Abu Umamah r.a. berkata :
"Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu ttg kelebihan Al-Qur'an."Telah bSabda Rasulullah S.A.W : 

"Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli2nya, yg mana di kala itu orang sgt2 memerlukannya."Ia akan datang dlm bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka Org yg pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yg kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata Org yg pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. 

Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayahnya dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

*~*~*

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan MASJID maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan AIR SUNGGAI selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis Mushaf/BUKU ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali PERIGI selagi ada Org yg menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam TANAM2AN selagi ada yg memakannya baik dari manusia/burung/ULAT.
6. Mereka yg mengajarkan iLMU yg bguna selama ia diamalkan oleh Org yg mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan ANAK yang SOLEH yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari iLMU AlQur'an maka orang yang mengajarnya akan mdpt pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran2nya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bSabda :

"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. ILMU yg bguna & diamalkan.
3. Anak yg SOLAH yg mendoakan baik baginya.

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~