QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

17 November, 2009

Tahajud ~ SoLat yg PaLing dituntut Allah

Amalan Solat Tahajud Solat Ke Masjid Lading Emas


SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya Solat Tahajud atau solat di tengah malam.Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk Solat Tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan. Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah.

Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi. Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan. Dengan kata lain, amalan bangun Solat Tahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.

Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut. Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam [Solat Tahajud]. Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur.

Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya.

Firman Allah s.w.t bermaksud:
“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji."
(Surah Al-Israk: Ayat 79) Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya SOLAT Tahajud.

Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan Solat Tahajud. Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan Solat Tahajud dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan Solat Tahajud dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.”
(Hadis Riwayat: Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang. Solat Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan Solat Tahajud ini. Bagi manusia yg benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Solat Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.Solat Tahajud sesungguhnya satu daripada Solat sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding Solat sunat lain.

Solat Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah. Amalan Solat Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.Ini bererti perintah Solat Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan Solat Tahajud dgn berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan Solat Malam (Solat Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan[9] perkara,

LIMA di DUNIA dan EMPAT di AKHIRAT. KURNIAan di dunia ialah
 a. Jauh daripada segala penyakit
b. Lahir kesan takwa pada wajahnya
c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
d. Percakapannya mengandungi hikmat
e. Dikurniakan kekuatan dan diberi REZEKI dalam AGAMA (halal dan diberkati).

~*~SoLat Tahajud



Sementara EMPAT PERKARA di AKHIRATt ialah:
 a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
b. Dipermudahkan hisab
c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat
d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan SOLAT TAHAJUD, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan Solat Tahajud ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada Solat Tahajud.

Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk berSolat Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik.

Apa yang dibaca seseorang ketika Solat Tahajud itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam Solat Tahajud akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.

Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam[Solat Tahajud]. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah Solat Tahajud di tengah malam.

Mungkin juga anda perlu melakukan sesuatu aktiviti sebelum anda masuk tidur.. 4 Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :-

Sabda Rasulullah Saw yang maksudnya :
“Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum engkau kerjakan 4 perkara :
1. Khatamkan Al-Quran,
2. Jadikan semua Nabi2 membelamu nanti pada hari kiamat, 
3. Jadikan semua orang Mukmin redha kepadamu, dan
4. Kerjakan Haji dan Umrah.”

Kemudian Rasulullah pun Solat, sedangkan Aisyah tinggal ditempat tidur. Selesai Shalat, Aisyah pun berkata :
“Rasulullah, tebusanmu ibu dan ayahku, Rasulullah suruh saya mengerjakan 4 perkara yang saya tidak sanggup melakukannya pada waktu ini.”
Beliau tersenyum, seraya bersabda :
” Apabila engkau membaca;
*Qul Huwallahu Ahad (3X), maka seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. 
 *Jika engkau membaca Selawat kepadaku dan kepada semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat. 
*Dan apabila engkau meminta ampunkan orang2 Mukmin, maka tentu semua mereka nanti akan redha kepadamu. 
*Dan apabila engkau membaca,
“Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar", maka sesungguhnya engkau berarti telah mengerjakan Haji dan Umrah.”

Hadis itu menerangkan, kalau mau tidur setelah baringkan badan, maka baik dibaca:
a. Surat Al-Ikhlas 3x.  Sama pahalanya dengan membaca satu khatam Quran.

b. Selawat kpda Nabi Muhammad Saw dan Nabi-Nabi lainnya, dgn mengucap:
Allahumma Sholli ‘ala Sayyidina Muhammad Wa ali Muhammad wa’ala jami’il
anbiyaai wal mursalin.

c. Mendoakan orang2 Mukmin dgn mengucapkan 3x
Allahummaghfir lil muslimina wal muslimat, wal mukiminina wal mukminat.

d. Membaca Raja Tasbih 3x, yakni :
Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha
illallah, Wallahu Akbar, Wala haula walaquwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim.”

Apabila dibaca tiga kali tasbih ini, maka sama pahalanya dengan satu kali Haji dan Umrah.
 ~*~*~*~*~*~*~*~

"Ya Allah...ringankan tubuh badan kami untuk bangun mengadap dan bermunajat padaMu di sepertiga malamMu"

p/s : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Solat Ke Masjid Lading Emas

. .
~***~LadingEMAS~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~