QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

27 March, 2010

SEMINAR PERAWAT CEMERLANG SIRI 1 ~2010

SEMINAR PERAWAT CEMERLANG SIRI 1 ~2010

http://seminarperawatcemerlang.blogspot.com/
Seminar Perawat Cemerlang

Kursus sudah dibuka semula:

Salam

Diatas permintaan dan permohonan yang terlampau tinggi dan setelah di kaji dan difikirkan semula,maka Tok Belagak telah membenarkan Seminar Perawat Cemerlang diadakan demi menyebarkan ilmu dan mengembangkan ilmu

Secara tentatif Seminar ini adalah seperti berikut

SEMINAR PERAWAT CEMERLANG SIRI 1 2010
Rawatan Asas: Merawat Diri Sendiri dan Keluarga

Tarikh: 03 April 2010 Hari Sabtu
Masa: 900 pagi sehingga 630 petang
 Rawatan Asas: Merawat Diri Sendiri dan Keluarga
Tarikh: 03 April 2010[Hari Sabtu]
Masa: 9.00 pagi ~ 6.30 petang
Tempat: Dewan UIA-Gombak
Sg . Pusu, KL


Penceramah: Tok Belagak
Toh Puan Belagak
Penceramah Jemputan

Fasilitator untuk LDK :

Sdra Rozaimy Baharuddin
Sdra Shahril Affandi
Tuan Haji Ismail Rubani
Tuan Haji Nazri

Yuran: antara RM 200
Yuran khas untuk pelajar RM 100 ( Murid Tua/DahuLu2 )

Makan tengahari,minum petang,nota seminar dan sijil penyertaan akan di sediakan.

Sesiapa sahaja boleh hadir,lelaki wanita, kaum ibu, bujang atau berkeluarga, umur 18 tahun dan keatas sahaja

Pra Pendaftaran sila emel kepada Urusetia ibnuadam27@gmail.com

Sila war war kan..

Terima kaseh

Urusetia / Sekretariat

ibnuadam27@gmail.com





Senarai Budget Hotel Sekitar UIAM - Gombak


Salam

Untuk para peserta di luar kawasan yang ingin sampai lebih awal pada hari Jumaat 2 hb April 2010 atau ingin tinggal selepas Seminar pada 3 hb April 2010, maka kami sertakan senarai Budget Hotel / Motel di kawasan berhampiran UIAM- Gombak.

Sekiranya tidak serasi atau tidak sesuai dengan budget hotel ini, maka para peserta bolehlah menginap dimana mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur. Sukacita diingatkan bahawa Pendaftaran dan Sarapan bermula jam 9 pagi dan Seminar bermula tepat jam 930 pagi. Yuran pendaftaran sebanyak RM 200.00 tidak termasuk tempat penginapan.

Para peserta dinasihat agar berhubung terus dengan hotel yang berkenaan untuk urusan pertanyaan dan penempahan. Terima kaseh.

Senarai Budget Hotel berhampiran UIAM Gombak

1. Batu Caves Hotel -

Contact : 0361850052, 0361857425

2. Seri Batu Caves Hotel
No. 1, L 8-1, Jln Batu Caves,
Tmn Batu Caves, 68100 Batu Caves,
Selangor
Tel: 03-6189 9869

3. Batu Caves Budget Hotel
No. 562A, Jln Samudra Utara 1,
Tmn Samudra, 68100 Batu Caves,
Selangor
Tel: 036189 9869
4. Batu Caves Budget Hotel II
C-30 & C-31-2, Jln Medan 1,
Medan Selayang, 68100 Batu Caves,
Selangor
Tel: 036185 7422
5. New Wave Hotel
Block D-33, Jln Medan 1,
Medan Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor
Tel: 03-6185 0052

Penambahan

Anjung Rahmat,
Batu 6 Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur

Tel: 03 6188 8409, Fax: 03 6188 8470

AJK Urusetia - Dewan / Lokasi Seminar


Aturcara Majlis Seminar


Experimental Hall - UIAM Gombak, Selangor



0900 Pendaftaran dan Sarapan- Foyer Experimental Hall

0930 Doa Selamat

Ucapan Alu Aluan

1000 Modul 1: Pengenalan kepada Sihir, Saka Santau dan Gangguan Mahluk Halus

1130 Rehat

1145 Modul 2: Amalan Amalan Asas untuk menguatkan Roh

1300 Rehat / Makan Tengahari di Foyer Experimental Hall /
 Solat Zuhur di Masjid Sultan Ahmad Shah

1400 Modul 3: Kaedah Asas untuk Merawat Gangguan kepada diri sendiri dan ahli keluarga.

Sesi Bonus 1: Amalan Murah Rezeki / Perniagaan, Pagar diri dan keluarga

Sesi Bonus 2: Amalan Meningkatkan Kasih Sayang diantara ahli keluarga

( Mengelakkan Cinta Beralih Arah )

1630 Rehat /Minum Petang di Foyer Experimental Hall / Solat Asar di Masjid Sultan Ahmad Shah

1700 Modul 4: Sesi Interaktif Latihan dalam Kumpulan / Soal Jawab

1800 Sesi Pengijazahan Amalan Amalan/ Penyampaian Sijil Penyertaan Seminar

1830 Doa dan Ucapan Penutup

Bersurai

InsyaAllah

**********************





KuLLiYAH



Lapangkan MasaMu & DadaMu utk iLMU ~ Musuh Utama JAHiL, adaLah iLMU



~~~ "Apabila Sseorang anak Adam Mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara: Sedekah Jariah yg sentiasa mgalir pahalanya, Ilmu yg dimanfa'atkan Org lain, dan Doa anak yg SALIH..~Riwayat Muslim



SEMINAR PERAWAT ISLAM CEMERLANG SIRI 1 ~2010



Seminar Perawat Cemerlang


Kursus sudah dibuka semula:



Salam



Diatas permintaan dan permohonan yang terlampau tinggi dan setelah di kaji dan difikirkan semula,maka Tok Belagak telah membenarkan Seminar Perawat Cemerlang diadakan demi menyebarkan ilmu dan mengembangkan ilmu



Secara tentatif Seminar ini adalah seperti berikut



SEMINAR PERAWAT CEMERLANG SIRI 1 2010


http://seminarperawatcemerlang.blogspot.com/



Rawatan Asas: Merawat Diri Sendiri dan Keluarga



Tarikh: 03 April 2010[Hari Sabtu]



Masa: 9.30 pagi ~ 6.30 petang



Tempat: Dewan UIA-Gombak



Sg . Pusu, KL



http://seminarperawatcemerlang.blogspot.com/



Penceramah:


***Tok Belagak



***Toh Puan Belagak



Penceramah Jemputan



Fasilitator untuk LDK :


~*Sdra Rozaimy Baharuddin


~*Sdra Shahril Affandi


~*Tuan Haji Ismail Rubani


~*Tuan Haji Nazri



Yuran: RM 200/=



Makan tghari, minum petang,


Nota Seminar dan Sijil Penyertaan akan di sediakan.



Sesiapa sahaja boleh hadir,lelaki wanita, kaum ibu, bujang atau berkeluarga, umur 18 tahun dan keatas sahaja



Pra Pendaftaran sila emel kpd Urusetia ~ ibnuadam27@gmail.com



Sila war war kan..



Terima kaseh



Urusetia / Sekretariat



ibnuadam27@gmail.com



http://seminarperawatcemerlang.blogspot.com/






Lading_Emas

24 March, 2010

Nök èksèng dök betepat...!

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah
katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök
Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh
döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke
ari nim?”

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari
katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia
suroh kemarèng.

Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang
mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari
Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena
bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau
Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng.

Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh.
Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu
pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu
kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale
ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.

Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu
hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang
tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa
Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök.
Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang
tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat
löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir
sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer
kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi
pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu..

Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang
tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper
löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö
wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung
cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh
lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi
satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore.

HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I,
tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu
ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa
pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung
mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök
tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.

Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh
jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene.
Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.

“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya
mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning.
Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”

Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar
kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!



Lading_Emas

Yassin 7 Mubin ~ Dato' Dr Amran Kasimin

YASIN 7 MUBIN Dato’Dr. Amran Kasimin

Kuliah subuh Surau As Sobah 29/8/09
Dato’Dr. Amran Kasimin

1. Manusia berkongsi hidup didunia ini bersama kejadian Allah yang lain seperti jin, syaitan dan iblis ( makhluk halus ) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

2. Kadangkala berlaku pertembungan diantara manusia dengan makhluk tersebut dimana manusia diganggu samada dirumah, pejabat atau dalam dirinya sendiri.

3. Walaupun keujudan makhluk tersebut termaktup dalam Quran tetapi ramai yang tidak percaya hingga terkena batang hidung sendiri.

4. Selalunya bila gangguan oleh makhluk tersebut mengganas dan diluar kawalan maka bomoh atau ustaz akan dicari untuk memulihkankan keadaan. Hidup bila diganggu oleh makhluk halus amat tidak tenteram dan berkecamuk.

5. Dalam keadaan begini kalau kita mengetahui serba sedikit mengenai cara merawat atau melindungi diri dari gangguan tersebut amatlah berguna kerana sebaik2 pendinding atau penawar adalah jika kita sendiri yang mengamalnya.

6. Yassin adalah antara ayat2 Allah yang mempunyai seribu hikmah mengikut NIAT dan HAJAT siPEMBACA. Kaedah pembacaan dan cara untuk menjadikannya sebagai penawar dikongsi oleh Dr. Amran untuk makluman kita.

7. Kaedah pembacaan 7 Mubin ( nyata ) adalah dimana disetiap ayat yang berakhir dengan perkataan MUBIN kita akan berhenti dan berdoa kepada Allah memohon hajat kita, seperti dipulihkan dari gangguan makhluk halus atau buatan orang. Lepas berdoa kita mulakan semula bacaan daripada awal ayat, ia itu YASSIN hingga ke perkataan MUBIN kedua, dimana kita berhenti lagi dan berdoa kembali. Ini kita ulangi hingga ke MUBIN ketiga, berdoa kembali dan kemudian baca kembali dari mula hingga ke MUBIN keempat dalam kaedah yang sama hingga lah habis keMubin yang ketujuh. Kaedah ini boleh dilakukan seorang diri atau berkumpulan. Disetiap MUBIN jika pratikal pembaca bolehlah berdoa dalam keadaan sujud, kalau tidak berdoa dalam keadaan biasa.

8. Kita boleh juga meletakkan air dan garam kasar yang dicampur dengan lada hitam dihadapan kita dan selepas berdoa hembuskan kepada air tersebut. Garam dan lada hitam boleh digunakan untuk menghalau makhluk halus dengan menaburnya disekeliling rumah atau bangunan yang diganggu. Garam dan lada hitam yang telah dibaca dengan Yassin akan menjadi seperti bom membakar makhluk halus.

9. Sebelum merenjis air Yassin atau garam dan lada hitam ketempat yang bermasallah bacalah Azan dengan kuat, sebaiknya dilakukan selepas maghrib atau tengah malam. Renjisan hendaklah dimulakan dari kanan berakhir diluar rumah dimana garam ditabur keatas bumbung rumah secara simbolik.

10. Air Yassin boleh diminum oleh pesakit dan mandi dengan air campuran Yassin selepas waktu asar. Air dicurah bermula dari kaki membawa kekepala dan air akhir jangan dilap, biar kering dibadan.

11. Kaedah ini boleh digunakan bagi merawat manusia atau rumah/pejabat yang diganggu makhluk halus. Ia juga berkesan bagi merawat wanita yang terkena buatan orang.

12. Kebelakangan ini terdapat ramai wanita yang dikikis duitnya oleh lelaki yang menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan teman wanita mereka. Wanita yang terkena buatan ini akan memberi wang ringgit dan diri kepada teman lelaki durjana tadi tanpa menyedari dia menjadi mangsa. Cubalah kaedah 7 Mubin ini untuk memulihkan wanita tersebut dengan minum dan mandi air Yassin.

13. Rumah atau pejabat yang diganggu oleh makhluk halus sentiasa panas dan penghuni akan selalu bermimpi buruk dan menakutkan disamping ternampak kelibas makhluk halus didalam rumah.

14. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk keluarkan makhluk halus yang bersarang dalam badan akibat mengamalkan ilmu kebal, pendinding, silat, pemanis dsb.
15. Semoga ilmu yang dikongsi ini dapat membantu kita atau orang yang kita sayangi dimasa depan.

16. Tetapi janganlah tunggu hingga bermasallah baru membaca surah YASSIN jadikan ia amalan harian atau mingguan dan kalau boleh hingga kita berjaya menghafalnya. Bila membaca Yassin dalam keadaan biasa sedekahkan pahala bacaan pada Nabi Muhammad saw, Nabi2 sebelum Nabi Muhammad, Ahli keluarga, para sahabat dan pengikut sahabat Nabi, wali2 Allah dan guru agama kemudian kepada kedua ibu bapa kita, anak dan saudara mara kita serta sekalian muslimin dan muslimat agar mereka mendapat keampunana Allah dan dijauhi daripada api neraka. Pohonlah juga agar berkat bacaan Yassin tersebut kita dan keluarga dilindungi Allah daripada segala bahaya, malapetaka, bencana dan kelemahan diri, serta daripada harsat dengki, khianat dan gangguan jin, syaitan atau makhluk Allah yang lain.

17. SELAMAT BERAMAL kerana ILMU yang tidak diamal adalah sia2 dan tidak dapat membantu kita.




Lading_Emas

23 March, 2010

Ayat Doa dan Permintaan


































Lading_Emas

Pendayung Sampan

Pendayung sampan


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang
lautan
menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang
begitu
pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam
agar tidak
banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu
tekun
Professor itu membuat kajian.

Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian
digoyang-goyang;
selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya
Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali.
Pendayung sampan itu mendongak ke langit.

Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam
hati,
"Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor
itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai.
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur
pendayung
sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?

" Tanya Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung
sampan
itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.
"Ya".
"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung
sampan?"
Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan
kepalanya.

Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu
geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam
ni,
kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu
lagi,
"Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kasihan.
Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?"
Professor itu
masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya
menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan
75
peratus dari usia kamu.

Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu
dihabiskan
dengan mendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek
dan
angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba
saja
datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan
terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula
pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu
menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100
peratus
nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke
pantai.


Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin
kehidupan. Tak
guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu
perkara-perkara
penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu
rupanya
lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak
ada
kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang
diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah
ilmu yang
dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?

Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha
sempurna
adalah KEMENANGAN SEMPURNA ...!




Lading_Emas

16 March, 2010

Konsep Ayat tidak memberi Bekas ~ Perawat Islam

10.9.09

Buek Malu Jo

Pembaca sila baca kekecohan antara perawat darul Hikmah dengan Ridam
( http://darulmanzil.blogspot.com/2009/09/sound-tak-habis-habis.html ) ...

Tengoklah...Perawat Islam pun kena serang camni dan berbagai tuduhan...DEN lagi le banyak...Tapi DEN tak heran pun...Sobab ramai suka mengaku perawat Islam..Islam je yang best...Walhal..ramai dah pesakit2 yang jumpa DEN mengaku dah jumpa pun mereka..habuk...sampai keimanan mereka hampir Goyah..dimana dia yang kata ISLAM itu POWER....Baru kena sihir Tok Cha dah terkentut-kentut...Dengar JIN ulang balik bacaan Al-Quran depa kata JIN Islam...Itu JIN kafir la...lain kali belajar biar habis...

Al-Quran diturunkan bukan untuk membinasakan atau mendera JIN..ia diturunkan sebagai Rahmat kepada seluruh Alam atas kasih sayang Allah pada semua mahkluknya...Kenapa perlu ruqyah...adakah Ayat memberi bekas...Pasti Tidak...

Kita ambil Senario..seorang pesakit dimasuki JIN....Kita pun Ruqyah...dengan harapan mendera JIN dan JIN pun sakit atau mati atau keluar disebabkan sakit...
Apa bezanya dengan orang Yahudi yang hafiz Al-quran dengan niat nak memutarbelitkan fakta..memang ramai pun pihak orientalis yang Hafiz...Kita sibuk duk ruqyah JIN...Mereka ini siap hafal di kepala dah tentu berniat jahat...kenapa tidak meletup kepala mereka...kenapa tidak meletup kepala mereka...kenapa tidak meletup kepala mereka...Jawapannya ialah Ayat tidak memberi bekas...
JIN pun wajib mengikuti syariat Islam..yang tak ikut...maka tergolonglah mereka JIN kafir...
Maka kenapa setengah JIN seolah takut dan keluar bila di Ruqyah...Sila baca komen Hj Nazri didalam ruangan komen di blog ini...

Dalam kelas rawatan Santau...DEN jelaskan pendirian DEN...Kalau nak guna ruqyah sebagai kaedah rawatan..mengajilah setiap hari..jadikan ia rutin..jangan terhad kepada ayat2 Ruqyah aje...Belajar mengikhlaskan diri...Dari berniat untuk melindung diri atau merawat kepada keikhlasan yg mutlak...Yakni dari makam Redho kepada makam Innalillah.....So nanti masa merawat dah tak yah mengaji dah...Jadi cepat sikit nak merawat...
Jangan le kalau tiada buka klinik rawatan pada hari tertentu kita pun tak mengaji...ini yang orang kata mengaji kerana JIN....begitu juga kaedah zikir ke hapa...buat secara istiqomah..so masa rawatan dah tak yah mengaji dan zikir dah...Pergilah bertanya Guru camno nak buek tak yah baca dan zikir dah bila berhadapan dengan the Real Thing...

Pendinding yang terbaik dan ada Guarentee dan Warranty dari ALLAH ada dalam Al-Quran..carilah...

Cuba bezakan rawatan yang dilakukan oleh mereka yang mengikuti jalan kesufian...Cakap melayu je...pun Jin dah gentar...Sebab itu orang melayu dah lama mengkaji dan jumpa berbagai-bagai kaedah mudah menangani makhluk JIN ini....Sejak Orang Melayu di Islamkan 500 tahun dahulu...Ulama2 terdahulu telah lama menggunakan Ruqyah dan kajian demi kajian..ilham demi ilham diberi Allah kepada hambanya...Maka pada DEN sudah sempurna perubatan Islam itu di waktu atuk nenek kita..Cuba perhatikan jampi mereka yang tidak syirik semuanya berakhir dengan berkat Kalimah Syahadah...Itulah yang betul...selagi kita tidak Syirik..selagi itulah JIN Gentar....

Cuma dewasa ini bila Islam konon-kononnya bangkit kembali...Timbullah Darul2 umpama cendawan...Dengan berbekal beberapa potong ayat suci Al-Quran seperti Al-Mathurrat dan Manzil..mereka mendakwa bersanad dengan Rasulullah s.a.w.....INI yang WAHABI suka....sebab mana ada dalil...bersanad pada Rasullullah s.a.w...Nabi sentiasa menyarankan membaca 3 Qul....sebagai ikhtiar ..perlindungan...bukannya membinasakan...Yang ada sanad ialah semua umat Islam yang membaca Al-quran...Yang Ini memang bersanad kepada rasulullah s.a.w kepada Jibrail a.s . Tak mengapalah kalau nak dakwa begitu tapi janganlah JUMUD..mengatakan kaedah lain tidak Islamik...Kena test dengan Tok Cha..dah terkentut-kentut...
Orang tua2 dulu dah faham pengajian sifat 20...mereka berlindung just pakai "serapah" aje..
"Kandung Aku dalam Alif...Binasa Allah binasa Aku " banyak lagi...ini contoh aje...So Keyakinan Mutlak kepada tiada nya ALLAH menerima binasa menyebabkan mana2 JIN pun gentar atau segan...Apa yang DEN perhatikan kita dah terkebelakang balik seolah baru mengenal ISLAM...Ayat2 Al-Quran dah lama diguna pakai dalam rawatan...cuma bila Allah campakan ILHAM...semakin mudah kaedah rawatan...Bayangkan kalau ada 10 pesakit ada JIN..takan nak Ruqyah seorang2..2-3 jam...Macam yang terjadi kat Darul Di Johor tahun lepas..Ruqyah dari 12 pm hingga 6 ptg..last2 Ustaz2 ( bukan sorang tau ) tu give up..suruh pergi tempat lain...Mak bapak budak tu bawak pi jumpa tok batin aje...terus selesai...Buek Malu Jo...Itu baru JIN KANTAN...Kita Islam mesti proof kita No 1....no 2 takda dalam kamus...Agak2 Orang asli golak tak...tgk kita tak mampu..tok batin dia mampu...Silap2 dorang cakap..betulka Islam tu power....DEN perhati orang Malaysia kalau dapat belajar dengan Syeikh Wahab Bali..punya la bangga..Pada DEN biasa aje...Nak buang sekor JIN pun berjam-jam..baik belajar dengan bomoh melayu beragama Islam.....ada yang bawak kapur aje nak pangkah...JIN dah terkentut-kentut lari...Tak payah nak pukul dengan batang paip ke hapa...pakai jari pun boleh..itupun tak yah body contact...

DEN pernah cakap DEN buang saka below 10 second aje...dah proven pun....Cuma disini DEN tegaskan DEN diberi Allah Ilmu membuang saka dengan pantas tanpa mengira keadaan dan tempat...

DEN boleh buang saka walau pun DEN tengah berak...dalam Kuil ...dalam Gereja..dalam Candi atau dalam Mesjid..Begitu juga sedang dalam berwuduk atau tanpa wuduk atau sedang berhadas besar atau kecil..tengah bersama Isteri pun boleh....Den paling banyak buang masa driving....DEN pun makan masa gak bila 2 Sifu DEN pun bicara bab yang sama...Ayat tidak memberi bekas...Bila DEN dah faham dan Jazam..maka bolehlah DEN mengaku dan buek seperti yang DEN cakap di atas...

He..he...lagi sedap le Ustaz2 nak hentam DEN...Dorang yang berwuduk..bilik rawatan penuh ayat2 Al-Quran pun terkial2 nak buang JIN..inikan pula dalam Jamban...berhadas besar pulak tu...dalam kuil pulak tu yang kononnya penuh dengan JIN2 kafir yang menjadi musuh...
Cuma satu perkara DEN nak ingatkan...sebelum jump to any conclusion..pi belajar Sifat 20 tu sampai mahir..Yg Wahabi tak yah le..depa dah tak pakai sifat 20...

DEN suko suruh siapa yang nak mendalami ilmu perubatan atau mengubat diri sendir dari sakit diri, sihir , miskin dll dengan mengamalkan ayat Seribu Dinar..Ayat ini ramai yang salah faham..untuk jalan rezeki sahaja...Sebenarnya ayat ini ada pergantungan Mutlak yakni Tawakal kepada Allah..maka pasti allah akan tunjukan jalan keluar...tak kira apa jua masalah kita...Sebab itu orang tua pesan..kalau terasa nak ada gangguan..bacalah ayat Seribu Dinar..gantungkan harapan pada Allah...nescaya JIN takut..mereka kuatir kalau2 Allah memberi jalan keluar yang dasyat...seperti menghantar Wali2nya..rijalul ghaib, Malaikat, Jin Islam, Jin kafir yang bermusuh dengan JIN yang ingin mengacau kita ..Itu semua dalam IlmuNYA..usah dipersoalkan apakah bentuk jalan keluar tersebut...Ia juga boleh diguna untuk mengharapkan jalan keluar untuk semua permasalahan dunia...Yang Paling Kuat Tawakal ialah Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a...
Maksudnya JIN atau apa jua makhluk tiada akan dapat memudaratkan kita kalau pergantungan kita bulat 100% kepada Allah bukan pada yang lain...

Sebenarnya berwuduk dengan sempurna dan berdoa itu adalah Adap2 seorang hamba kepada Khalik....
Orang Kafir lagile tak mandi hadas ke hapa...mereka berdoa pun Allah makbulkan...
Kita makhluk wajib bersangka baik kepada Allah....Kita sebagai makhluk tidak boleh meletakan syarat...Seperti...aku dah buat solat hajat 20 rakkat ...Allah kan makbulkan..Aku dah baca Ruqyah..Allah akan halau JIN...Ingat kita adalah hamba...tiada boleh meletakan apa-apa syarat...
Bila meletakan syarat maka bila "Tak Makbul"..iman kita sudah goyah....Biasa kedengaran ..Ustaz cakap kalau baca ayat Qursi ..JIN lari..tetapi kenapa JIN buat dek aje...dan bertambah ganas...Pastu ada pulak ustaz cakap..baca tak betul tajwid...tak berhenti pada 9 waqaf....Rosak2...inilah yang dikatakan meletakan Ayat ada Power...Siap cakap..salah maksud bacaan tu pasal JIN tak lari...Rosak2....Apakah Allah The Greatest perlu kepada bacaan Qursi...yang betul tau tak betul...sebab itu jangan meletakan syarat...Allah melindung kita bukan sebab bacaan..tapi atas rahmat dan RahimNya...Kita kalau tersalah baca pun tapi pergantungan kita sebenarnya bukan pada Ayat..tetapi kepada Rabbul Jalil...Jin pasti terkentut-kentut lari...Imam Ahmad bin Hambal..just kirim terompah aje..JIN dah tercirit...
Cuma kita wajib Yakin setiap Doa yang baik..akan Allah tunaikan....dalam 4 keadaan....Pi tanya Ustaz..apa 4 keadaan itu .... Biar DEN yg bukan ustaz ni jawab

a) Dimakbulkan serta merta
b) Dimakbulkan tetapi dilewatkan atas sebab2 tertentu
c) Dimakbulkan tetapi diganti dengan yang lain...
d) Tidak dimakbulkan di dunia...tapi diganti dengan pahala yang melimpah ruah di akhirat kelak

Sobab itu kita tak boleh putus asa berdoa....Tak sio-sio...kata orang Peranchis...

Persoalan DEN boleh buang Saka dalam Jamban sambil Berak..dalam Kuil dalam hadas besar dan apa jua keadaan...Perhatikan persoalan dibawah

Apakah kalau kita masuk Jamban,..Allah hilang...
Apakah kalau kita berhadas Besar atau Kecil, Allah hilang
Apakah kalau kita memasuki Kuil atau Gereja, ...Allah hilang

Bukankah Allah Sediakala wujudnya..Tiada akhirnya
Mahkluk sahaja yang dari tiada menjadi ada menjadi tiada..yakni tiada kekal...
Kecuali 10 makhluk yang ada mula tetapi tiada akhir...seperti ROH...Syurga ..Neraka dan lain2...

Harap2...jangan marah.....nanti cepat mati.....Bertanyalah kepada mereka yang Diberi ILMU....siapa yang beri ILMU...Pastilah Allah yang menurunkan Al-Quran....maksudnya dari sumber yang sama....

22 komen:


Ismail said...
Setuju sangat kata abg belagak. Contoh ada Saya perhatikan kat expose mistik dulu...masa merawat sorang wanita..ada kurang lebih 5 orang perawat baca ruqyah. Lepas wanita tu mengamuk kena rasuk...jin tak kuar2 jugak..masing2 pegang reramai wanita tu...pegang sana, pegang sini..nampak terseksa je wanita tu. Kekadang ada wanita yg tak pakai seluar panjang..pakai kain je...terkangkang2 lak. Malu jer...Kalau sorang pesakit amik masa 2 -3jam....mau jenuh pesakit yg no 10 nak tunggu turn.
LMA said...
saya setuju sgt tok..iktikad tu yg penting..penah sy diganggu ketika tidur,dengan suara org gelak garau dan besar btol2 ditelinga dan sy ditindih dan hati terasa sgt kecut..lalu sy iktikadkan dlm hati,'aku tidak takut apa2 selain ALLAH'..dan berzikir ALLAHUAKBAR..x smp 5saat...settle..bole ke tok cmtu???
DARUL SAKA said...
Boleh..itulah yang sepatutnya..bukannya membaca ayatul qursi ke hapa...Gantung terus pada Allah...Ayat Al-Quran hanya Kalam Allah...SO baik Gantung pada Allah terus...
hj nazri said...
penerangan yang ....cukup jelas ... straight to the point ...dan mudoh caro ...kata orang siam....kalau tak faham juga....sila pi cari guru mursyid untuk bersaksi terima balik akan IMAN, ISLAM DAN EHSAN secara pusaka ..bukan baka... secara bertemu lutut.. sebagaimana Rasulullah terima dari Jibril ...selagi dok pandang akan ikhtiar dan usaha boleh memberikan bekas...hatta dengan bacaan rangkaian ayat quran sekali pun ...selagi itulah kita berada di dalam syirik kepada Allah...segala ikhtiar usaha itu cuma sunnah atau kaedah.... yang boleh memberi bekas hanya dengan izin TUAN NYA ....pandanglah pada TUAN NYA ...Tok tok syeikh Darul kena terapkan benda ni pada murid murid mereka...bukan cuma ajar kaedah saja...ada satu darul tu(bukan D saka) ...saya ikuti blog dia.. cuma akhir akhir ini saja syeikh dia ada mention pasal ayat dan kaedah tidak memberi bekas ...harap sentiasa diingatkan..kerana yang datang kursus tu bukan semuanya reti...Analoginya..Bila lapar kita makan ...bila makan kita kenyang...soalnya boleh tak kalau tak makan dan kenyang? harus tak boleh... kerana fitrah dan syariatNya kena makan baru kenyang....sapa yang bagi kenyang tu? makanan atau Allah? tentu Allah so ..pandanglah kepada Allah yang mengenyangkan bukan makanan tu..sebab tu tak makan berkurun pun tak nye mati dengan izin Allah ..macam cerita wali dalam suroh Alkahfi tu...so mudahnya nak jadi perawat ni... belajor kaedah dan betulkan iktikad supaya tidak terjerumus ke dalam syirik..kalau dah buang segala syirik dan hati 100% kepada Allah....jin dengar nama pun dah cabut.....
Lading_Emas said...
Salam Tok...T.Kasih,Mmg benar pesan Tok tu, ramai Utz2 kata ayat tak memberi bekas, ttpi baca bukan main lagi..mcm Qari lagi...dah tu ada yg azan sampi pekak telinga patient,tu tak temasuk picit ke, raba ke...? agak eh tak batal air semayang kot Tok..? Den kesian gak kat dio Org tak sempat jumpa Tok Belagak dah pokak dah...,dah teruk kena picit ke apo ko...isk isk isk..Ilmu begini mmg bmulo dari sifat 20 tu cukup utk mengenali Tuhan.jk tak kenal gak, bukan salah memnuntut ttpi salah faham tu Tok, betul tak...?Nih kalu Tok tak dapat nak wat kelas gak nih..[maklum Tok sibuk, Ayo paham tu] boleh tak tok rekemen kat Den or kat sifu Tok sendiri ko, Den nak belajar nih...Mmg teraso BODOH bonar Den, nak sekolah balik nih...tolong Ayo Tok yo....?[amal jariah tu Tok hehehe..(Ayo dah jadi muko tak malu da nih)]Kat mano Ayo boleh belajar Tok..? or jumpo Tok sendiri ko...? T.Kasih Tok, Wassalam.
art said...
Tok, berair mata baca topik ni, hamba dok amal gak doa2 rukyah bila nak tidoq, kunun nak pendinding takut kat jin la tu.. lepaih dah mula dok amal bismillah 1000 ni.. dok baca jugak doa2 tu, tapi baca pelan2 ambik makna betui... sayu ja baca ayat kursi..dalam sungguh kekuasaan Allah... Amanarrasul... mintak Allah bagi hidayah jadik betui2 org mukminun.. La ni baca rukyah tu nak ambik sunnah nabi, lantak la jin nak titik ka apa.. Kalau kena titik..minta tolong tok ye....he..he...
DARUL SAKA said...
Rasa elok korang baca Blog TIAF...Walaupun agak tinggi..tapi yakinlah Kalau Allah hendak mengenalkan dirinya...Pasti akan dibuka pintu hati insan tersebut...Credit Untuk Ustaz Asrulhttp://terapi-alfatah.blogspot.com/2009/09/alam-lahut.html
Ismail said...
Saya pun dah baca blog TIAF pasal alam lahut malam td. memang tinggi..susah juga nak paham. takpa...bak kata tok belagak..pelan2 kayuh.
LMA said...
sifat 20..guru saya dulu dia kata dekat 7tahun dia mendalami..walaupun nmpk simple mcm lagu raihan tuh..tapi hakikatnya..pergh..sbb tu la 7lautan jika dijadikan tinta utk menulis ilmu ALLAH,takkan cukup...kadang beliau pon xpakai rukyah..juz main 'tembak' je..settle..kadang blum sempat tembak,dah mencicit lari..kadang pakai rukyah..katanya,ikut yg mana bersesuaian..yang penting penggantungan terus kepada ALLAH..harap sy dpt peluang belajar n mengenali sifat 20 dengan mendalam..amin
AbiDamia said...
Salam....ada terdengar khabar seorang sahabat yg tak dapat melupakan wajah Rasulullah SAW hatta di dalam jamban...Atok ado tempias2 gayo camtu ko?Atok ni hensemlah itu pasal asyik melawa......
DARUL SAKA said...
Walaupun DEN ni Hansem..tak yah lah puji ... Kotat pulak seluar DEN nanti...
Ismail Rubani said...
Alhamdulillah, suatu hurain yang jelas..mudah mudahan ia dapat member kesedaran ..credit to tok berlagak..
Tuah said...
"makam Redho kepada makam Innalillah"ada berapa makam kesemuanya? boleh tok belagak citer khusus tak kat posting lain? mau tgk diri sendiri berada tahap mana....mesti last sekali...isy isy isy...
zayn said...
sekadar panduan - jalansufi.com
cikedis said...
hmm.. cam susah nak percaya ek. all this while, kita diberitahu baca ayat nak jauhkan jin/syaitan.. skrg mcm tak perlu. yakin dgn hati. ada kebenarannya, tapi macam kita kena belajar betul2 utk dptkan keyakinan tu, kan? kat sekolah2 tade syllabus ni. lagi satu pak den, kalo ayat2 dia x hirau.. kenapa ade kes kalo ikut cerita2 kat blog2 ni yg takut. kalo ikut pak den sememangnya dorang tak takut.. ikut analogi non-muslim mana takut al-quran?
Rozaimy Baharuddin said...
Prof NW pernah buat kajian mengenai bacaaan Al-Quran seperti surah Al-ikhlas, Yassin, Al-Kursi dan Al Fatihah. Kajian tidak begitu mendalam, cuma sekadar ingin mengetahui warna ketaran (colour vibration). Kalau tak salah dengar, mesin dibuat oleh pelajar UITM utk mengukur julat frekuensi.Bila kita baca Yassin, julat frekuensi bersamaan dgn WARNA PUTIH, sesuai utk pemulihan kat area kepala. Frekuensi ini hampir sama seperti ubat NW1 dan NW2 yg dikeluarkan oleh CVT.Resultnya memang setiap bacaan Al-Quran akan menghasilkan getaran. Secara teorinya kalau ada gangguan sama ada dari golongan ghaib atau masalah fizikal, memang akan memberi kesan kepada golongan tersebut atau organ kita.Secara teori, golongan ghaib dijulatkan sebagai berfrekuensi tinggi. Bacaan Al-Quran menghasilkan julat frekuensi yg rendah dan ini boleh menganggu golongan ghaib ni. Kalau depa tak dpt tahan dari gangguan frekuensi rendah ini, mereka lari le dari tubuh pesakit. Kalau depa dpt bertahan (sebenar sure sakit) mereka akan bertahan.Maka kena kaji le.... kajian getaran/frekuensi bacaan Al-Quran terhenti begitu sahaja. Ye la, nanti kalau kaji lebih lebih, jadi DARUL CVT pulak.
Mr AmOkz said...
Nabi kita pesan spy kita berbicara dgn seseorg sesuai dgn tahapnya.jgnlah kita berbicara sesuatu yg di luar ilmunya kerana kita akan zalim pd dia.nabi Isa as pun pesan jgn pakaikan emas di leher babi.Kalu kita diberi Allah ilmu yg tinggi xusah memaksa org len utk menerimanya.jika diorg bertanya jwblah dgn baik.sebagaimana kisah seorg pendakwah yg ditegur oleh raja yg zalim "Berckplah dgn aku dgn cara yg baik sebab aku xsezalim firaun laknatullah dan engkau tdklah sebaik Nabi Musa as".Saya pun teringat kisah seorg badwi kencing di dlm masjid.para sahabat semua dlm keadaan mrh tp Rasulullah menenangkn mereka dan baginda sendiri mengambil air utk membersihkan air kencing tu.Rasulullah bgtau kalu badwi tu tau,dia xkan buat gitu.Rasulullah lbh mengetahui hukumnya ttp Rasulullah tidak marah dan mengambil pendekatan mendidik.Begitu juga kisah dakwah di kota Taif di mana nabi kita yg mulia dihujani batu hingga bercucuran darah kerana nak menyampaikan perkara yg hak.Turun saiyidina Jibrail as dan malaikat len menawarkan utk membinasakan penduduk kota tersebut tp nabi berdoa yg mana nabi mengutuk diri sendiri krn kelemahan dakwahnya dan berdoa kalu mereka x beriman, moga2 anak cucu mereka beriman.nah, lihat kasih syg nabi dan pendekatan mendidik bukan menghukum.malu kita dgn nabi bab jin buleh dimasukkan ke dlm botol buleh ke x buat kita bergaduh dan beberapa isu yg kekadang tergelak bila dok dgr.Mari kita semua bersatu membina kekuatan.hilang rahmat Allah bg mereka yg bertelingkah.yg penting khusnul khatimah.kita pulang kpd Allah dlm keadaan disayangi bukan dibenci.
terangwulan said...
fa in tawallau fa qul hasbiyallahu la ilahailla huwa alaihi tawakkaltu wahuwa robbul arsyil aziiiim.... semoga tertanam dan terpacar dalam diriku, insyaAllah.
DARUL SAKA said...
Makam Redho sudah amat tinggi..Ilahi anta Maksudi Waredhoka Matlubi...Namun untuk para Aulia agung seperti Hasan Basri r.a ia masih ada " maksud " ..amalan terlekat pada maksud walaupun ia hanya bermaksud untuk mencapai Redho Allah s.w.tKerana itu mereka yang lebih tinggi makam nafsunya tiada meletakan apa2 dah...apa-apa pun terpulanglah dan kembali kepada ALLAH s.w.t semata-mata...Innalillah...berlainan dengan orang melayu kalimah innalillah diucap bila mendengar berita musibah sahaja..
mardiana said...
assalamualaikum, sy berminat untuk amalkan ayat seribu dinar sebagai pendinding diri dan lain-lain. jadi boleh sy tau amalan dia mcm mana? adakah setiap kali sembahyang ke atau bile2 masa sahaja boleh dibaca? harap dapat beri penerangan..terima kasih..
DARUL SAKA said...
amal aje...bila2 boleh...


Lading_Emas
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~