QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

17 June, 2011

Bismillah & KeLebihannya



Kehebatan Bismillahirrahmanirrahim


Ringkasan ceramah oleh Maulana Sayyidi Syaikh Muhammad Nazim Al-Haqqani

a) Umat Islam di anjurkan utk berZikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari.Setiap kali kita berzikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, Insya Allah kita akan menemui khazanah2 yg tidak kehabisan/terputus (menurut keyakinan masing2).

b) Bismillah hirrahman nirraheem adalah pedang yg tidak dapat di kalahkan, ia adalah pedang Ilahi.

c) Jika kamu lapar, dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan kenyang.

d) Jika kamu dahaga, akan hilang kehausanmu dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem.

e) Sesiapa yg sebut Bismillah hirrahman nirraheem, menjalin hubungan dengan syurga/langit, maka ia menjalin hubungan dengan pentadbir alam iaitu Allah SWT,  maka ia akan memperolehi pertolongannya. Berita baik bagi mereka yg punya hubungan dengan makhloq2 syurga/langit. Tanpa Bismillah hirrahman nirraheem, kamu tidak akan berhasil. Hasil yg sebenarnya, adalah dari bacaan Bismillah hirrahman nirraheem.

f)Wahai manusi, jadilah hamba Allah, sesuaikan dirimu, supaya kamu dapat mewarisi khazanah dari Bismillah hirrahman nirraheem, Bismillah hirrahman nirraheem, akan membuka hati yg terkunci dan akal yg buntu – seluruh penyakit zahir dan bathin dapat diubati oleh Bismillah hirrahman nirraheem. ~ Bismillah hirrahman nirraheem mencukupi, ia lebih dari mencukupi sebenarnya.

g) Setiap kali manusia membaca Bismillah hirrahman nirraheem, perkerjaan/hajatnya akan tercapai dengan mudah dan shaitan akan terhalang, tetapi manusia zaman sekarang, meninggalkan Bismillah hirrahman nirraheem, maka jalan yg mudah. menjadi sulit sekali.

h)bacaan Bismillah hirrahman nirraheem, dikurniakan kpd Nabi Sulaiman (as) supaya Nabi Sulaiman dapat menguasai Jin dan Manusia, dan supaya ia dapat menawan Ratu Balqeesh, kemudian ia di angkat darinya. Lihatlah, bacaan sekali dapat menguasai dan menjatuhkan seluruh makhloq di bawah pemerintahan Nabi Sulaiman (as).

إِنَّهُ ۥ مِن سُلَيۡمَـٰنَ وَإِنَّهُ ۥ بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, QURAN (27:30)

i) Bismillah hirrahman nirraheem, dikuirnaikan kpd Nabi Musa (as) supaya ia dapat membelah lautan merah, kemudian diangkat darinya. Lihatlah, dengan bacaan sekali, Bismillah hirrahman nirraheem, dapat membelah lautan yg dalam, dapat mengatasi masaalah yg tidak mungkin tercapai dengan teknologi.

j)Setiap zarrah bergantung kpd Bismillah hirrahman nirraheem,  membawa rahmat seperti hujan, tanpa Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan kecundang.

Kesimpulannya,,,bacalah Bismillah hirrahman nirraheem, dgn seluruh keyakinan dan kepasrahan diri pada Allah...Nescaya semua hajat akan terkabul..
Wabillahi taufik...Al-Fatihah.
Petikan dari   http://syifaulhaqq.blogspot.com/2010/11/kehebatan-bismillahirrahmanirrahim.html

~*~*~*~*~*~*~

Bismillah 7


Diperturunkan dari Ayahandaku...sesuai dijadikan amalan setiap kali sebelum menjamah makanan atau rezeki. Dan boleh dijadikan ayat Syifa@penawar tatkala ditimpa sesuatu musibah.
 Tetapi haruslah diingat dan yakin bahawa semua perkara itu terhasil ia dgn Kehendak Allahu SWT..
Wallahu A'alam http://jamaluddinab.blogspot.com/2010/02/bismillah-7.html

~*~*~*~*~*~*~

Bismillah Enam

Bismillah Enam



Bismillah Enam
  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.
AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

~Nampaknya kalau tak silap saya, saudara/saudari nie telah menyalin bulat bulat drp buku karangan Utz. Prof Dato’ Haron Din & Prof. Dr. Amran Kasimin (Rawatan Menurut Al Quran & Sunnah Jilid 1 & 2).
Bismillah Enam ni lebih dikenali sebagai Bismillah 7, kerana terdapat 7 lafaz Basmalah didalamnya & lebih kuat kesan penawarnya berbanding Bismillah 5.
  PERLU DIINGAT bahawa jika menangamalkannya si pengamal akan beroleh cubaan seperti disengat/dipatuk binatang bisa menurut pengarangnya. Dalam buku ini juga ada diajarkan Bismillah 5 & kaedah rawatannya namun saya juga ada terjumpa Bismillah 5 versi lain, sila rujuk laman http://yasui-stuff.com ATAU taip aje HOME – Senjata Mukmin kat search engine anda.

http://junjungan.wordpress.com/bismillah-enam/ 


Bacaan BISMILLAH 5


Bismillahir Rahmanir Rahiim
Bismillahish Shaafii
Bismillahil Kaafii
Bismillahil Mu’aafii
Bismillahil ladzhi laa ya
dhurru ma’as mihi syai
un fil ardhi wala fis sama’i
wa huwas samii’un ‘alim

Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang
Dgn nama Allah Yang Menyembuhkan
Dgn nama Allah Yang Mencukupkan
Dgn nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dgn nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan
namanya akan sesuatu pun di dunia dan di
langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Bismillah 5 ni elok diamalkan
Antara kelebihan bismillah 5 ini adalah ;-
1. Penawar bisa diri
2. Penawar bisa tulang
3. Boleh diubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
Tatacara
1. Membaca dengan dgn hati yang khusyuk.
2. Ditiup ditangan atau ditempat yang sakit.
3. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
Sekadar ingin berkongsi kalau ada salah silap harap dimaafkan.
 Utk lebih teliti boleh la merujuk kpd yg lebih Arif.
Wallah'Alam.
Fadhilat Bismillah 6 Bahagian 01/03
 Fadhilat Bismillah 6 Bahagian 02/03
 Fadhilat Bismillah 6 Bahagian 03/03
.
.
~***~LadingEMAS~***~

SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI ~ NASIHAT

EMPAT GOLONGAN MANUSIA
Kitab Futuuhul Ghaib
oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Ada empat jenis manusia dalam dunia ini :-
1. Pertama ialah mereka yang TIDAK ADA LIDAH dan TIDAK ADA HATI.
   Mereka ini ialah orang2 yg bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka.
Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan anggota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang di murkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta di lindungi Allah dari pengaruh mereka.
Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan:
• Ilmu Ketuhanan,
• Guru kepada yang baik,
• Pembimbing kepada agama Allah,
• Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.

Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan di beri ganjaran seperti yang di beri kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
  “Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit”.

2. Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ADA LIDAH tetapi TIDAK ADA HATI.
• Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
• Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.
• Mereka benci kononnya kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumang dalam maksiat itu.
• Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
• Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
   “Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang "Alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang ‘Alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

3. Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang MEMPUNYAI HATI tetapi TIDAK ADA LIDAH.
• Dia adalah seorang yang beriman.
• Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan
• menggantungkan di keliling mereka dengan tabir-Nya dan
• memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka.
• Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam “DIAM” dan berkhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;
“Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan”.
Sabda baginda lagi;
“Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam”.
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsia-Nya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang2 ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.

4. Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib),
diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
    "Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan”.
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah[Keramah].
Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yg tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya.
Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisi-Nya. Hati mereka akan dilapangkan utk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi.
Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuan-Nya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu “Orang2 Allah/Ahlillah”. Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentiasa mendapat Taufiq dan Hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
Jadi Saya(Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan.
Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran.
Dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan.
Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhoiNya,
dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Sumber: http://tarbiyyahibnumasran.blogspot.com/2007_10_01_archive.html

NASIHAT SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Alhamdulillah,akhirnya selesailah saya membaca dan menghayati mutiara kata dan nasihat-nasihat daripada Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ini. Buku ini saya dapatkannya dari Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM. Pada mulanya, perancangan ialah ingin mencari buku berkaitan aliran Tariqat, tetapi apabila terjumpa buku ini, hati ini tertarik rasanya ingin membacanya kerana Syeikh Abdul Qadir adalah ahli sufi yang amat terkenal didunia islam.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani atau nama sebenar beliau ialah Muhyiddin Abu Muhammad Abdul Qadir. Beliau adalah keturunan Rasulullah SAW melalui puteri Baginda Siti Fatimah Al-Zahra. Beliau adalah seorang ahli sufi yang tidak asing lagi di dunia islam, sehinggakan terdapat satu aliran Tariqat yang diasaskannya iaitu Tarikat Qadariah. Tulisan, nasihat dan buah fikiran beliau berkenaan dengan ketuhanan dan tasawuf sentiasa mendapat perhatian dan menjadi rujukan walaupun ianya telah berlalu lebih kurang 900 tahun yang lampau. Sama-samalah kita hayatinya dan semoga kita semua dapat mengambil sedikit pengajaran daripada tulisan ini.

TUNDUKKAN NAFSUMU SEBELUM ENGKAU DITUNDUKKANNYA.
(disampaikan di Madrasah al-Ma’murah,hari Ahad pagi,3 Syawal 545 H)

Sesungguhnya, siapa yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah dia berlatih memerangi nafsunya, sehingga dirinya bebas daripada cengkaman nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.

Hai pemuda…! Nasihatilah dirimu sendiri terlebih dahulu sebelum kamu menasihati orang lain.
Janganlah engkau berlebih-lebihan dalam menasihati orang lain sedangkan dalam dirimu sendiri masih bersemayam sesuatu yang engkau perlu perbaiki
Celakalah engkau…! Sekiranya engkau tahu bagaimana membersihkan orang lain, sedangkan engkau buta untuk membersihkan dirimu sendiri. Bagaimana seorang yang buta dapat memimpin orang lain.

“Wahai hati…! Wahai roh…! Wahai manusia..! Wahai jin…! Wahai orang-orang yang berharap kepada Maha Raja..! Marilah kita ketuk pintu Maha Raja. Bersegeralah kamu kepada-NYA dengan tapak hatimu, dengan tapak takwa dan tauhid kamu, makrifat dan kewarakan kamu yang tinggi, kezuhudan kamu di dunia, di akhirat dan didalam sesuatu selain daripada yang berkaitan secara langsung dengan Tuhanmu”.

Ketahuilah…! Bahawa taubat itu adalah pusat kekuasaan dan menyesali segala perbuatan. Tanggalkanlah baju kederhakaanmu itu dengan taubat yang tulus ikhlas. Jika engkau bertaubat, hendaklah taubat itu lahir dari hatimu, bertaubatlah engkau zahir dan batin.

SEGERA MENCAPAI PINTU TAUBAT
(Ahad,10 Syawal 545 H)
Sabda Rasulullah SAW :
“Barangsiapa yang dibukakan pintu kebaikan, maka hendaklah dia mencapainya, kerana sesungguhnya ia tidak mengetahui, bila pintu itu akan tertutup baginya”
Wahai pemuda. “Bertaubatlah kamu. Bukankah kamu telah melihat, bahawa Allah akan menguji kamu dengan berbagai dugaan hingga kamu bertaubat…? Sementara engkau tidak berfikir, mlahan engkau bertahan dalam kederhakaanmu itu.

-SAQJ berkata : “Tetaplah engkau untuk sentiasa redha dengan Allah, dalam keadaan petaka atau sengsara, dalam keadaan miskin atau kaya, dalam keadaan susah atau senang, dalam keadaan sihat atau sakit, dalam keadaan buruk atau baik, ketika memperoleh yang engkau kehendaki atau tidak. Aku tidak tahu ubat apa yang sesuai untukmu, selain daripada menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah yang Al-Haq. Jika dia menetapkan sesuatu yangmerugikan kamu, janganlah kamu benci kepada-NYA serta jangan pula kamu menjauhkan diri daripadanya.Kerana semua itu adalah ujian dan cubaan terhadapmu.

-jika sedar dan berubah,pasti Allah menukarkan kegelisahmu dengan ketenangan dan jiwamu akan menjadi tenang,tenteram dalam mentauhidkan-Nya.

Jika Al-Haq menghendaki agar hambanya menjadi baik, maka Dia akan memberikan Hidayah, mengajar mereka, mengawasi mereka, menerangi mereka, memberikan kesempatan kepada mereka, mendekatkan mereka kepada-Nya dan memberikan sinar kedalam hati mereka.

Celakalah kamu, kamu membaca dan menghafal sunnah Rasulullah, tetapi kamu tidak mengamalkannya. Engkau menyuruh manusia mengerjakan kebaikan sedangkan engkau sendiri tidak melakukannya.
Seperti Firman Allah SWT dalam surah Al-Shaf ayat 3 yang bermaksud :
“Sebesar-besar kebencian Allah, ialah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan”

Sesiapa yang telah beramal sehingga kemudian mereka mencapai satu kedudukan(maqam) dimana tiada lagi perintah ataupun larangan. Tidak henti-henti mereka menyendiri(khalwat) bersama ALLAH. Kerana meninggalkan ibadah-ibadah wajib, bermakna seorang itu telah jatuh Zindiq. Tidak ada kewajipan yang gugur dari seseorang, walau dalam keadaan bagaimana juapun dia, atau apa pun tahap dan maqamnya.

Wahai kaumku, Ambillah nasihat dari Al-Quran itu dengan mengamalkannya, bukan dengan mendiskusi, memperdebat, atau menseminarkannya.

“Tidak akan ada kebahagiaan di hatimu, apabila disana bersemayam sesuatu selain Allah, bahkan seandainya kamu sujud selama seribu tahun diatas bara api sekalipun, sementara hatimu kepada selain Allah, maka hal itu tidak bermanfaat kepadamu.

Hati..! Hatilah yang beriman…! Hatilah yang mengesakan Allah…! Hatilah yang memurnikan aqidah..! Hatilah yang ikhlas…! Hatilah yang bertakwa…! Hatilah yang memelihara diri daripada yang Haram dan Syubhat…! Hatilah yang yakin…! Hatilah yang zuhud…! Hatilah yang arif…! Hatilah yang beramal…! Hatilah yang memimpin seluruh tubuh manusia, sementara seluruh anggota adalah anggota pasukan dan pengikutnya. Oleh itu, jika kamu ingin menyucapkan LAILA HAILLALLAH, maka lebih dulu hendaklah kamu ucapkan dengan hatimu, kemudian kamu iringinya dengan lidah.

Jihad Batin – Lebih berat dari jihad zahir kerana jihad batin adalah satu jihad yang berterusan. Bermaksud memutuskan semua kehendak dan dorongan hawa nafsu untuk melakukan perkara-perkara yang terlarang serta mengekang keinginan terhadapnya.

Wahai hamba…! Setiap yang engkau pandang sebagai kebaikan dan engkau mencintainya, maka cintamu itu adalah bukan cinta yang sejati. Engkau sedang terpedaya. Cinta yang hakiki adalah cinta yang tidak berubah, iaitu cinta kepada Allah, yakni cinta yang engkau lihat dengan dua mata hatimu, iaitu cinta para Al-Shiddiqin Ruhaniyyin. Mereka tidam menyintai dengan keimanan mereka, tetapi dengan keyakinan dan mata hati mereka. Terbukalah hijab yang menyelubungi mata hati mereka, sehingga mereka mampu melihat apa yang ada di alam ghaib, melihat sesuatu yang tidak mungkin bagi mereka untuk menjelaskannya.

Seorang yang berzuhud dan berada pada tahap permulaan, mesti menghindarkan diri daripada semua manusia dan orang-orang fasiq yang melakukan maksiat. Tetapi setelah mencapai tahap kesempurnaan, dia tidak akan menghindarkan,diri bahkan dia akan mencari mereka kerana penawar mereka itu ada padanya. Kerana apabila seseorang itu telah mengenal Allah, dia tidak akan menghindar dari sesuatu apapun dan tidak akan takut selain daripada Allah. Barangsiapa yang sudah sempurna ma’rifatnya kepada Allah, maka ma’rifat itulah yang akan menjadi pemandu baginya.

Seseorang bertanya kepada Syeikh bagaimana untuk mengeluarkan cinta kepada dunia.
“Hendaklah engkau melihat dengan kedua-dua mata hatimu kepada cacat-cela dunia ini. Perangilah hawa nafsumu hingga ia menjadi tenang. Jika nafsumu telah tenang, maka engkau akan mampu melihat cacat-cela dunia ini dan kamu akan bersikap zuhud terhadap dunia ini. Ketenangan itu akan wujud jika engkau memandang dari hati dan menyesuaikannya dengan bisikan batinmu.

“Jika engkau menginginkan kema’rifatan kepada Allah, maka engkau redhalah dengan qada dan qadar-Nya, dan janganlah engkau jadikan nafsu, syahwat, perangai, dan keinginanmu sebagai sekutu bagi-Nya dalam kedua-dua hal tersebut.”

Ketahuilah bahawa para guru amal dan guru ilmu akan menunjukkan engkau jalan menuju Allah. Langkah tahap pertama ialah dengan perkataan, dan pada tahap kedua ialah dengan mengamalkannya. Dengan cara ini, engkau akan bertemu dengan Allah.

Beramallah engkau kepadanya dan janganlah engkau mengharapkan pahala yang banyak. Beramallah dengan tujuan untuk mencapai dan meraih keredhaannya serta kedekata kepadanya. Pahala adalah keredhaan-Nya kepadamu dan kedekatanmu kepada-Nya dunia dan akhirat.

Peringkat pertama ialah engkau belajar kepada makhluk berkenaan hokum. Kemudian pada peringkat kedua hendaklah engkau belajar dari Khaliq mengenai ilmu Ladunni, Yakni ilmu-ilmu yang khusus untuk hati dan batin. Oleh itu carilah guru yang mursyid, kerana engkau tidak dapat belajar tanpa guru.

Barangsiapa di antara kamu yang ingin menghidupkan hatinya, maka hendaklah dia membiasakan berzikir kepada Allah didalam hatinya itu dan hendaklah dia merasakan ketenteraman bersama-Nya.Wahai hamba…! Berzikirlah engkau kepada Allah dengan hatimu sebanyak seribu kali dan dengan lisanmu sekali.

Berzikir yang dilakukan hanya dengan lisan tanpa menggunakan hati, tidak memberikan kemuliaan kepadamu. Zikir adalah zikir hati dan zikir batin, kemudian zikir lisan. Berzikirlah kamu kepada-Nya, sehingga zikir itu melebur dosa-dosamu, dengan demikian engkau tidak menanggung dosa sama sekali.
Wallah Hu 'Alam.

Petikan~ http://jamaluddinab.blogspot.com/2009/08/nasihat-syeikh-abdul-qadir-al-jailani.html
~*~
Makrifat Ruhani Sheikh Abd Qadir Al-Jailani
Oleh: K.H. Muhammad Sholikhin

[Sumber...]
. .
~***~LadingEMAS~***~

Rejab ~ Amalan yg baik utk...

Amalan Bulan Rejab.

Alhamdulillah apabila kita masih lagi bernafas untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini dan terus mengabdikan diri kepada Allah swt. Antara sedar dan tidak, kita telah pun melangkah ke bulan Rejab, iaitu satu bulan yang dimuliakan oleh Allah dan RasulNya, Nabi Muhammad s.a.w.
Sepanjang bulan Rejab, kebanyakan ulama-ulama Hadith akan mengadakan majlis khatam Sohih Bukhari bersama-sama penuntut ilmu. Ia seumpama majlis khatam Al-Quran yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan pada saban tahun.
Sebahagian ulama-ulama mengatakan bahawa bulan Rejab adalah bulan untuk kita bertaubat dengan memperbanyakkan beristighfar dan ada juga yang mengatakan bahawa Rejab adalah untuk meninggalkan segala kejahatan dan kerosakan. Syeikh Abu Bakar al Warraq berkata bahawa Rejab adalah bulan menanam, sementara Sya'ban adalah bulan menyiram dan Ramadhan adalah bulan menuai. Rasulullah s.a.w. senantiasa berdoa apabila datangnya bulan Rejab dengan berkata,
"Ya Allah, Berkatilah kami pada bula Rejab dan Sya'ban serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan" 
-Riwayat Anas.
Bersyukur saya dan anak-anak apabila menerima ijazah dari seorang Muhadith yang begitu 'alim untuk kami beramal dengan kandungan buku kecil yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Al-Muhadith Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki ini sewaktu kami menghadiri majlis pengijazahan amalan ini.Sesungguhnya amalan bersanad ini amat-amat dicari oleh setiap mereka yang suka melakukan amal-amal yang baik dengan mengharapkan keredhaan dari Allah swt.
http://www.hanifsalleh.blogspot.com/

. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

14 June, 2011

Buah-buahan yg Allah ciptakan...

TENTANG BUAH
http://cache2.artprintimages.com/p/LRG/26/2633/GMEMD00Z/art-print/steven-morris-tomato-slice.jpg
Sebiji Tomato mempunyai empat ruang dan berwarna merah. Hati berwarna merah dan mempunyai empat ruang. Semuakajian menunjukkan tomato adalah makanan asli untuk hati dan darah.
http://genserv.anat.ox.ac.uk/grape/grapes.jpg
Segugus anggur tergantung seperti bentuk hati. Setiap buah anggur kelihatan seperti sel darah dan semua kajian menunjukkan hari ini bahawa sememangnya buah anggur makanan penting jantung dan darah.
http://www.foodpoisonjournal.com/uploads/image/Atlas%20walnut%20recall.jpg
Sebiji Walnut kelihatan seperti otak kecil, hemisfera kiri dan kanan, serebrum atas dan serebrum bawah. Bahkan kerutan atau lipatan pada kacang seperti neo-korteks. Kini kita tahu bahawa walnut membantu membangunkan lebih dari 3 neuron-pemancar untuk fungsi otak.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjP9uoRplzdNfb8eozKKCGAvkX5BZuVIn1F-4yEZ21Z3iz4kvY0HhWtssZRz0Yy9OiaD13jw_hH4yfvI9EojYB20Z0g-Az3ZtPbbBeGxxTKffWptKxKvOZ-EZmk8PMweXCsyFKEtZe4q7ev/s320/kidney%252Bbeans%252B2.jpg
Kacang Ginjal benar-benar menyembuhkan dan membantu menjaga fungsi ginjal , mereka memang kelihatan seperti buah pinggang manusia.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZMxQF7HZnLogRrvkCAyB0Pb53gKVFr4VJZ9KTcmeMJTduJxZ04vYIB7oEThnYmSLrQVgovtPexdhuV9F4BlRWpG0ohdGRoaxR85Sp82mdfSvHlp8F6tHoWS7jKqDmPVebYeabYEqnjpw/s400/celeri.JPG
Saderi, Bok Choy, Rubarb dan lain-lain kelihatan seperti tulang. Makanan ini khusus mensasar kekuatan tulang. Tulang adalah 23% natrium dan makanan ini 23 natrium%. Jika anda tidak mempunyai cukup sodium dalam diet anda, tubuh menariknya dari tulang, membuat ianya lemah. Makanan ini mengisi keperluan skeletal untuk tubuh.
http://4.bp.blogspot.com/_EqxAUrcK_7s/TS4BJBLQP4I/AAAAAAAAALE/ym0uCE6QGPs/s320/avocado.jpg
Terung, avokado dan Pir mensasarkan kesihatan dan fungsi rahim dan serviks daripada wanita - Ia kelihatan seperti organ-organ ini. Penyelidikan saat ini menunjukkan bahawa ketika wanita makan 1 avokado minggu, mengseimbangkan hormon, mengurangkan berat lahir yang tidak diingini dan mencegah barah pangkal rahim(kanser serviks). Dan bagaimana ini penting ? .... Diperlukan tepat 9 bulan untuk membesarkan avokado dari berbunga ke buah matang. Ada lebih dari 14.000 unsur kimia fotolitik untuk nutrisi dalam setiap salah satu makanan (ilmu sains moden telah mengkaji dan menamakan hanya sekitar 141 dari mereka).
http://www.planeturkey.com/tr/images/stories/MeyvelerinFaydalari_MeyvelerinFaydasi_incir.jpg
Buah ara penuh dengan biji dan tergantung berpasangan ketika mereka tumbuh. Ara meningkatkan motiliti sperma laki-laki dan meningkatkan jumlah sel-sel sperma untuk mengatasi kemandulan lelaki.
http://www.help-lose-weight.co/wp-content/uploads/2011/04/1303416052-54.jpg
Grapefruit, Oren, dan lain-lain limau kelihatan seperti kelenjar mama daripada wanita dan benar-benar membantu kesihatan payudara dan gerakan limfa masuk dan keluar dari payudara.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXl6LXIjlVXsQZDRADDDX3gl3W7gujG5Y4NYRUiwJk_MwxXH36UbjZIAsBtFvRrJEa71rWKb1J7YJAHULliLzwNgaHvPMTFT6T66BwofgLCdgpWLFW8G8nkr7hvymKSVYQMoOD5qopPOo/s320/red_onions.jpg
Bawang kelihatan seperti sel-sel tubuh. Penyelidikan saat ini menunjukkan bahawa bawang membantu membuang bahan sisa dari semua sel tubuh. Bahkan mereka menghasilkan air mata yang mencuci lapisan epitelium mata.
http://media.rd.com/rd/images/rdc/mag0811/seasons-pick-sweet-potatoes-af.jpg
Ubi keledek kelihatan seperti pankreas dan benar-benar mengseimbangkan indeks glisemia pesakit diabetes.
http://healthnbeauty.myworldmysite.com/sites/healthnbeauty.myworldmysite.com/files/OliveOil%2001_0.jpg
Buah Zaitun membantu kesihatan dan fungsi ovari
Maka Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu Dustakan?
(Surah   ar-Rahman)
Wallahu A'lam

. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

06 June, 2011

Nasihat untuk Para Daie’

بسم الله الرحمن الرحيم
Wahai orang yeng telah meletakkan dirinya untuk member petunjuk kepada hamba Allah,
Mulailah dari dirimu sendiri, betulkanlah ia, perelokkanlah ia.
Hati-hati jangan sampa perbuatanmu bertentangan dengan ucapanmu.
Sesungguhnya itu adalah sifat buruk dan tercela.
Jika kamu berbuat demikian, maka pengikutmu hanya akan terdiri dari orang-orang yang bodoh yang pertimbangan akalnya tidak boleh dipercayai.
Alangkah indahnya bait-bait syair ini berbunyi :
يـا أيهـا الرجـل المعلـم غيـره
هـلا لنفسـك كــان ذا التعلـيـم
تصف الدواء لذي السقام وذي الضنى
كيمـا يصـح بـه وأنـت سقـيـم
وأراك تلقـح بالـرشـاد عقولـنـا
نصحا وأنـت مـن الرشـاد عديـم
لا تنـه عـن خلـق وتأتـي مثلـه
عـار عليـك إذا فعلـت عظـيـم
ابـدأ بنفسـك فانههـا عـن غيهـا
فـإذا انتهـت عنـه فأنـت حكيـم
فهناك تقبـل إن وعظـت ويقتـدى
بالـرأي منـك وينـفـع التعلـيـم
Wahai orang yang mengajar orang lain ,
Mengapa pelajaran itu tak kau sampaikan kepada dirimu sendiri?!
Mulailah dengan dirimu, cegahlah agar ia tak menyimpang,
Jika berhasil, maka kau telah bersikap bijaksana,
Kau senaraikan ubatan bagi si pesakit agar sembuh,
Sedangkan kau sendiri sakit,
Kami lihat kau selalu memperbaiki akal kami dengan petunjukmu ,
Namun kau sendiri jauh dari petunjuk itu,
Jangan kau larang seseorang berperangai tertentu,
sedangkan kau sendiri melakukanya,
jika kau lakukan ini maka sungguh besar aibmu
(jika kau ikuti nasihatku) akan didengar dan di ikuti ucapanmu,
Dan akan bermanfaat ajaranmu.
Wahai saudaraku, jangan sampai semangatmu menuntut ilmu hanya untuk memperindahkan gaya bahasa dan sususan kata-kata, tidak untuk beramal dan berakhlak. Sikap demikian ini merupakan kerugian yang nyata.
Saidina ali karamallahuwajhah berkata:
“Ilmu orang munafik terletak pada lisannya, dan ilmu orang mukmin terletak pada amalannya”
Beliau juga berkata:
“betapa banyaknya dai’e menyuru ke jalan Allah padahal ia lari meninggalkannya. Betapa banyak orang mendekatkan diri kepada Allah dengan sesuatu yang ia benci. Dan betapa banyaknya pembaca ayat-ayat Allah tapi tidak mengamalkannya”
Wahai saudaraku jangan terlalu berharap untuk menjadi ulama yang tinta mereka disisi Allah lebih berharga daripada darah syuhada, sebelum ilmu merasuki batinmu , bertautan dengan bashirahmu, dan mendorongmu untuk memohon, merendahkan diri, takut kepada Allah dan berusaha menyandang akhlak para salaf radhiyallahu anhum.
Jika kamu amati dengan pengamatan yang adil dan bijaksana , kamu akan melihat dengan jelas perbedaan antara ulama yang hanya suka berbicara, mengarang dan pandai meyusun kata-kata dengan ulama pada zaman permulaan seperti hasan albasri yang hidupnya selalu diliputi dengan rasa berhati-hati dan takut kepada Allah, dan seperti juga Muhammad bin wasi’ dan ibnu sirin.
Diriwayatkan bahawa ibnu sirin ketika diminta berfatwa tentang persoalan halal dan haram, wajahnya menjadi pucat kerana takut kepada Allah taala. Begitu juga sufyan athauri yang sangat alim, zuhud, tawadhu’ dan berani berkata yang hak kepada para penguasa yang zalim.
Manusia dewasa ini gemar menulis buku, marangkai kata-kata dihadapan kawan-kawannya dan banyak membicarakan biografi orang-orang soleh. Ia senang dan bersemangat, kerana berbicara itu mudah tapi mengamalkannya sulit.
Ia seperti seorang yang penakut yang berlagak berani , bertingkah seperti seorang pahlawan dan suka menceritakan peperangan. Selama tidak menghadapi musuh, maka ia selamat. Namun, jika di ajak bertempur, terserlahlah sifat-sifat penakutnya.
Jika kamu ingin mendidik seseorang , berperilakulah dengan lemah lembut, nasihatilah mereka. Sesuaikanlah nasihat yang kamu sampaikan dengan tingkatan akal dan fahaman mereka, sehingga nafsu mereka tunduk , dan hati mereka pun mau menerimanya. 
Ketahuilah , Allah taala telah meletakkan setiap hamba sesuai dengan akal dan kedudukannya. Orang yang bijaksana akan memperhatikan hikmah Allah yang terdapat pada makhluk-makhluk-Nya, mengikuti sunnah-Nya, iaitu bersikap lemah lembut, ramah tamah dan berusaha menutupi aib-aib mereka . 
Jangan berharap dapat merubah salah satu tabiat mereka kerana tabiat itu sulit untu di ubah . 
Kecuali, jika pendidikan tersebut dilakukan dengan lemah lembut dan dengan menjaga nafsu mereka agar tidak berubah dan bergelojak. Sebab , jika nafsunya bergelojak ia akan lari. 
Dan pendidikan tidak akan membuahkan hasil.


http://www.iluvislam.com/

. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

03 June, 2011

KELEBIHAN SURAH Al-MULK[Tabarokallazhi..] & YAASIN

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

http://nuursyifa.blogspot.com/2008/03/kelebihan-surah-al-mulk.html


KELEBIHAN SURAH YAASIN

1. Hadrat Ata Ibn Abi Ribah berkata , Rasulullah s.a.w. telah bersabda “Siapa yang membaca surah Yaasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan di penuhi.”

2. Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al Quran ialah surah Yaasin. Barang siapa yang membaca surah Yaasin, Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al Quran sebanyak 10 kali.

3. Allah s.w.t. membaca surah Yaasin dan surah Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi. Para malaikat berkata “Ummat dimana Al Quran di turunkan akan dirahmati hatihati

4. yang memikulnya, yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga di rahmati.”

5. “ Sesiapa yang membaca surah Yaasin semata-mata kerana Allah s.w.t. segala dosa-dosanya akan yang dahulu akan diampunkan. Jadikan sebagai amalan untuk dibaca keatas orang-orang mati.”

6. Surah Yaasin di namakan Mun’mah (pemberi berita baik) di dalam Torah kerana ia mengandungi manfaat kepada pembacanya, di dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat.

7. Ia menghindarkan penderitaan di dunia dan juga di akhirat dan menjauhkan kedasyatan di kehidupan akhirat.

8. Ia juga di kenali sebagai Rafi’ah Khafidah iaitu mengangkat darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda , “ Hatiku menghendaki supaya surah Yaasin berada di setiap hati umatku.”

9. Jika surah Yaasin di baca pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.

10. Diriwayatkan dalam hadis lain, “ Barang siapa yang membaca surah Yaasin akan diampunkan, sesiapa sahaja yang membacanya semasa kelaparan, akan di hilangkan kelaparannya itu, barangsiapa yang membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalan semula, barangsiapa membacanya kerana kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, bila seseorang itu membacanya kerana bimbang kekurangan makanannya,makanan itu akan mencukupi, jika ia dibaca kepada orang yang membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya dan jika dibaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak, akan dimudahkan bagi bayinya.

11. Maqri Rahmatullah Alaihi berkata, “ Jika surah Yaasin di baca oleh seseorang yang takutkan pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan dari ketakutan itu.”

(Dipetik daripada Tafsir Surah Al-Yaasin oleh Shiekh Hamimy Zadah)

http://tazkirahjumaat.blogspot.com/2010/01/kelebihan-surah-al-mulk-yasin-asmaul.html

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang
bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Read more: http://umar-alfarouk.blogspot.com/2007/12/kelebihan-surah-yasin.html#ixzz1OCQRBRja

. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

10 May, 2011

Mengapa Piring Astro Mengadap Qiblat?

PIRING ASTRO ~ QIBLAT..?!!

   Dapat dari email.. mungkin sesuatu boleh kita fikirkan bersama..???
   Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

    KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

    "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

    "Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

    Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

    "Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

    Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

   Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini...

  WallahuA'lam.

. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~