11 March, 2011

LALUAN / PINTU-PINTU SYAITAN ~ DIRI KITA

Kita di Serang Syaitan Melalui Sepuluh Pintu.

Apabila direnung dan fikir dari mana syaitan memasuki hati manusia. Rupa-rupanya di dapati syaitan itu memasuki ke dalam jiwa anak Adam melalui sepuluh pintu iaitu :

1.Tamak dan Buruk Sangka .
Perlu menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

2.Cintakan Dunia dan Panjang Angan-angan.
Perlulah ditanamkan dalam hati dan jiwa dengan rasa takut kedatangan maut yang datang dengan tiba-tiba.

3.Cintakan Nikmat dan Kerehatan.
Yakinilah bahawa segala nikmat akan hilang dan ianya tidak kekal, kerehatan sebenar adalah di Syurga bukannya didunia.

4.Ujub, yakni Kagum Pada Diri Sendiri.
Sentiasa bersyukur atas nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksa Allah (kerana terhapus amal kebaikan bila ada sedikit sahaja sifat ini).

5.Pandang Rendah Terhadap Orang Lain dan Tidak Menghormati Mereka.
Perlu mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6.Hasad.
Perlu menghadapinya dengan sifat qanaah iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar serta redha diatas pemberian Allah terhadap makhluk-Nya.

7.Riak dan Suka Pada Pujian Orang.
Perlu menghadapinya dengan sifat ikhlas dan tawaduk.

8.Bakhil.
Perlu meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa, manakala apa yang ada disisi Allah itu akan kekal.

9.Takabur.
Perlu menghadapinya dengan sifat tawaduk atau merendahkan diri.

10.Tamak.
Perlu menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak megharapkan sesuatu dari manusia.

Oleh itu perlulah kita sentiasa berhati-hati untuk menghadapi bisikan, godaan dan serangan syaitan laknatullah. Dia datang secara halus memasuki saluran darah halus dalam tubuh kita dan cuba menguasai nafsu supaya tunduk atas kehendaknya. Mohonlah perlindungan Allah setiap masa dan ketika supaya kita terpelihara dari gangguan tersebut

  Malah Anda boleh menyekat laluan itu dgn berPuasa, sedekah, bc Quran [terjemahannya sekali] dampingi org2 Solleh & Ulamak, dekat diri dgn rumah Allah[Masjid/Surau/baitullah]. Jgn lupa cari kawan2 yg mahu bersama-sama seiringan diatas jalan Allah[seperjuangan]. Jgn lupa Senjata Ampuh Org Mukmin adalah DOA..!!!

WallahHu A'lam.
. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

No comments:

Post a Comment