16 November, 2009

Al-Qursy ~ Petua -- DaruLSaka

4.11.09



Ayat Qursi Dan Kaifiat Mengamalnya - 4

Yg ini ada kaitan dengan Lam Jalalah Qursi...Diamalkan oleh ramai guru di sebelah Patani..Ia adalah antara tahap tertinggi...Mengamalnya perlu kepada menjazamkan kesemua kaifiat yg 3 sebelum ini..

Tahap lain ialah Menjazam QURSI untuk membuka MATA BATIN....Kaedahnya akan DEN bincangkan didalam kursus pada 14 hb ini

27.10.09


Ayat Qursi Dan Kaifiat Mengamalnya - 3

Wa cakap lu...Ilmu Allah ni Maha Luas...tiada bertepi...So DEN lanjutkan dengan memulakan di topik baru.

Kota Qursi :

Amalan ini bermula dengan membaca Doa Pembuka Amalan dan bersambung dengan Ayatul Qursi. Ia dikatakan sebesar-besar kota...Biasa dijadikan Pembuka dan Penutup gelanggang silat oleh Guru2 yg tidak bersekongkol dengan Wali Songo Bunian...Jin2..Tok Belang...dan sebagainya...selama DEN membuka gelangang Silat tidak pernah lagi ditembusi oleh mana2 unsur sihir dan hasad dengki manusia dan Jin.

Ia sesuai untuk perawqat yang membuka pusat rawatan kalau pusat itu dianggap Gelangang...

Maka ia ada kaitan dengan menjazam bismillah, Ibu Bismillah...Menjazam Pembuka Amalan dan Menjazam Qursi.

22.10.09


Ayat Qursi dan Kaifiat Mengamalnya - 2

DEN ingat nak sambung jo dalam topik asal...Tapi dah panjang benar...sebab penganjur marah...Iklan tak masyuk...

Sesudah diamalkan dan di jazamkan....maka lanjutkan amalan dengan memilih jumlah2 tertentu sebagai istiqomah kita...kalau kita dah tetapkan 18x sehari...maka jangan main YO-YO..hari ni 18..esok 200...lusa 3..tulat 135..dan seterusnya..hendaklah di amalkan yang termampu..katakan 18...biarlah 18x ..lebih takpa...sebab iman kita pun macam belon ma...cuma jangan kurang...

Maka untuk amalan ampuh pendinding ada disertakan beberapa kaifiat yakni yang diluar procedure biasa...Ini kerana hendaklah setiap insan itu mempunyai ISO 9000...ada faham ?


Qursi 8 :

Ianya dinamakan 8 kerana ianya dibaca lapan kali...

Bacaan Qursi sekali pada setiap tempat dibawah :

1) Di tiup kehadapan..sambil makrifat ada didinding didepan
2) Di tiup kebelakang ( pakai makrifat je ).sambil makrifat ada didinding dibelakang
3) Di tiup kekanan..sambil makrifat ada didinding dikanan
4) Di tiup kekiri..sambil makrifat ada didinding dikiri
5) Di tiup keatas..sambil makrifat ada didinding diatas
6) Di tiup kebawah..sambil makrifat ada didinding dibawah
7) Di tiup pada diri...
8) Di telan air liur ... Air kautsar...Merangkumi kesemua 7-7 dinding qursi tadi..yakni macam Bola melingkungi segi empat sama...


Qursi 15 :

Setelah cukup Qursi 8 tadi..boleh sahaja diteruskan dengan bacaan 15x Qursi...dengan niat Ya Allah..lindungilah diriku dan Keluargaku serta harta bendaku sejauh mata memandang...


2 Kaedah yang DEN turunkan disini hanya ikhtiar sahaja...dan hendaklah diasingkan dari amalan Qursi yang kita lazimi...

Cara guna ialah diamalkan setiap hari atau bila hati berdetak seolah sesuatu akan berlaku...

Mereka yang melazimi bacaan Qursi pasti di beri gerak rasa oleh Allah s.w.t. Bila hendak keluar bekerja..hati terasa kurang enak...relax dulu, kata Saleem Main dam 2 -3 papan...selawat...sampai tenang..dan baca qursi sekali mohon dijauhkan segala kesukaran

18.10.09


Ayat Qursi dan Kaifiat Mengamalnya....

Oleh kerana ramai benar peminat Syeikh Kandiyas al Tambi al Banjari Al Kedahi Al Machester United....ada baiknya DEN stop kan ke bullshitan ni semua once for all...

ITU Kandiyas...DEN kasi body Slam je...Mengarut je...

Sesuai dengan kebesaran Ayatul Qursi..Khadam Ayat tersebut pastilah Kekasih Allah sendiri yakni Muhammad s.a.w

Maka kerana itu untuk menjazamkan Ayat Qursi hendaklah selawat dan salam serta di hadiahkan Al-Fatihah kepada Rsulullah s.a.w

Di sebelah Patani...Ramai tok-tok Guru menggunakan Qursi sebagai Salah Satu Cara melindung diri didalam Kaedah Lam Jalalah.

Kaedah menjazam ayat Qursi yang paling asas ialah


1) Baca Selawat..Hadiah Fatihah pada Rasulullah s.a.w dan Guru2..Niat nak jazamkan Amalan Ayatul Qursi

2) Di amal selepas Isyak sebanyak 313x tanpa putus yakni tidak boleh batal wuduk atau bercakap di pertengahan..Kalau terbatal, terkentut atau sakit perut secara tiba2..pi le toilet.takan kaifiat dalam toilet pun DEN nak ajar...Biasanya kalau jadi camtu...pasti ada unsur2 mistik...

3) Kalau dah batal...ambil wuduk balik dan buat balik dari asal yakni start 0.

4) Kalau tak larat...buat di lain malam...malam jumaat tak digalakan...takut kaum ibu merengek-rengek atau kaum bapa gelisah semacam je...Tapi nak buat apa salahnya..kalau Batal jangan cakap DEN tak pesan....Ada member yang sampai 7 malam baru dapat sukses..DEN cakap kalau ada apa2 kelebihan seperti pahala dan sebagainya untuk malam yg gagal 6 kali tu..tetap ada...sebab kita baca Al-Quran

5) Tak payah baca 9 perhentian..baca cam biasa je...Baca bismillah boleh sekali dipermulaan sahaja...


Sesudah Jazam....Bolehlah mula diamalkan untuk pakaian harian...
Pilih samada 7x, 18x, 21x, 51x, 72x, 144x sehari....Tidak perlu sekali gus...

Peringatan :

Kaedah 7x - untuk self defense
18x - sudah ada auto censor - bila berhampiran tempat angker atau orang yg bermasalah pasti kita dapat terasa sesuatu..itu bergantunglah kepada tahap kepekaan memasing...boleh di uji dengan bertanya kepda mereka yg boleh scan nampak.
51x - Boleh menjadi ancaman kepada sihir dan makhluk halus
72x dan 144x tu korang dah boleh jadi ULTRAMAN TARO...

Suatu kaifiat lain sesudah jazam ialah membaca dalam wuduk 1,000x selama 41 hari..DEN sendiri tak pernah dapat..DEN dapek buek 21 hari je....Yang ini tak yah straight cuma perlu wuduk aje....Perghhhhhhhhhhhhhh...Sifu DEN tak pernah kasi tau apa kelebihannya...DEN pun amal masa DEN form 3 dulu...

 ..DaruLsaka.Blogspot.com



Lading_Emas

No comments:

Post a Comment