QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

18 February, 2015

Penyelidik: Daun betik terbukti rawat denggi




nyamuk aedes


Punca Demam Denggi

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan berada di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria.
 Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedesalbopictus).

Simptom Demam Denggi

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. 
Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity).
 Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Petua Sembuhkan Demam Denggi

Petua ini bukanlah untuk menggantikan perubatan moden, tetapi anda boleh jadikannya petua sampingan jika anda juga disahkan menghidap penyakit ini. Untuk pengetahuan semua juga, penyakit demam denggi ini belum mempunyai vaksin dan setakat ini cara rawatan yang digunakan di hospital-hospital adalah dengan hanya menambahkan jumlah kandungan air di dalam badan agar suhu kembali normal. Penggunaan daun betik sebagai rawatan alternatif bagi membantu meningkatkan platelet dalam darah, menunjukkan kesan positif dan terbukti berkesan membantu merawat demam denggi.

Sebelum ini beberapa institusi menjalankan kajian terhadap daun betik yang pada awalnya untuk melihat keberkesanannya dalam merawat beberapa jenis penyakit termasuk diabetes, namun ia dilihat lebih sesuai untuk merawat demam denggi.




Seorang penyelidik dari AIMST University Dr VS Kathiresan berkata pihaknya memulakan penyelidikan pada 2008 untuk melihat bagaimana daun betik dapat meningkatkan platelet dalam darah tikus.

"Kajian kami dalam ujian praklinikal menunjukkan dalam tempoh empat jam, bilangan platelet dalam darah setiap tikus meningkat tiga kali ganda. Daun betik mempunyai banyak enzim yang membantu meningkatkan platelet darah.

"Penyelidikan ini sebenarnya pernah disiarkan dalam 'The Middle European Journal of Medicine" pada 2009, dan hasil penyelidikan ini sebenarnya menjadi asas kepada mereka yang menjalankan kajian berkaitan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di universiti itu dekat Sungai Petani.

Dr Kathiresan berkata walaupun kajian itu dilakukan lebih awal dan pernah dihebahkan menerusi media massa, namun tidak ramai yang berani mengamalkannya kerana belum lagi terbukti secara klinikal.

"Ia pernah disiarkan dalam akhbar The Star pada 31 Ogos 2011 dan mendapat liputan Bernama pada 2010, namun ramai yang beri reaksi negatif, tetapi bila Institut Penyelidikan Perubatan buat pendedahan, kita tahu yang ia tidak bahaya.[Sumber..]

 

 "Kajian awal yang kita jalankan tidak melibatkan masyarakat, namun ia kini terbukti secara klinikal. Selepas itu tidak ada susulan (selepas penyelidikan awal) sebab ujian praklinikal melibatkan tikus, tidak ada masalah, tetapi apabila ujian melibatkan manusia, terdapat peraturan tertentu yang perlu
dipatuhi,' katanya.

Dr Kathiresan berkata penggunaan daun betik untuk membantu merawat demam denggi adalah mudah kerana selain senang diperoleh, ia juga tidak perlu melalui proses yang rumit, sebaliknya boleh dimakan seperti ulam.

"Melalui ujian praklinikal, daun betik dikeringkan, dicarik kecil-kecil dan dikisar menjadi serbuk halus sebelum diuji ke atas tikus."

"Bagi manusia, kita boleh makan terus dan daun betik yang dimakan itu akan menunjukkan perbezaannya dalam tempoh empat jam. Bagaimanapun peningkatan platelet dalam darah boleh dilihat dalam tempoh sejam," katanya.






Dr Kathiresan berkata lebih 20 pesakit demam denggi pernah menghubunginya dan beliau menyarankan mereka supaya mengambil dua hingga tiga helai daun betik matang, dua kali sehari, untuk diamalkan dan ia tidak memberi kesan sampingan walaupun kepada kanak-kanak.

"Mereka menghubungi saya semula dan memaklumkan bahawa selepas makan selama tiga atau empat hari, mereka sudah sembuh. Bagi kes denggi, ia lebih sesuai untuk pesakit mengalami demam denggi peringkat awal.

"Perlu diingatkan, daun betik yang akan dimakan secara segar perlu dicuci getahnya sehingga bersih, dan daunnya pula tidak terlalu muda atau tidak terlalu tua," katanya.

Dr Kathiresan sudah melakukan lebih 30 penyelidikan, kebanyakannya melibatkan penggunaan bahan terbuang untuk dijadikan bahan berfaedah.

"Kami kini mengorak langkah untuk menguji dengan menyeluruh pohon, daun, kulit buah yang hijau dan kuning, batang serta akar betik. Kita akan lihat kesan semua bahagian ini, malah kita juga akan lihat dari segi variasi, buah tempatan dan buah dari negara lain," katanya.


- Bernama


~*~*~*~*~*~*~*~

Sebuah berita dari India dilaporkan The Times of India (20 Disember 2012) yang mendakwa beberapa hospital kerajaan di Tamil Nadu telah memberikan jus terdiri daripada neem biasa, daun neem bukit dan daun betik kepada golongan penghidap denggi. Kombinasi herba tersebut didapati mengandungi sifat antivirus terhadap virus denggi.

Berita sama turut melaporkan King Institute of Preventive Medicine percaya penyediaan herba tersebut dapat mengurangkan simptom dan mempercepat proses penyembuhan. Saintis institut tersebut juga telah menjalankan ujian dengan  membubuh empat jenis flavivirus utama penyebab denggi ke atas lapisan sel.

Lapisan sel yang mengandungi virus tersebut kemudian dimasukkan ke dalam sediaan herba terdiri daripada tiga jenis jus yang disebutkan di atas. Pada keadaan normal, virus akan masuk ke dalam sel.

Namun, selepas dua hari saintis mendapati lapisan sel tidak terjejas. Saintis percaya perkara tersebut berlaku kerana virus telah dineutralkan oleh formula herba tersebut. Ujian selanjutnya mendapati formula herba tersebut menghalang virus daripada memasuki sel.

Bagi sel yang telah dimasuki virus, formula herba dipercayai telah menghalang virus daripada menjalankan proses multiplikasi. Sungguhpun kajian seperti ini masih di peringkat awal, ujian seterusnya termasuk dalam bentuk double-blind diharap dapat membantu penggunaan formula herba dalam mengatasi demam denggi.

Sebuah kajian berjudul Carica papaya Leaves Juice Significantly Accelerates the Rate of Increase in Platelet Count among Patients with Dengue Fever and Dengue Haemorrhagic Fever yang dijalankan barisan penyelidik tempatan dan ditaja Kementerian Kesihatan telah mendapati jus daun betik mampu meningkatkan kadar peningkatan jumlah platelet pada penghidap denggi.

Untuk mengetahui selanjutnya terutama dari segi mekanisme, sila rujuk laporan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine (Jilid 2013). Sumber...

   P/S:  Blender 1 helai daun betik campur air sedikit jadikan 500ml, dia minum sekali gus. 3 hari saya buat. Alhamdulillah sembuh.

~*~*~*~*~*~*~*~



Kenapa Sup Ketam?

Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

WallahHu'Alam.

. .
~***~Taman Koperasi BENA, IJOK~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~