QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

07 November, 2014

Rahsia Amalan dan Doa Murah Rezeki & Ayat Seribu Dinar

~*~*~*~

Amalan, Petua dan Doa Murah Rezeki

Saya sering kali ditanya customer dan kawan bagaimana secara tetiba terfikir untuk menjual baju renang muslimah. Secara terus terang, saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menjual.

Pada ketika itu, saya sedang mencari pekerjaan. Banyak temuduga yang saya pergi dan setiap kali saya pergi temuduga setiap kali itu juga saya akan nangis. :) (Maaf... saya memang kuat nangis sejak bergelar ibu.. sebelum ni suka gak nangis, tapi sejak jadi mak ni lagi bertambah kuat nangisnya. )

Bukan menangis kerana takut untuk ditemuduga. Tetapi saya menangis kerana bimbang jika saya dapat jawatan tersebut. Hati saya amat berat untuk tinggalkan anak saya yang ketika itu masih menyusu badan. Tapi pada masa yang sama, saya tersepit. Ada tanggung jawab lain yang perlu saya laksanakan. Hutang PTPTN masih banyak belum dijelaskan. Duit poket untuk ibu ayah.. Emm..

Dan setiap kali saya memikirkan tentang kerja dan melihat anak saya, saya akan menangis. Saya berdoa kepada Nya agar ditunjukkan jalan agar dapat menyelesaikan masalah saya. Sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik buat saya. Orang sekeliling tak habis bertanya, kerja di mana? Kerja apa? Membuat saya bertambah pening dan runsing.

Entah macam mana ketika, saya masih sedang mencari kerja di Internet, hati saya tergerak untuk mencari doa murah rezeki.

Dan ini yang saya temui:

  • Membaca surah Al-Waqiah setiap malam.



  • Membaca Surah Al-Ikhlas


- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yg membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkan kefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. 
(Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid









Sabda Rasulullah SAW: "Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga" Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)



Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)... (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)







Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu
terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya: 
“Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada
waktu solat, kenapa?” 
Jawab Abu Umamah: “Dukacita
dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab
Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan
jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa
dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”
 Abu
Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” 
Baginda
bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang
bacalah: (Doa di atas). Kata
Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah
menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan
hutangku.”
 (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-
Khudri).



Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar
datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah
mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa
Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa
itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam
mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa
di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu
bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah
tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah
berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku
suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan
hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung
hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama
kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku
dapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-
Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)


Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amat
menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya
tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa.
Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan,
ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu
hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya
dimakbulkan untuknya.”

Doa ini yang sering kali saya baca selepas solat. Dan setiap kali itu saya akan nangis.. (Nangis lagi.. Biasalah ratu air mata. Mak saya slalu pesan, kalau doa minta sesungguh hati. ) Jadi setiap kali saya baca doa berserta maknanya, saya akan nangis. Dalam hati berkata, hanya kepada engkau aku memohon pertolongan, sesungguhnya engkau lebih tahu apa yang terbaik buatku. Lebih memahami masalah ku. Tiada yang lebih mengetahui.

Dan tidak sampai sebulan, saya mendapat jawapan. Dibukakan jalan. Tidak semena-mena tawaran untuk memulakan perniagaan ini bermula. Tawaran yang tak pernah terlintas dalam fikiran.

Kini, alhamdulilah, rezeki datang tanpa disangka. Saya sendiri tidak pernah terfikir akan jadi begini. :) Jauh terpesong dari apa yang saya pelajari. Tapi saya kini lebih tenang, lebih gembira, lebih banyak masa untuk DIA.

Moga2 amalan ini dapat diamalkan juga oleh sahabat2 yang lain. Ingat, jika ada rezeki lebih nnt, jangan lupa menunaikan tanggung jawab kita.
 Jangan lupa bagi kepada yang berhak- (Zakat, ayah ibu). Insya allah rezeki akan lebih diberkati dan melimpah ruah. Amin..!

WallahHu'Alam.

Sumber~
~*~*~*~*~*~*~*~


Amalan Doa mudah mendapat rezeki – Sheikh Ad-Dumairi

doadumairi.JPG
4223a548.jpg



Sheikh Ad-Dumairi dalam kitabnya “Hayatul Hayawan” berkata, ia menerima pelajaran dari gurunya Al Arif Billah Abdullah Bin As’ad, dari gurunya Al Arif Billah Imam Abi Abdullah Umar Al-Quray, dari gurunya Abu Rubai’ Al Maliqy: Siapa yang membiasakan baca zikir dan berdoa selesai solat lima waktu, khususnya sesudah solat Jumaat, maka ia dijaga oleh Allah dari semua yang ditakutinya, dibantu dapat mengalahkan atau melemahkan musuhnya. Diberi kekayaan dan kecukupan, diberi rezeki dengan tak terbilang dan tak terkira datangnya serta dipermudahkan penghidupannya sehingga dapat membayar hutangnya sekalipun mempunyai hutang seperti gunung. Cara mengamalkannya cukup dibaca sekali selepas setiap kali sembahyang terutamanya selepas sembahyang Jumaat. Sebutlah :
ALLAAHUMMA YAA AHADU YAA WAAHIDU YAA MAUJUUDU YA JAWAAADU, YAA BAA SITHU YAA KARIIMU YA WAH HAABU YA DZATH THAULI YA GHANIYYU YAA MUGHNII YAA FATTAAHU YAA RAZZAAQU YAA ‘ALIIMU YAA HAYYU YAA QAYYUUMU YA RAHMAANU YAA RAHIIMU YAA BADII AS SAMAWAATI WAL ARDLI YAA DZAL JALAALI WAL IKRAAM YAA HANNAA NU YAA MAN NAANU INFAHNII MINK A BINAF HATIN KHAIRIN TUGHNI NII ‘AMMAN SIWAA KA AN TAS FATAFTIHUU FAQA D JAA AKUMUL FATHU INNAA FATAH NAA LAKA FATHAAM MUBIINAA NASRUM MINALLAAHI WAFAT HUN QARIIB WA BASY SYIRIL MU’MINIIN ALLAAHUMMA YAA GHAN IYYU YAA HAMII DU YAA MUBDI’U YAA MU’IDDU YA RAHIIMU YAA WADUUDU YAA DZAL ARSYILMAJIIDU YAA FA’AALAN LIMAA YURIIDU AGHNINI BIHALAA LIKA AN HARAAMIKA WAGH NINII BIFADLLIKA ‘AMMAN SIWAA KA WAH FAZH NII BIMAA HAFIZHTA BIHIDH DHIKRA WAN SHURNII BIMAA NAS HARTA BIHIR RUSULA INNAKA ALAA KULLI SYAI IN QADIIR WASHALLALLAAHU ALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA’ALAA AALIHI WASHAHBIHI WASALLAM ADADA KHALQIHI WAZI NATA ARSYIHI WAMI DAA DA KALIMAATIHI WAL HAM DU LILLAAHI RABBIL ‘AALAMIIN.
“Wahai Tuhan Kami, Ya Allah! Wahai Yang Maha Esa! Wahai Yang Maha Esa! Wahai Yang Maha Wujud! Wahai Yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Memudahkan! Wahai Yang Maha Mulia! Wahai Yang Maha Menganugerahkan! Wahai Yang Mempunyai anugerah! Wahai Yang Maha Kaya! Wahai Yang Maha Mengkayakan! Wahai Yang Maha Pembuka! Wahai Yang Maha Pemberi Rezeki! Wahai Yang Maha Mengetahui! Wahai Yang Maha Bijaksana! Wahai Yang Maha Hidup! Wahai Yang Maha Berdiri dengan sendirinya! Wahai Yang Maha Pengasih! Wahai Yang Maha Penyayang! Wahai Yang Maha Mencipta tujuh petala langit dan bumi! Wahai Yang mempunyai Keagungan dan Kemuliaan! Wahai Yang Maha Pengasih! Wahai Yang Maha Mengurniakan! Kurniakanlah kepadaku daripadaMu dengan kurniaan yang baik yang menjadikan aku tidak memerlukan kepada selainMu: ”Jika kamu (wahai orang-orang musyrik) memohon supaya diberikan kemenangan (bagi pihak yang benar) sesungguhnya kemenangan (yang kamu pohon) itu telah datang (dan disaksikan oleh) kamu.” ”Sesunggunya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.” ”Pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya).”

Ya Allah! Wahai Tuhan Yang Maha Kaya! Wahai Tuhan Yang Maha Terpuji! Wahai Tuhan Yang Maha Memulakan suatu kejadian! Wahai Tuhan Yang Maha Mengembalikan suatu kejadian! Wahai Yang Maha Penyayang! Wahai Tuhan Yang Mempunyai Arasy yang mulia! Wahai Tuhan Yang Melakukan apa yang dikehendakiNya!
Cukupkanlah aku dengan perkara-perkara yang halal daripada (memerlukan kepada) perkara-perkara yang haram, jadikanlah aku dengan kurniaanMu tidak berhajat kepada selainMu, peliharalah aku dengan apa yang telah Engkau pelihara dengannya al Quran, bantulah aku dengan pertolongan yang telah Engkau berikan kepada Rasul-rasul, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa keatas segala sesuatu.” Selawat dan salamNya kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga dan sahabat handai semuanya. Segala puji untuk Allah Tuhan pemerintah seluruh alam ini.

Sesetengah kitab pula meriwayatkan doa di atas seperti berikut:

doadumairi01.jpg
Nota: untuk melihat doa di atas dengan lebih jelas, sila tekan mouse di sebelah kanan dan pilih “view image” dan kemudian di perbesarkan dengan menekan simbol mikroskop  (+) pada doa tersebut. Terima Kasih.


 Suatu amalan memudah rezeki adalah sentiasa kita melaksanakan Solat Sunnat Dhuha dan berdoa dengan Doa Dhuha ini..Insya Allah...akan dipermudahkan urusan keperluan hidup kita.. Ameen! Ya Robb!


20 Amalan Murah Rezeki

April 2, 2008
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1.        Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2.        Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3.        Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.        Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.        Berbakti dan mendoakan ibu bapaDalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.        Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.        Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.        Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.        Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.     Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11.     Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.     Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.     Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.     Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.  

15.     Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.     Bersyukur kepada AllahSyukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17.     Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.  
18.     Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.     Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.     Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)  

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. 

WallahHu'Alam.
~*~*~*~*~*~*~*~


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم




Mafhumnya:

"Barangsiapa yg BERTAKWA kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang BERTAWAKKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

[Surah At-Thalaq, ayat 2~3.]


Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Thalaq, dari ayat dua dan tiga. Biasanya apabila disebut ayat Seribu Dinar pasti masyarakat kita kaitkan ayat tersebut dengan rezeki.
Apa lagi rahsia disebalik ayat Seribu Dinar...?

Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala. hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Ramai antara kita yang menjadikan Ayat Seribu Dinar itu sebagai hiasan di dinding tanpa membacanya & mengamalkannya. Cuba hafal dan amalkan. Terutama sebagai ayat pendiding dari anasir jahat. Begitu juga apabila keluar untuk mencari rezeki. Tidak kurang juga untuk menjadi ayat tautan ikatan kasih antara dua hati.
Pernah dikhabarkan oleh mereka yang mengamalkannya di dalam sebuah keluarga, di mana mereka mengamalkan ayat seribu dinar dengan membaca tiga kali setiap kali selepas solat. Hati mereka seperti diikat antara satu sama lain. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada salah seorang ahli keluarga yang lain akan dapat merasakannya.
Begitulah juga apabila mereka berjauhan, hati mereka seolah berinteraksi antara satu sama lain. Itulah rahsia mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Cuma kita yang masih tidak menyedari, rahsia di sebalik mukjizat itu.

Harus diinsafi bahawa seseorang yang hendak mengamalkan ayat-ayat al-Quran wajiblah juga mentaati ajaran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya:~
Di antara fadhilat-fadhilat lain Ayat Seribu Dinar ini ialah:
1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah.
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan.
4. Dan ketika dirasakan perlu.


Menurut banyak riwayat, sebab Ayat Seribu Dinar diturunkan Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja'i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin.

Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud:
 "Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu."

Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan dia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.

Kemudian turunlah ayat yang bermaksud:
 "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya."
  Hadis riwayat Ibnu Jarir.

Nampak tak kawan-kawan, kisah di sebalik penurunan ayat ini? Kita beramal membaca, dapat pahala... niat kita, nak redha Allah... dengan redha itulah kita mendapat fadhilat-fadhilat ayat ini... hatta masuk Syurga pun dengan redha Allah Subhanahu wa Ta'ala...




Apa yang baik itu datangnya dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan yang buruk itu adalah kelemahan diri saya sendiri.


والله أعلم

جزاك اللهُ خيراً

Sumber:~

Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.
.
.

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
.
.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎
.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎
.
.

Pendapat Ulama’

Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 
- (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
.
.

Amalan

Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
.
.

Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar


‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

  1. Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
  2. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
  3. Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
  4. Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
  5. Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
    1. Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
    2. Baca ketika hendak tidur tiga kali,
    3. Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
. .
~***~Taman Koperasi BENA, IJOK~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~