QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

07 November, 2014

Ayat-ul Kursi: Fadilatnya

Ayat-ul Kursi: Fadilatnya
Elias Hj Idris
Ayat 255 daripada QS Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat ul-Qursy’ ini juga digelar ‘Penghulu segala ayat Al-Quran’.


 

Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana ada satu alamat yang menjadi perintang dalam pengkhianatan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.

Ayat ini disebut ‘Ayat Qursy/Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘kursi’, bermaksud ‘tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai mertabat’.

 Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

Khasiat Ayat Kursi:

Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: Sesiapa membaca ayat kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminum, Insya Allah dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkan menerima ilmu pengetahuan.

Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah dia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara dia dari segala bencana.

Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah dia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat kursi. Kemudian dia masuk bersama jemaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat kursi sebanyak 50 kali, atau sebanyak 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).

Imam Jaafar Shadiq RA mengatakan: 

 Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah RA, membaca ayat kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.

Sesiapa membaca ayat kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf RA menerangkan bahawa, apabila dia  masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumah dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung daripada syaitan.

Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas
selesai solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat HIKMAH dan kelebihan yang tidak terduga.

Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklah dibaca ayat kursi 100 kali, Insya Allah tuan rumah sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, ayat-ul kursi dan surah An-Nas dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak (ANAK SENDIRI TERUTAMANNYA), nescaya boleh menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan anak itu tidak akan bercakap dusta lagi.

Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau ke mana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang daripada syaitan, jin dan manusia antaranya:
-  terselamat daripada terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasihi seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
-  terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun terkena pembuli jalanan.
Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.
-Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan kita kepada-Nya, iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan Rasul-Nya Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi daripada segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.


WallahHu'Alam.

 Sumber ~
. .
~***~Taman Koperasi BENA, IJOK~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~