QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

30 September, 2014

Rahsia dan Khasiat Buah Tin


Buah Tin dan 1001 rahsia kesembuhan yang ada padanya..

Allah bersumpah atas nama buah TIN!!surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran)..

KERANA keistimewaannya
Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:

  1. Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
  2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
  3. Memecahkan batu karang di dalam badan.
  4. Menyegarkan badan yang lesu.
  5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
  6. Rawatan buasir.membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya.
  7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dll.
  8. Rawatan penyakit GOUT 
  9. Mengurangkan batuk yang berpanjangan dan melapangkan dada. 
  10. Membersihkan hati (kidney) dan jantung 
  11. Membersihkan lendir dalam usus
  12. Membantu melawaskan kencing
  13. Menyembuhkan penyakit bengkak telinga 
  14. Mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa 

Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda,

   “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Sampai di dalam Kitab Al-Qur’an juga terdapat surat khusus yang menyatakan tentang Buah Tin dan Zaitun, juga Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Al-Qur’an – Surat At-Tiin ayat 1-3). Jika direnungkan, pasti ada hikmah dibalik itu, mengapa Allah SWT telah berfirman dalam Al-Qur’an. Ini mungkin karena khasiat dan keistimewaannya yang tiada bandingnya dengan buah-buahan lainnya.
Menurut Imam Ibnu Al Jawziyyah, Buah Tin memiliki banyak khasiat, diantaranya dapat mengurangi penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, juga pengencer dahak, serta memberi khasiat yang baik pada tubuh, sebagai langkah pencegahan untuk melawan racun di tubuh kita.
Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, ” Sekiranya aku katakan, Sesungguhnya buah yang turun dari Surga maka aku katakan, inilah buahnya (Tiin), sesungguhnya buah surga tiada keraguannya.” (Hadis riwayat Abu Darba; Suyuti)
 

             

TAHUKAH ANDA??

Terdapat 2 jenis buah tin iaitu jenis kering dan jenis basah (segar) iaitu lebih kurang 23%. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.
Kali ini diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk kami nikmati buah tin yang segar dan boleh petik dengan tangan sendiri. Kebetulan ada kenalan kami tinggal dalam halaman pokok tin yang lebat buahnya. Segar dan ranggup rasanya.
Segala apa yang diciptakan dan dikurniakan oleh Allah s.w.t mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri yang kadangkala kita sebagai manusia tidak tahu hikmahnya. 
Menjejaki bumi Jordan umpama berpeluang mengenali pelbagai buah yang ada disebut dalam Al-Quran. Buah tin, anggur dan buah zaitun antara daya penarik ketika musim shoifiy. Untuk makluman jika tinggal di Jordan cuaca yang agak panas cuma dalam empat bulan sahaja iaitu dari bulan jun sehingga september.
Banyak diantara kita tidak mengetahui akan keistimewaan yang terdapat pada Buah Tin dan pentingnya untuk kesihatan, mungkin kerana Buah Tin bukan berasal dari negara kita, tetapi dari negara Timur Tengah. Walaupun Buat Tin berasal dari Makkah, Syam, Palestina juga Mesir, tetapi juga diperkenalkan di Italia kurang lebih 2000 tahun yang lalu dimana berkembang dengan cepat melalui Selatan Eropah termasuk Yunani.

Seiring dengan hadis tersebut, juga dibuktikan dengan penemuan sains mengenai banyaknya keistimewaan dari sebiji Buah Tin yang jarang diketahui. Buah Tin mempunyai khasiat yang berbeza dengan buah-buahan lain dan mempunyai nilai kesihatan yang tinggi. Selain dari itu, juga bermanfaat sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).
Prof. J. A Vinson dari Universitas Scranton Amerika Serikat telah membuat kajian dan membuktikan bahawa, Buah Tin mengandung khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain. Buah Tin tidak mengandung garam, lemak dan kolesterol, tetapi mengandung lebih tinggi kalium, serat dan zat besi. Hasil penelitian dalam 100gram buah Tin, mengandung 20% daripada kebutuhan zat serat harian tubuh kita. Dari jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Penelitian menunjukkan, bahawa serat terlarut bisa membantu gula dalam darah dan mengurangi kolesterol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan, manakala serat tidak larut, dapat melindungi dan mencegah kanker usus besar (koion). Makanan yang kaya akan serat mampu mengurangi berat badan, oleh karena itu Buah Tin juga sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.
Buah Tin sesuai untuk semua, termasuk anak-anak dan merupakan makanan yang terbaik untuk semua umur, kerana Buah Tin mengandung serat yang tinggi dan manis rasanya. Jadi sangat tepat jika kita mengkonsumsi buah ini, sebagai makanan alternatif kita untuk meningkatkan kesihatan kita sehari-hari di dalam dunia moden ini.
Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam Buah Tin adalah dapat dipercayai mempunyai bahan yang dapat melawan kanker. Di dalam Buah Tin mengandung “polyphenols” yang tinggi berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting bagi tubuh kita, karena dapat berfungsi sebagai free radical dalam tubuh yang menyebabkan kanker. Disamping itu, Buah Tin juga mengandung unsur lain yang menjadi bahan anti kanker, yaitu “benzaldehyde” dan “coumarins”. Benzaldehyde telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor dan “coumarins” adalah untuk merawat kulit dan kanker prostat.
Disamping itu, serat, kalium dan magnesium di dalam Buah Tin dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengontrol tekanan darah tinggi. Satu berita baik bagi pengidap penyakit darah tinggi, dengan memakan Buah Tin dijadikan pencegah penyakit tersebut. Untuk penyakit kencing manis, serat yang terdapat di dalam Buah Tin ini dapat memperlahan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam Buah Tin yaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas, iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengontrol kadar gula darah seseorang.
Sehubungan dengan itu, Dr. Oliver Alabaster, yaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahwa jika seseorang mengambil Buah Tin, sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesehatannya dalam jangka panjang. Maka tidak heranlah jika Buah Tin disebut oleh pakar-pakar makanan pada saat ini sebagai makanan Nutraseutikal (functional food), karena Buah Tin bukan sekedar mengandung zat-zat yang berkhasiat, bahkan lebih dari itu dan bermanfaat sebagai penjaga tubuh dan mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu.
Disamping itu, Lembaga Penasehat Buah Tin di California (California Fig Advisory Board) telah mengatakan Buah Tin sebagai “Nature’s most nearly perfect fruit”, yaitu Buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara keseluruhan. WaAllahu A’lam Bissawaab
Sumber : Rahsia ke-Istimewa-an di Balik Buah Tin, Norkumala bt Awang – Pegawai Penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Kandungan nutrisi terkandung dalam buah tin kering adalah seperti berikut:
 Protin 4.3gm; Lemak 1.3gm; Mineral 2.4gm; Serat 5.6gm; Karbohidrat 63.4gm; Tenaga 274 kcal; Kalsium 126mg; Forforus 77mg; Zat besi 3mg; Vitamin C 1mg.
TAHUKAH ANDA??
KOKOMINDA PLUS mengandungi buah tin...Maksudnya...
minum KOKOMINDA PLUS= Makan BUAH TIN...
Mari mengamalkan minuman SUNNAH.

KHASIAT 6 BUAH-BUAHAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

KURMA
Kajian menunjukkan bahawa buah kurma kaya dengan zat besi dan kalsium.
Unsur zat besi dan kalsium adalah unsur yang paling tinggi bagi pembentukan susu ibu, pembentukan darah dan sumsum tulang dan ini sesuai bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Kajian lain pula membuktikan kurma antara makanan yang cepat diproses sebagai bekalan tenaga dan tidak beri tindak balas terhadap pesakit kencing manis. 
Kerana gula yang terdapat dalam kurma merupakan gula yang diperlukan oleh tubuh.
ANGGUR
Allah s.w.t telah menyebut mengenai buah anggur dalam al-Quran sebanyak 6x.Semua perkara berkaitan buah anggur dalam al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hamba-Nya.
Khasiat yang terdapat dalam buah anggur ialah mineral(fosforus dan kalsium), vitamin A&B serta gula (glukos &fruktosa).
Kandungan yang terdapat dalam buah anggur sangat diperlukan oleh limpa bagi tujuan simpanan dan akan dikeluarkan ketika diperlukan seperti ketika berpuasa.
BUAH TIN
Allah telah bersumpah tentang buah ini di dalam al-Quran.
Apakah keistimewaan buah tin sehinggakan Allah bersumpah di atasnya?
Menurut kajian,buah tin tidak mengandungi garam, lemak dan kolestrol tetapi mengandungi kalium, serat dan zat besi yang lebih tinggi.
Hasil penelitian, dalam 100 gram buah tin mengandungi 20% daripada keperluan zat serat harian dalam tubuh.
Dari jumlah tersebut,28% adalah jenis serat terlarut.
Penelitian menunjukkan bahawa serat terlarut membantu mengurangkan gula dan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan, manakala serat tak terlarut dapat melindungi dan mencegah kanser usus besar (kolon).
Buah tin juga mempunyai bahan yang dapat melawan kanser.Mengandungi polyphenols yang tinggi sebagai antioksidan yang berfungsi sebagai radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan kanser.Ia juga mengandung benzaldehyde serta coumari ns,benzaldehyde telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor dan coumarins adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat.
BUAH ZAITUN
Buah zaitun dapat digunakan sebagai bahan makanan yang bertindak sebagai zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun serta membantu pesakit gastric dan penderita kegagalan fungsi buah pinggang.
Jika digunakan sebagai minyak sapuan luar,ia berfungsi sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami  eczema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
Dari sudut sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tak tepu yang dikelaskan sebagai  monounansaturated yang mampu merendahkan kolestrol berbahaya dalam darah.
TEMBIKAI
Rasulullah s.a.w menjadikan tembikai sebagai makanan kegemarannya.
Baginda gemar makan tembikai dengan kurma kering. Tembikai mengandungi 92% air dan 8% gula.Kaya dengan vitamin C dan mengandungi antioksidan lycopene dan beta karotena yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutama kanser. Ia juga mengandungi asid folik, sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan mengalami kecacatan dan penyakit jantung.
DELIMA
Buah delima adalah salah satu buah yang dipilih oleh Allah untuk disebutkan di dalam al-Quran.Dalam hadis meriwayatkan dari Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya: 
“Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan.”( HR. Imam Ahmad).
Dalam buku At-Tibb an-Nabawi ada menyebut: “Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya.” 
Buah delima diyakini dapat membantu masalah penghadaman(sembelit),buasir,gangguan ulser dalam perut,membantutkan pertumbuhan sel kanser,batuk,radang paru-paru,pendarahan sewaktu kehamilan dan menjada kesihatan jantung.
# Melihat kepada keistimewaan buah-buahan kegemaran Rasulullah s.a.w ini menjadikan kita mensyukuri nikmat yang tidak terhingga ini.
WallahHu'Alam.

Petikkan dari:

http://www.madrasahkehidupan.com/2012/07/khasiat-6-buah-buahan-kegemaran.html

 http://melileaorganiclifestyle.blogspot.com/2012/05/buah-tin-dan-1001-rahsia-kesembuhan.html

http://raudhahirfan.blogspot.com/2012/09/khasiat-buah-tin.html


. .
~***~Taman Koperasi BENA, IJOK~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~