QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

24 November, 2011

SOLAT ke Masjid utk semua ~ WAJIB..!!!

AYUH..! SOLAT DI MASJID..!!!


Kempen “Ayuh Solat Di Masjid!”


Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Nabi s.a.w., “Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berjalan ke masjid untuk menunaikan solat fardu, maka semua langkahnya dihitung; satu, untuk menghapuskan dosa, dan yang kedua, untuk menaikkan darjat.” (Hadis Riwayat Muslim)


Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah SAW pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda :

Demi tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjamaah, LANTAS mencari rumah orang yang tidak mengikuti SOLAT BERJAMAAH, lalu aku bakar rumah mereka. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
 

Nabi betul-betul MARAH pada mereka2 yang tidak berSolat berJamaah...!!!
Kenapa ada teguran dari Nabi Muhammad S.A.W ? Kerana nak tekankan solat berjamaah. Tapi kenapa tak kata "batal mereka yg solat di rumah"? Maksudnya, Nabi Muhammad S.A.W tegas utk mengatakan solat berjamaah di MASJID adalah sgt dituntut. Tapi persoalannya, kalo solat sendirian adalah bidaah, itu bermakna zaman Nabi adalah ZERO solat sendirian



Terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan kewajiban dan ganjaran kepada golongan muslimin untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah di masjid. Dalam konteks di luar negara, hampir semua masyarakat Islam khususnya berbangsa Melayu mempunyai kenderaan sendiri dan mampu untuk bersolat berjemaah di masjid-masjid berhampiran.

Ini tidaklah sukar sama ada yang bujang mahupun yang berkeluarga. Buat permulaan, rancanglah diari kehidupan anda untuk bersolat di masjid sekurang-kurangnya 1 kali seminggu. Pilihlah waktu solat yang paling mudah untuk anda dirikan di masjid.


GANJARAN YANG MENANTI KITA


Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)
 (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)




"Amal pertama yang dihisab dari seorang hamba di hari kiamat adalah SOLAT. Dan Sesiapa yang baik shalatnya, maka baik pula segala amalan yang lain, dan Sesiapa yang rusak (ditolak) SOLATnya, maka rusak (ditolak) pula segala amalan lainnya”
~(HR Thabrani)


"Sesungguhnya Solat yang paling berat bagi Orang Munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak." - Shahih Muslim, V/160


"Sesiapa berwudhu di rumahnya kemudian dia mendatangi masjid, maka dia sebagai orang yang mengunjungi Allah, dan merupakan kewajiban bagi yang dikunjungi untuk memuliakan pengunjung-Nya." HR. Thabrani, VI/253, nombor 6139 dan 6145

"Dan (dirikanlah pula Solat Subuh). Sesungguhnya Solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat)
~ QS Al Isra: 78


Dari Jundab bin Abdullah ra., dia bercerita, Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa mengerjakan solat subuh, maka dia akan selalu berada dalam jaminan Allah." 
~ Syarhu an-Nawawi 'alaa Shahih Muslim, V/164


"... Dan seseorang yang berangkat ke masjid, dia akan selalu berada dalam jaminan Allah sehingga Dia mewafatkannya lalu memasukannya ke surga atau menyerahkan kepadanya pahala dan ganjaran yang diperolehnya. ..."
~ Shahih Sunan Abi Dawud, II/473


"Tidaklah seseorang bersuci lalu dia melakukannya dengan sebaik-baiknya kemudian dia berangkat menuju ke salah satu masjid melainkan Allah telah menetapkan baginya kebaikan bagi setiap langkah yang diayunkannya, dengannya Dia akan meninggikan dirinya satu derajat, serta menghapuskan darinya satu kesalahan..."
~ HR. Muslim



Khas untuk rakan-rakan LELAKI Muslimin sekalian.


Kenapa kita perlu solat fardhu 5 kali sehari di masjid? Kalau buat SOLAT di rumah/bilik/pejabat masing-masing tak boleh? Senang pun senang, jimat masa pun jimat, boleh study/kerja lebih (rasanya berkat tak?). Saya ingin berkongsi hadis-hadis sahih di bawah moga kita tahu macam mana penekanan Nabi dan para sahabat dalam menunaikan solat fardhu berjamaah di Masjid. Moga Allah buka hati dan sedarkan kita. 24 jam yang Allah beri, takkanlah hanya sekali seminggu saja kita ziarah rumah Dia. Ok, jom tengok apa hadisnya:

1. "Sungguh alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku sendiri pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu bakar menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api"
[Sahih Bukhari & Muslim]
JiKalau takat sunat biasa-biasa, Nabi takkan nak bakar rumah orang tak solat di masjid..???

2. "Sesiapa yang ingin berjumpa Allah di kemudian hari dalam keadaan muslim, maka hendaklah ia memelihara solat 5 waktu ini dengan melakukannya di mana adanya seruan azan, kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan (mensyari'atkan) jalan-jalan menuju hidayah, dan sesungguhnya melakukan solat 5 waktu dengan berjemaah adalah termasuk jalan-jalan menuju hidayah. Maka sekiranya kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang lalai melakukannya di rumah, maka bererti kamu telah meninggalkan sunnah (ajaran) nabi kamu, dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kalian, nescaya kamu sesat". [Sahih Muslim]
Boleh sesat sebab tak solat di "tempat dilaungkan azan" (masjid/surau).. ganas.. bukan saya kata, Nabi yang cakap..!!!

3. Dari Abdullah bin Mas'ud RA meriwayatkan,
"Sesungguhnya kami telah menyaksikan, bahawa tidak ada yang meninggalkan solat berjemaah (pada zaman kami) kecuali orang Munafiq yang telah jelas kemunafikannya, atau orang sakit. Padahal ada di antara yang sakit berjalan dengan diapit oleh dua orang untuk mendatangi solat berjemaah"
[Sahih Muslim]
Ada 2 sebab kalau tak datang ke masjid.. Sakit (uzur) atau munafiq... Allah Hu..

4. Abdullah bin Ummi Maktum pernah bertanya kepada Rasulullah kemungkinan adanya keringanan untuk solat di rumah:
"Ya Rasulullah, aku seorang buta. Rumahku jauh dari masjid. Aku punya seorang. Adakah kelapangan bagiku untuk SOLAT di rumah sahaja?."
Rasulullah bertanya, "Apakah engkau mendengar azan?"
Abdullah menjawab, "Ya aku mendengarnya."
Rasulullah bersabda, "Aku tidak membenarkan bagimu untuk solat di rumah" [Sahih Muslim]
Nabi yang baik hati pun paksa sahabat dia yang buta pergi masjid sebab boleh dengar lagi azan.. siapalah nak dibandingkan dengan kita yang sihat, ada motor, kereta, basikal, Masjid/surau pula takat bawah lif saja pun.. MASYAALLAH..!!!

5. Abdullah Bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesiapa mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solah berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya(uzur) daripada menyertai solah berjemaah maka solah yang dikerjakannya itu tidak akan diterima."
Para sahabat bertanya, "Apakah uzur  itu?"
Jawab Rasulullah s.a.w, "Takut atau sakit."
(Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban)

6. Diriwayatkan dari Muaz bin Anas r.a dari Rasulullah s.a.w bahawa Baginda s.a.w telah bersabda, "Sungguh-sungguh zalim, kufur dan nifaq mereka yang mendengar penyeru Allah s.w.t yakni muazzin yang menyeru kepada solah tetapi mereka tidak pergi menyertai solah berjemaah.
(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Tabarani)

7. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a bahawa beliau telah ditanya mengenai seorang yang berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam tetapi tidak pergi mengerjakan solah berjemaah dan solah Jumaat.Beliau menjawab, "Dia ialah penghuni neraka."
(Hadith Riwayat Imam Tirmizi)

8. "Solat berjemaah lebih utama 27 darjat daripada bersolat sendirian" [Sahih Bukhari & Muslim]
Rugilah tak ambil peluang utk datang ke Masjid/Surau solat berjemaah sama-sama..
Moga lepas ini kita jangan lagi berfikir "Solat dekat Masjid/Surau cuma sunat, tak buat tak berdosa pun".
Kita patut ubah pemikiran kepada,
"Solat fardhu, Sunnah buat di Masjid, tak boleh kalau tak buat".
Sekarang sudah ada ilmu, kena ikuti dengan amalan. Biasakan ke Masjid/Surau setiap hari, kemudian tingkatkan lagi hinggalah kita dapat solat berjamaah di Masjid/Surau,
5 kali sehari, insya'a Llah. Akhir kata, jom ke MASJID..!!!

"Dan dirikanlah SOLAT, tunaikan ZAKAT dan rukuklah bersama orang-orang yang RUKUK" [Al-Baqarah, 2:43]


Dahsyatnya Solat Berjemaah
Tata cara shalat tahajjud dan buletin dakwah jumatDari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
“Solat berjamaah pahalanya lebih besar dibanding sendirian terpaut 25 derajat, baik di pasar ataupun di rumah, yang demikian itu karena seseorang ketika berwudhu dengan sempurna, lalu berangkat ke masjid dengan satu tujuan (solat), maka setiap langkahnya dinaikkan satu derajat dan diampuni satu dosanya"
hingga menginjak pintu masjid, maka sesudah di dalam masjid, dia dicatat melakukan solat selama menunggu
Solat, dan didoakan oleh malaikat selama berada di majlis Solatnya. Adapun doa malaikat sbb: 
"Ya Allah, ampunilah dia, maafkanlah dan kasihanilah ia sepanjang tidak menyakiti dan sebelum berhadats di majlis itu” (HR Bukhari – Muslim).

Maksud hadits tersebut adalah:
» Pahala
Solat berjamaah di masjid lebih tinggi 25 derajat (untuk Dhuhur &
Ashar) dalam riwayat lain 27 derajat (untuk
Solat lainnya).
» Hendaknya berwudhu di rumah, sebelum berangkat ke masjid,
karena jika keluar rumah sudah dalam keadaan suci (sudah berwudhu), maka
setiap langkah menuju masjid, akan ditingkatkan satu derajat dan diampuni
satu dosa
» Hendaknya datang ke masjid lebih awal (jangan menunggu iqamat), karena
selama menunggu waktu iqamat, diberi pahala seperti mengerjakan
Solat [Niatkan Iktiqaf]
» Didoakan oleh malaikat, agar mendapatkan ampunan dan rahmat dari Allah

Begitu dahsyatnya keistimewaan shalat berjamaah, betapa ruginya orang yang meninggalkan solat berjamaah di masjid. Ayuh solat berjamaah di masjid!
Sumber: Riyadus Shalihin, Imam Nawawi

SOLAT ~ PERSPEKTIF SAINS

WallahHu'Alam.


Sheikh Nuruddin Al-Banjari -Kelebihan Solat Berjemaah dan Adab-Adab...

Sheikh Nuruddin Al-Banjari -Rahsia Solat Subuh

Ustaz Dato Ismail Kamus Kesan Meremehkan Solat Berjemaah
. .
~***~Taman Koperasi Bena, IJOK~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~