QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

23 February, 2011

HABBATUS SAUDA ~ Jintan Hitam

PENAWAR HABBATUS SAUDA
HABBATUS SAUDA merupakan sejenis antibiotic semulajadi yang amat berkesan dalam jangka masa yang singkat tanpa mendatangkan sebarang kesan sampingan. 

Maka dengan izin ALLAH S.W.T ia adalah amat sesuai untuk mengubati batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama, Resdung Lelah atau Sesak Nafas, terutama pada Bronchial asthma dan Cardiac Ashtma, sakit jantung, darah gemuruh, darah tinggi, luka-luka dihati (cirrhosis of liver), Batu karang, sakit buah pinggang, gout, kencing manis, luka-luka didalam mulut, sakit tengkuk, tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau, pedih ulu hati, gastric, luka-luka dalam perut (ulser), kurang penghadaman dan lain-lain.

Mujarab untuk mengecutkan semua jenis ketumbuhan pada payudara dan rahim. Oleh itu ia dapat mengatasi masalah sakit puan (Metris, Indimetris dan Ophratis), senggugut, 2 atau 3 kali dating haid sebulan atau tidak langsung datang haid, luka atau tersumbat dalam saluran fallopian atau pada kilang ovary, keputihan yang berlebihan dan berbau, buasir dan luka-luka usus kecil (colias)

Bagi mereka yang menghidapi sakit tuan seperti lemah tenaga batin, kurang kesuburan bagi lelaki dan perempuan (pasangan yang belum dianugerahkan cahaya mata) angina akhmar, lumpuh dan sawan, juga jangan ketinggalan dari mencuba Herba ini.
Ia juga dapat melegakan kesan buruk dari pada merokok, cacing, kanak-kanak kencing malam, cramp, kurang tidur, sakit kepala, migraine, senak perut, sembelit. Ia juga amat berkesan selepas pembedahan dan bersalin serta menambahkan susu Ibu.

RASULULLAH S.A.W telah memberi jaminan bahawa Habbatus Sawda mengandungi khasiat yang tinggi menerusi Sabda Baginda yang bermaksud :

"Tetaplah kamu dengan Al-Habbatus Sauda' ini kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali As-Sam (Maut)"
~Al-Bukhari.
Sabda Rasulullah S.A.W :
"Sesungguhnya al-Habbatus Sauda' boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali al-Sam."saya bertanya "Apakah al-Sam itu?"Baginda menjawab "al-Sam iaitu Maut"
( Hadith Riwayat Iman al-Bukhari)

Pil yang paling terkenal di bumi Arab. TULEN!!!. Direct dari Mesir. Untuk semua penyakit. Sangat mujarab untuk mengeluarkan angin dari dalam badan!!!

Di bawah ini sy sertakan 7 ciri-ciri utama Habbatus Sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan: monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu [ibu-ibu]
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2 tahun lalu.
Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat.
(Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan.
(Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis)
(Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain,
”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)”
(HR.Bukhari, Muslim)

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).


Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : Sesungguhnya pada Habbatul Sauda` itu terdapat penawar (penyembuh) bagi semua penyakit kecuali maut.
KAPSUL JUGA DISEDIAKAN
Khasiat Minyak Habbatul Sauda`
-Meredakan penyakit-penyakit yang bersangkutan dengan sistem pernafasan seperti batuk,lelah,paru-paru berair,sesak nafas,membersihkan suara, menghilangkan lendir-lendir dan kahak serta selsema.
-Amat berfaedah untuk penyakit berkait dengan jantung seperti melancarkan peredaran darah,tekanan darah,membantu melarutkan kolestrol dalam sel-sel darah.
-membantu membina daya tahan tubuh daripada serangan penyakit dan membantu mengendalikan kekuatan tubuh serta sel-sel limpa yang bertugas melawan penyakit barah.
-Mengandungi hormon-hormon yang membantu menguatkan tenaga zahir dan batin juga kecergasan fizikal.
-melawan penyakit yang berkait dengan hati seperti demam kuning dan hepatitis.
-Amat berfaedah mengubati penyakit rheumatik, penyakit-penyakit kulit, sakit kepala, migrain,penat,lesu,lenguh dan sengal-sengal badan dengan cara mengurut dan minum.
-Membantu melawaskan perut daripada angin-angin,asid-asid dan membersihkan perut daripada serangan cacing pita serta melegakan penyakit gastrik dan ulser.
-membantu menyembuhkan penyakit kencing manis
-khas untuk wanita, menyembuhkan penyakit senggugut
Cara menggunakannya.
- Satu sudu teh-1 sudu besar setiap pagi dan malam sebelum makan atau selepas makan dengan air suam.
Insyallah mujarab dengan izin allah dan tiada kesan sampingan.
http://alkiram.net/salam/2009/11/16/cara-menentukan-keaslian-minyak-habbatul-sauda/

. .
~***~LadingEMAS~***~
. .
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~