QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

03 September, 2010

Jin boleh ditangkap...? Keluhan Perawat Islam

Salam..ini adalah paparan dan keluhan seorg Perawat Islam, sama2 kita kongsikan.
    sebenarnya bukan beliau seorg shj yg berhadapan dgn permasalahan sebegini,
    malah ramai perawat-perawat Islam yg berhadapan dgn masalah begini, sbb
    Jauhari juga yg mengenal manikam...dan Ssungguhnya manusia tu, Musuhnya ~ "JAHIL"


Salam...
Atas dasar keilmuan, RIDAM tampil setelah tiada mendapat sebarang panggilan dari si pengkomen. Sudah RIDAM katakan, khilaf yang ditunjukkan hanyalah sebagai perbincangan ilmiah agar kita boleh membuat pilihan..

*Artikal yang berkaitan ini akan di delete selepas hari Ahad ini kerana masih ada yang 'panas' dan tidak mahu membincangkan bab ini..sekian dimaklumkan

Rujuk isu Jin Boleh Ditangkap dalam botol.

Pendapat TGHD mengatakan tak boleh...sebab ada hujahnya yang tersendiri. RIDAM tak kata salah pun.. Cuma RIDAM mengatakan khilaf dari Ulamak tersohor juga (Ustaz Ismail Kamus), berlawanan dengan pendapat TGHD..

Bila guna khilaf Ismail Kamus, ada pulak yang marah dan suruh saya tarik balik hujah ni.. Apa yang dia dengar mungkin berlainan dengan yang saya dengar kot..?

Untuk itu, RIDAM sediakan link ni untuk pembaca semua dengar elok-elok kata-kata Ust Ismail Kamus ni..

video

Jadi, mintak tolong lah...kalau nak komen, sila hubungi saya..Jangan buat pasal dalam shoutmix RIDAM ni.. Banyak lagi perkara berfaedah boleh di lakukan...

*Pasal sdr Zamani...saya rasa awak yang KENA TARIK BALIK UCAPAN AWAK TU.. Saya ada bukti..? Awak ada..? :D Jangan cakap ikut sedap jari jer menaip dalam shoutmix RIDAM tu..

wallahu'alam
Salam..

Ini adalah AMARAN TERAKHIR pada si komen-komen yang BIADAP dan TAK PANDAI BERSOPAN-SANTUN semasa masuk ke Blog RIDAM..

Tujuan adanya ruangan shoutmix chat adalah untuk bertanya khabar, bertanya tentang penyelesaian rawatan dan mengeratkan silaturrahim..

Jangan kerana puak-puak yang KURANG AJAR & TAK SEKOLAH ni, orang lain tak dapat menggunakan keistimewaan ruangan yang disediakan..

Seperti apa yang telah saya beritahu pada ruangan yang lepas, jika tidak berpuas hati, datang jumpa RIDAM..kITA MUZAKARAH cara baik. Setakat nak komplen tapi sorok identiti buat apa..? Lama-lama tahu jugak...

So..ni final warning... kalau masih ada lagi nukilan sumbang dalam shoutmix ridam ni, ianya akan ditutup serta-merta.. Letih dok melayan puak-puak hati batu ni... penat...

Moga-moga..bulan 10 malam Ramadhan akhir ni akan menyedarkan korang yang berkenaan..

p/s: Kepada sdr nick ZAMANI..sila hubungi saya.. .SAYA TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENARIK DAKWAAN SAYA KERANA SAYA ADA BUKTI... Sila hubungi saya dan saya akan berikan BUKTI tersebut.. Demi Allah, saya tidak MENIPU.. Berani kerana benar...!

Sekian...wassalam
Salam..

Kepada pembaca sekalian, sekali lagi RIDAM di komplen oleh orang yang menggunakan pendapat TGHD berkenaan kebolehupayaan menangkap jin serta memindahkannya dalam ruangan shoutmix RIDAM.. Nama nickname nya ialah Zohan.. Nama betul tak tahu..

* entah betul ker tidak lah nama ZOHAN tu...dulu ada gak kes, dok kelang, tapi nickname shah alam...entah lah... :D

Antara khilaf hadis yang SELALU diguna, tak lain tak bukan ialah:

Maksudnya:
“ Syaitan telah datang mengganggu solatku. Lalu aku pegang lehernya dan mencekiknya sehingga dapat aku merasakan lidahnya yang sejuk pada tanganku. Jika tidak kerana doa nabi Sulaiman as nescaya akan aku ikat syaitan tersebut untuk tontonan kamu.”

Jika dilihat pada maksud di atas, perhatikan point-point berikut:-

1- Syaitan datang mengganggu Rasulallah ketika solat
2-Rasulallah pernah pegang leher dan cekik syaitan
3-Niat Rasulallah untuk ikat jin tersebut untuk tontonan awam.Tapi dibatalkan bila mengenangkan doa(mukjizat) nabi Sulaiman AS.

Point 1
Syaitan ganggu Rasullallah ketika solat. Bermakna syaitan boleh ganggu siapa sahaja dengan izin Allah tak kira Rasul, Nabi atau Manusia biasa... Rasullallah kalau tak tangkap pun, Allah dan lindungi Baginda awal-awal lagi..Malaikat pun standby backup... Itulah setinggi kemuliaan darjat manusia yang paling mulia di alam ini.

Point2
Rasullallah juga pernah pegang leher dan cekik jin. Adakah Baginda cekik secara fizikal.. Sahabat Nabi pun tak nampak waktu tu.. Lalu kerana hadis ni, ramailah yang buat kesimpulan hanya Nabi yang nampak Jin..

Tapi kan ada riwayat yang syaitan pernah menyamar berjumpa Abu Hurairah dan ianya diakui oleh Nabi sendiri.. Abu Hurairah tu bukan nabi... Apa nak hairan kalau Allah izin.. kan? kan? :D

Point3
Pasal Rasulallah TAK JADI kurung(gantung) jin di tiang masjid kerana teringatkan doa Nabi Sulaiman. Apa yang Rasulallah niatkan ialah MENGGANTUNG jin.. MENGGANTUNG kan perkara zalim.. Rasulallah bukan macam itu. Allah sedarkan Baginda (kelebihan maksum) dan teringatlah Baginda pada mukjizat Nabi Sulaiman akan kelebihan yang diberi Allah berkaitan bab kurung-mengurung jin ini..

Apa yang perawat lakukan bukanlah perkara kejam kerana TUJUAN UTAMA adalah untuk menghindarkan pesakit dari gangguan jin. Masuk dalam botol, pinang, telur dan sebagainya hanyalah 'pindah sementara'. Kemudian kan dilepaskan ke laut atau sungai..Lama-lama pecah jugak botol tu..maka jin tu boleh mulakan hidup baru..

Pada alat kurungan sementara tersebut, perawat bacakan doa agar ia menjadi 'terlindung sementara' mengikut sifat fizikal bekas tersebut. Jika pecah bekas tu, pecah la 'pagar' nya..

Sudah menjadi 'fardhu kifayah' perawat yang punyai kelebihan yang dianugerahkan Allah untuk menolong orang yang sakit. Cuba bayangkan jika adanya gangguan pada pesakit. Kehidupannya tentu dah tak normal. Nak beramal pun 'susah'..

Jika jin dapat dipindahkan, insyaallah, kehidupan pesakit akan normal.. Berbanding dengan kaedah halau semata-mata..then datang balik..pastu halau lagi...then datang balik....sampai bila asyik nak halau jer? sampai JIN tu boring ker?

Tahu pulak jin tu BORING?

Tahu tak kos TERANG & kos TERSEMBUNYI yang akan dibelanjakan oleh pesakit? Bukan upah sahaja kawan...kos masa..kos petrol..kos upah tukang bawak...kos makan..kos perjalanan...kos penginapan...dan kos-kos yang seangkatan dengannya...

Kerana kos-kos di atas, tak rasa ke Jin tu kejam...? Budak darjah satu pun boleh jawab...

----

Soalan Tambahan
Kenapa nak kurung dulu...? Kenapa tak pindah terus jer?

Erm...jin ni ada macam-macam jenis..ada yang kuat, yang lemah, yang maknyah, yang Islam dan yang macam-macam yang lagi..

Kebiasaannya, jin yang dikurung kena tarbiyah dulu..macam mana pulak tu?

Masa jin 'dikurung sementara' tu, perawat bacakan doa atau ayat-ayat ayatul ahzab..bagi rasa takut...bila takut, maka lagi lemahlah jin tu..senangla sket nak pindah..

Berbanding asyik baca pada jin yang duduk di pesakit, kejap-kejap jin tu boleh lari...nak takut apa kalau bacaan tak di dengar..

------

Jadi, pada yang tak belajar bab ni, kena lah belajar lagi.. yang nak pegang khilaf TGHD, silakan.. Saya tak kata salah pun.. Setiap orang ada pegangan dan khilaf masing-masing..

Ustaz Ismail Kamus pun ulamak besar gak kan? Boleh la dengar 4 rakaman beliau berkenaan Bicara Alam Jin.. Dalam tu ada Beliau beritahu, Jin boleh dimasukkan dalam botol..

Nak beli rakaman Ust Ismail Kamus, belilah yang origional..Jangan cetak rompak pulak.. Boleh beli kat kedai jual produk barangan Islam atau tempat-tempat ceramah..Nak cari ilmu tak boleh KEDEKUT..

Jangan dok jual nama TGHD kalau perangai tak macam BELIAU..setakat ni, TGHD sendiri tak pernah komen pun blog RIDAM...ni LEBIH SUDU dari KUAH...buat malu jer..

------

Pada si ZOHAN tu, meh la datang kemaman..Hari Raya ke-2 RIDAM masak nasi Arab..Open house...Sambil-sambil makan, bolehlah muzakarah.. Tak sanggup dah RIDAM nak ke tempat orang-orang komplen ni.. nak TAHU, datang sini..Kita layan dengan baik...Insyaallah.. :D

------

Pasal komen-mengomen ni, dah-dah la tu... Orang non-muslim tengok peribadi kita..Sama-sama Islam nak bertelagah...buat apa?

Tak paham,tak setuju atau tak puas hati, meh datang jumpa..Takkan nak RIDAM yang kena jumpa korang kot? :D


------
Semalam, saya ke rumah pesakit untuk rawatan ulangan yang ke tiga. Memandangkan suami-isteri ini sakit akibat dari sihir yang sama, maka saya buat 'Rukyah Kembar' bagi menjimatkan masa pengubatan.

Saya lakukan sebagaimana teknik rawatan yang lepas. Cuma pada kali ini, saya gunakan botol kaca sebagai alat kurungan sebelum di pindahkan ke tempat lain. Botol ni hanya sebagai syarat. Tak ada penutup pun tak aper.

Saya bacakan agar 'pagar' & mohon pada Allah agar ianya tak terlepas.

Dari si suami, saya dapat rasai 1 saja gangguan nya (1). Ni jenis Penjaga Minyak Dagu. Orang Melayu panggil Hantu Raya. Orang London panggil Dewata Raya.. Ni lah yang dok pegang peha kiri pesakit sampai lenguh-lenguh dibuatnya terutama masa nak Solat.

Pada si Isteri pula, ada 3 jenis macam gangguan:
(2) - Langsuir - yang ni dok bertinggung atas belakang tengkuk
(3) - Jin Budak - yang ni dok main kat kaki kiri.
(4) - Jin Tanah - yang ni dia kasi ibu gatal & miang pada pesakit.
Gambar (1) di atas. Hantu Raya dalam paha si Suami


Gambar (2) - Langsuir

Gambar (3) - JiN Budak

Gambar (4) - Jin Tanah

Jin boleh nampak ker?
Mana boleh ATAU Wallahu'alam...
Dah yang dalam gambar tu..?
\Perasaan jer kot..... ATAU Wallahu'alam
Orang lain nampak jugak ker...?
JAWAPAN: NO KOMEN ATAU Wallahu'alam
Kesemua rakaman di atas menggunakan Camera dalam Handphone Sony Ericcson 8.2px.. Sekian dimaklum kan..
Semalam, saya dijemput ke Kuala Terengganu untuk merawat pesakit yang mengalami masalah penyakit klinikal yang agak kronik..

Umur pesakit ini sudah 64 tahun dan mengalami masalah lemah badan, sakit saraf (sukar berdiri) serta masalah buah pinggang. Dia juga mempunyai masalah kencing manis dan jantung.

Sebagai peringatan dari pengalaman lepas, pesakit yang mempunyai masalah jantung harus dirawat secara berhati-hati dan elakkan dari menyergah atau membaca rukyah dengan nada yang teramat kuat kerana ia mungkin menyebabkan kejutan yang akhirnya boleh menghadirkan serangan jantung mengejut..

Pesakit jenis ini juga seeloknya TIDAK DIGALAKKAN DUDUK BERLUNJUR ketika sesi rukyah dibacakan. DiGALAKKAN DUDUK ATAS KERUSI SANDAR ke arah pintu rumah kerana dengan petua lama ini, insyaallah, kesembuhannya lebih ketara...

-----------

Sehari sebelum saya bertolak ke Terengganu, anak pesakit menelefon saya dan menyatakan masalah penyakit ayahnya. Semasa sesi perbualan kami di telefon, tapak tangan saya terasa pijar seperti merasai haba air panas yang menggelegak.. Dari itu, saya perhatikan yang kes ini bukan kes mudah...

Tambahan lagi, anaknya memberitau saya bahawa ayahnya pernah meracau dan menyebut perkara yang bukan-bukan...

-----------

Diringkaskan cerita, saya bersama orang kanan RIDAM (Herman) bertolak dari Kemaman sekitar jam 4:30 petang. Memang jangkaan kami, majlis berbuka puasa akan berlangsung di tepi jalan sahaja sepanjang perjalanan kami..

Dari cuaca yang normal, kami tiba-tiba meredah hujan yang amat lebat semasa masuk ke Kerteh. Berulang kali saya membaca doa Nabi Yunus agar dimudahkan perjalanan kerana berasa seperti ada sesuatu yang menghalangi perjalanan kami.

Alhamdulillah, saya diberi ilham untuk mengubah haluan ke Terengganu melalui jalan Lebuh Raya Jabur dengan memotong jalan pintas dari arah Paka. Tiba di pekan Ajil, kami singgah sebentar untuk membeli makanan berbuka puasa di Pasar Ramadhan.

Melihat jam sudah pukul 7 malam, kami mulakan semula perjalanan ke Terengganu. Sekitar 5 minit masuknya waktu maghrib, kereta kami tiba-tiba dihalangi seekor anjing. Nasib baiklah brek kereta sempat di tekan. Syukurlah kereta tak terbabas....

Kami berbuka puasa di tepi jalan di Wakai Tapai dengan bekalan yang dibeli.. Selesai berbuka puasa, kami teruskan perjalanan ke tempat yang dituju. Memang adat saya, kalau nak berubat, seeloknya saya kena mandi terlebih dahulu agar badan dan minda terasa fresh bagi memudahkan konsentrasi dalam rawatan. Kalau tak sempat mandi pun, saya akan mengambil wudhuk terlebih dahulu.

Kami singgah di stesyen minyak Caltex untuk mandi dan solat Jamak Qasar di surau stesyen minyak berkenaan.

Alhamdulillah, perjalanan seterusnya amat mudah dan kami tiba di rumah pesakit sekitar jam 9 malam...

---------

Pada malam kedatangan saya, pesakit tiba-tiba berasa sihat walaupun tidak sepenuhnya. Memang sebelum ini, ragam kesembuhan penyakit seperti ini biasa terjadi bila saya sampai ke rumah pesakit. Jika tidak dirawat, kesakitan itu akan datang semula sebaik sahaja perawat pulang.. Inilah salah satu trick jin yang mengganggu manusia...

Seperti biasa, saya lakukan sesi soal jawab terlebih dahulu bagi mendiagnos penyakit pesakit dari sudut klinikal. Soalan berkaitan gangguan akan ditanya selepas permasalah klinikal sudah dikenal pasti. Memang sudah dijangkakan, pesakit mengalami masalah sihir yang serius.. Namun, saya memohon pada Allah agar dipermudahkan urusan rawatan dan kesembuhannya sejak awal perjalanan lagi.. Moga-moda doa saya dimakbulkan Nya..

---------

Sekali lagi, saya lakukan teknik Rukyah Ekspress.. Memang terasa seperti haba dari belakang badan pesakit. Pesakit juga berasa seperti sesuatu bergerak di tempurung lututnya.. Hasil semakan secara batin, ada 5 gangguan yang mengganggu mangsa. Satu daripadanya jenis On/Off dan sering berkeliaran di dalam rumah pesakit. Jenisnya dikatakan dalam panggilan orang Melayu sebagai 'Hantu Raya'..

Diringkaskan cerita, saya gunakan telur sebagai medium memindah gangguan yang dialami. Memang kebas tangan saya sewaktu melakukan proses 'tarik'.. Tapi syukur, kesembuhan penyakit beransur kurang..

-------

Alhamdulillah...pesakit sudah boleh berdiri dengan mudah. Memandangkan ianya masih baru, saya nasihatkan pesakit agar tidak aktif berlebihan sekitar 2 hingga 3 hari.. Orang tua kata, "takut urat terkejut.."..

Saya bekalkan bahan rawatan yang siap dirukyah dan tidak lupa hadiahkan produk terbaru RIDAM (Aura Balancer) sebagai tambahan dalam rawatan.

-------

Sekitar jam 11:30 malam, kami memohon izin untuk pulang..
Semoga kesembuhan pesakit kekal ke akhir hayat dan ianya membantu peningkatan ibadah pesakit pada Allah.. Amin..
Lewat malam semalam, saya dihadiri sepasang suami isteri dari Dungun, Terengganu. Saya menerima kes mereka (walaupun letih bertarawih) kerana mereka sebenarnya bekerja dan menetap di Kepong, Kuala Lumpur. Lusa, mereka akan pulang ke sana.

Pesakitnya adalah si Isteri lingkungan umur 30an.

Seperti kebiasaan sebelum rawatan, saya mendiagnos penyakit pesakit dengan kaedah temuramah dan pemerhatian sepanjang sesi perbualan dengan pesakit. Pada peringkat awal, saya selalunya akan bertanyakan simptom tanda gangguan dahulu seperti mimpi yang dialami, kaitan dengan bayangan ataupun kes berdebar tanpa sebab. Ternyata, pesakit tiada tanda-tanda tersebut. Maka saya bertanya lagi:

"Sakit apa lah awak ni..?"

Dengan muka seposen pesakit tu jawab, "Tak tahulah Ustaz.. Semua sakit Ustaaaaaazz.."

Jika simptom gangguan tiada, saya lanjutkan pula scan saraf. Hasil daripada picitan point-point saraf badan, pesakit juga mengalami masalah darah kotor, kolestrol tinggi, migrain, sakit tulang pinggul (akibat jatuh) dan masalah rahim tinggi..

Saya dudukkan pesakit di ruang rawatan. Pada kali ini, saya menggunakan kaedah RUKYAH EKSPRESS setelah saya perolehinya melalui malam tahajjud & meditasi 1 jam selama 7 malam berturut-turut. Kaedah ini akan mula diajarkan pada batch pertama sesi Seminar di Sarawak & Sabah selepas Aidilfitri ini.. Insyaallah..

Dengan izin Allah, tangan dan kaki pesakit menggeletar. Kepalanya terhuyung-hayang dan dia melentok-lentok menahan sakit di bahagian belakangnya. Semakin kuat ayat yang dibaca, pesakit kelihatan seperti hendak pitam. Saya hentikan rawatan,. Ternyata kesannya amat kuat dengan kaedah yang baru saya terima ini.. Alhamdulillah..

Saya lakukan ritual mata batin dan di situ kelihatan kelibat wajah ibu pesakit... Hasil dari pengalaman lepas, kes sebegini memerlukan rawatan dalaman terlebih dahulu bertujuan untuk melemahkan gangguan sebelum menjalani proses rawatan yang sebenar.

Saya bekalkan limau nipis, air, minyak zaitun dan Minyak Aura Balancer (produk baru RIDAM) yang sudah dirukyah dengan ayat terpilih pada pesakit bagi rawatan dalaman selama 41 hari.. Kemudian pesakit dikehendaki datang untuk rawatan yang sebenar.

Saya doakan pesakit tersebut cepat sembuh dan keluarlah gangguan yang mengganggunya. Amin

* Mungkin kebetulan, takdir, ujian atau gangguan jin, pasangan suami isteri ini masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 6 tahun berkahwin dan disahkan normal oleh doktor. wallhu'alam...
RIDAM pada kali ni sajer-sajer nak ceritakan cerita tipu hanya untuk latihan penulisan. :D
Al-Kisah, pada suatu malam yang hening, RIDAM dok syok layan facebook. Tiba-tiba..jeng..jeng..jeng...RIDAM dihubungi oleh seorang peminat rawatan Melayu Kuno yang juga seorang perawat sambilan. Sembang-punya sembang, tiba-tiba masuklah bab ilmu parang terbang ni. Satu soalan yang di tanya, 'ilmu parang terbang ni boleh belajar ker?'..

RIDAM yang tak ada ilmu ni pakai jawab jer lah dengan pendapat yang tak seberapa ni dengan jawapan 'boleh' dan 'tidak boleh'..

Dia bertanya lagi...'kenapa boleh' dan 'kenapa tidak boleh'. Maka, RIDAM yang memang tak ada ilmu ni pun jawablah dengan panjang lebar..

RIDAM kata, ilmu Parang Terbang tu adalah 'Ilmu Bangkit' dalam istilah ilmu Melayu Lama. Ilmu Bangkit ni boleh menjadi dua hala iaitu Membangkitkan Jin atau Membangkitkan Barang.

Ilmu Bangkit Jin ni adalah Ilmu Mendampingi Jin dan ianya dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Tumpang Khadam, Teman Pelindung dan sebagainya. Dan hukum mempelajari ilmu ini adalah HARAM..

Manakala ilmu bangkit barang pula pelbagai jenis dimana membangkitkan sesuatu barang agar ia 'hidup' bagi tujuan tertentu. Contohnya ilmu parang terbang, parang panjang, parang kentot, parang lonjong, parang kayu, parang batu dan pelbagai jenis ilmu bapak parang selain ilmu terbang barang yang lain seperti batu, kayu, besi, ranting dan seangkatan dengannya.

Maka si perawat sambilan pun bertanyalah lagi kepada RIDAM yang tak ada ilmu ni.. 'barang hidup tu macam mana Ustaz..?'

RIDAM dengan perasaan gundah-gelananya pun menjawab..'Barang apa pun dalam dunia ni adalah HIDUP. Dalam Quran pun ada beritahu. Banyak ayat yang menyuruh sekalian makhlukNya bertasbih kepadaNya iaitu:

“Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Hasyr :1)

“Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; dan Di
“Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(Al-Jumu’ah :1)

“Senantiasa bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; hanya Allahlah yang mempunyai semua kerajaan dan semua puji-pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” (At-Taghaabun:1)

Jadi, dalil yang mengatakan SEKALIAN MAKHLUK itu hidup ada dinyatakan dalam Al-Quran iaitu bilamana disuruh bertasbih pada Allah.

Apa ada dalam bumi? Macam-macam ada kan...? Batu, kayu, besi, pokok, angin dan macam-macam lagi lah... Kesemua makhluk ini mempunyai zarah atau atom hidup di dalamnya termasuklah dalam diri Manusia. Ia makhluk HIDUP.

Jadi pasal Ilmu Parang Terbang tu, zarah dalam parang tu dibangkit untuk berkomunikasi dengan tujuan tertentu.

Ilmu Parang Terbang ni ada dua jenis iaitu HALAL dan HARAM.

HARAM
kalau kandungannya disertai dengan mantera memuja selain Allah atau tujuan menunjuk-nunjuk atau seumpamanya.
HALAL
kalau pengamal Parang Terbang mintak pada Allah dengan doa halal seperti dari ayat Al-Quran/ Zikir untuk terbangkan parang mencantas orang zalim dikala sudah tiada kekuatan diri melawan mereka.

------------

Si perawat tadi bertanya lagi pada RIDAM. 'Kalau macam tu, kenapa tak guna ilmu parang terbang ni agar boleh catas kepala orang Israel zalim di Palestin tu..? kan senang..?'..

Maka dengan machonya, RIDAM menjawab sambil mengujinya...

'saudara..awak pernah tak pagar rumah dengan Al-Quran / Zikir bila merawat?'

Dia pun jawab...'pernah...kenapa?'

'apa tujuan awak...?'

Dia pun jawab lagi dengan confident nya.. 'untuk melindungi isi rumah dari gangguan jin dan orang yang zalim...'

RIDAM pun tak habis-habis lagi tanya...'zalim tu ditujukan pada siapa?'

Sekali lagi dia jawab..'orang jahat la...pencuri ker...perompak ker...orang niat jahat ker...'

Ditanya lagi oleh RIDAM...'SETUJU TAK kalau saya kata Israel kat palestin tu ZALIM dan ORANG JAHAT..?'

Dengan over confident nya dia jawab lagi...'SETUJU...! '

Lalu, RIDAM pun tanyalah soalan maut padanya.. 'Habis tu, KENAPA AWAK TAK PAGAR JER SELURUH PALESTIN TU DARI ORANG ISRAEL TU...? kan lagi senang...? '

Maka dengan kesiannya dia menjawab.. 'terkena saya USTAZ...'

Maka, tergelak-gelak lah RIDAM bila membaca jawapan sebegitu di ruangan chat facebooknya... Tak sangka, bumi tak habis pijak, dah berangan dok sentuh langit...

Orang tua kata apa? Hah....Gajah depan mata tak nampak, nyamuk kat belakang pintu leh pulak nampak..

Dah tu, Orang moden kata apa pulak? .. senang jer, SERBAN atas kepala berbelit TAK SEDAR.. kain selendang orang yang lalu kat pasar malam perasan pulak...

-----

Maka RIDAM menambah lagi cerita kelentongnya itu..Kata RIDAM dalam chit-chatnya di facebook dengan hamba Allah tersebut...

'Jangan terus letak hukum.. BELAJAR DULU dan NILAI kan..jangan pulak melencong ke Tempat Membeli Belah di Nilai pulak...

Nama amalan mungkin sama.. Tapi AMALAN tak semestinya sama..

-----

Tapi yang RIDAM terkejut bila si PERAWAT tu tak mengalah lagi tu....Dia tanya lagi...
"Tapi Nabi tak ajar Ustaz...?' Kenapa PERLU belajar..."

Apalagi, RIDAM sound la balik.. 'Bila pulak saya kata PERLU BELAJAR? Ada ke saya kata PERLU?' Tak ada kan..? '

Terkontang-kanting member tu nak jawab... Mati akal dia...Tapi dia control lagi..
'Maksud saya, kenapa perlu, bagi orang yang nak belajar.. Nabi tak ajar kan..?'

Ish..ish..ish...tak paham-paham lagi budak tua ni....RIDAM pun add lagi statement kelentongnya..

'Kalau setakat nak tahu dengan syarat ilmu tu mendekatkan diri pada Allah, kenapa tidak boleh..? Mintak pun pada Allah, agar parang tu boleh catas kepala orang zalim kan..?Bukan mintak pada parang.... Kan konsep doa digunakan. Nak takwil apa lagi....?' Lagipun, kalau nak mintak parang tu catas semua kepala orang zalim Israel, perawat tu kena ada di sana.. Ilmu Parang Terbang ni disyaratkan bilamana pengamal berada dalam keadaan darurat iaitu darurat yang berkait dengan bangkit jatuhnya Islam. Bukan suka-suka leh demo... PENGAMAL dari Malaysia ni nak g palestin macam mana..? Bukan leh suka-suka masuk palestin.. Kena ada tujuan diplomatik...

Yang dalam kes 16 Mei 1969 tu kan dalam keadaan darurat dimana pengamal sendiri (Kiyai Salleh) ada di situ...'

Maka, si perawat sambilan tu pun surrender la.. Dekat 10 minit dia tak reply chat RIDAM hinggalah di reply..

'tima kasih sheikh..! saya dah faham'

Dan RIDAM dengan selamba pun balas.. 'baguslah kalau dah faham...Sebab letih jugaklah nak ceritakan kisah kelentong saya ni pada awak.. Boleh la saya 'pergi dengan aman..'

Dengan terkejutnya dia menaip lagi...'pergi mana Ustaz.......?????'..mungkin dia jangkakan 'pergi' tu sama dengan 'mati' kot...

RIDAM pun jawab... 'PERGI SAHUR....bye..Assalamualaikum..'

Kemudian RIDAM shutdown laptopnya dan makan sahur bersama isteri tersayang..

TAMAT

............................................................................................

kisah di atas tiada kaitan dengan yang hidup,yang mati,yang bersongkok, berkopiah, tidak berketayap atau yang berserban sekalipun. Semua cerita di atas hanyalah cerita & pendapat rekaan semata-mata tanpa ada niat memburuk-burukkan pihak lain.

Maka, diharap kisah rekaan di atas tidak akan mewujudkan perbalahan atau saman-menyaman diantara sesama manusia atau pun makhluk jin yang masih hidup.. Sekian.. :D

http://darulmanzil.blogspot.com/


Lading Emas

Mentera dan Serapah

Nukilan RIDAM - Juga boleh layari web utama di www.ridam.cjb.net

Assalamualaikum..

Kali ini saya tampil untuk berdepan dengan tajuk yang 'panas' kerana banyak MANUSIA di luar sana yang belum mengerti hakikat penggunaan Serapah & Mantera. Rata-rata bahan bacaan, seminar atau ceramah mengatakan Mentera & Serapah adalah HARAM.. Sedangkan kenyataan mereka itu berkemungkinan akan membawa mereka kepada penambahan dosa tanpa mereka sedari..

Kenapa saya berkata begitu...? (nak kena RIDAM ni...)

Kerana ungkapan HARAM pada isu penggunaan Mentera & Serapah ditujukan secara umum. Secara tidak langsung, pengamal mentera & serapah di pihak yang benar akan terkena tempiasnya dari masyarakat awam seperti dilabel khurafat, bida'ah dan sesat.. Kan berdosa tu kalau orang yang tak bersalah di label begitu semata-mata kerana ungkapan HARAM secara umum...

Mentera dan Serapah terbahagi kepada 2 iaitu HARAM & HALAL.

Jenis HARAM
Penggunaan ayat, tasdiq hati dan meminta pertolongan selain dari Allah.

Jenis HALAL
Penggunaan ayat, tasdiq hati dan HANYA meminta pertolongan pada Allah semata-mata.

Contoh mentera:

'Hey Senggoro.
Aku sembahkan 7 ekor jin.
Di atas batu putih. Terlak hitam. Dibawah atap separuh.
Dengan berkat lailahaillallah, Muhammadurrasulallah'

Mentera di atas boleh menjadi 2 hukum pengamalannya iaitu:

1)HARAM jika tidak tahu makna, tashdiq hati pada sesuatu selain Allah & amal secara membabi-buta.

2)HALAL jika tahu makna, tashdiq hati pada Allah dan suci pengamalannya..

Saya nyatakan makna mentera serapah di atas iaitu-

Hey Senggoro:
Senggoro adalah bahasa lama Kelantan iaitu bermaksud YANG MAHA TINGGI.
Siapa yang Maha Tinggi? Tentu Allah bukan.. :D

Aku sembahkan 7 ekor Jin:
Jin yang disebut bukan ditujukan pada Makhluk yang bernama Jin. Tapi ianya merangkumi asas bahasa arab iaitu TIDAK NAMPAK. Dalam quran kan ada sebut beberapa kata dari asas perkataan jin iaitu Jannah(syurga), Junnah(perisai), Janin, Jannullail(kepekatan malam).

7 ekor jin pula di istilahkan kepada 7 anggota sujud iaitu kepala, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.. Jumlahnya akan jadi 7 kan? Maknanya lagi difahami sebagai 7 anggota badan yang kena serangan (penyakit) secara tak nampak (ghaib).

Di atas batu putih, Terlak hitam, Di bawah atap separuh:
Di atas batu putih bermaksud warna putih pada biji mata.
Terlak hitam bermaksud warna hitam di tengah biji mata
Di bawah atap separuh bermaksud bulu mata.

Jadi, ketiga-tiga ayat ini bermaksud Mata...

Dengan berkat Lailahaillah Muhammadurrasulallah:
Yang ni tak payah terang lah.. Kita ni orang Islam patutnya dah tahu...kan?

-------

Jika saya terangkan kesemua makna mentera serapah di atas, ia akan jadi begini..
Hey Senggoro (Wahai Yang Maha Tinggi, yakni Allah)
Aku Sembahkan 7 ekor Jin (Aku serahkan seluruh anggota badanku pada Mu)
Di atas batu putih, Terlak hitam, di bawah atap separuh
(moga-moga dapatku lihat kesembuhan melalui mataku ini)
Dengan berkat Lailahaillallah, Muhammadurrasulallah.

Salah ke mentera serapah di atas?

Ada yang tanya, "Kenapa tak baca macam maknanya Ustaz? kan leh elak fitnah?"

Jawapan:
Kita kena faham bahawa orang dulu amat sukakan puisi, sajak dan pantun.[halusnya adab]
Senang cerita kira bahasa Sastera la... Jadi, penggunaan sastera tinggi ini sudah menjadi amalan orang dulu-dulu dimana ianya penuh dengan makna tersirat dan tersembunyi agar kita lebih belajar dan memahami hakikat kehidupan.Bahasa Al-Quran juga kan bahasa Sastera Arab tinggi...

Manakala sesebuah mantera serapah (kes Halal sahaja) sudah diamalkan dan diberkati sekian lama..Jadi, siapa yang ambik ijazah dan mengamal mantera serapah tersebut hanya perlu sambung Berkatnya dari pengamal dari generasi ke generasi..

Contohnya jika si A amal doa ni 30 tahun..Kemudian di turunkan pada si B yang kemudian di amal lagi 20 tahun.. Jadi berkatnya dah jadi 50 tahun..Begitulah seterusnya jika ucapan mantera & serapah ini diturunkan dan seterusnya di amalkan..

Jika mula dari asas (contohnya nak amal makna mantera serapah di atas), berkatnya akan dimulai dari '0' kerana ia ucapan doa yang masih baru....

Soalan lagi:
Baik pakai ayat Al-Quran jer ustaz? Lagi berkat...

Jawapan:
Memang kalau nak dikira, penggunaan ayat Al-Quran adalah yang sebaik-baik pengamalan. Tapi kalau baca berjela-jela, fahamnya tidak buat apa walaupun tak berdosa tak faham maknanya.. Bila nak berdoa atau merawat, perlulah faham maknanya.. Barulah ikhtiar dan luahan kita pada ALLAH lebih mantop...

Seringkali kita tengok tok bomoh, dukun atau pawang (jenis HALAL shj) berubat cepat baik berbanding Perawat Islam Moden. Kenapa?

Sebab apa yang mereka baca, mereka faham maknanya.. Jadi, penyerahan diri dan taqarrub pada Allah dalam diri mereka lebih yakin & kuat. Yang Perawat Islam Moden ni dok baca Rukyah berbakul-bakul...bila tanya, makna apa tak tahu...

----

Sebab tu kita lihat, tok bomoh, dukun atau pawang baca perlahan dalam rawatan. Salah satu sebab nak elak fitnah la.. Kalau nak terang satu per satu pada pesakit makna mentera yang dibaca, jawabnya tak merawat la.... Tapi lain pula pada sesetengah penceramah yang mengatakan tok bomoh baca perlahan sebab puja Jin...kan dah jadi fitnah tu.... :D

-----

Sebab itu kita jangan terus 'serang' dan buat ungkapan sebarangan tanpa kita usul periksa.. Kalau tak faham atau mushkil, kita tanya dan jangan beri teguran yang mengaibkan.. Berilah teguran yang berhikmah...Jangan pakai 'sound' jer...

----

Pada yang buat statement HARAM pada mantera serapah tu, cepat-cepatlah bertaubat dan sambung lagi pengajian dalam bidang ni..

-----

Artikal ini ditulis mewakili sahabat saya (pengamal rawatan mantera serapah halal) setelah meluahkan kekecewaannya pada sesetengah perawat & ustaz-ustaz yang buat statement tanpa usul periksa...
-------
Tambahan:
Jika nak berubat, perhatikan syariat perawat seperti solatnya, agama dalam keluarganya dan tatacara kehidupannya samada menepati syarak atau tidak....
Wassalam..


Lading Emas

30 August, 2010

Why..? Because U r MusLim..? What a difference...

....dari Email Sahabat..


From: Wardatul Hamrak Bt Mohd Sidek [mailto:Pmawar@cima.uemnet.com]
Sent: Thursday, August 19, 2010 3:22 PM
To: Hamba Allah
Subject: FW: Double standards of the modern world!


From: Noraida Md Nor
Sent: Thursday, August 19, 2010 9:06 AM
To: LiZa(WCS) (s.aliza@wcs.com.my); MaWaR (mawar@matrade.gov.my); sAL (thalasiah@wcs.com.my); TiNy (whartiny@gmail.com); KaK MaZnI (mazni@tourism.gov.my); KaK YoNg (wanhayaty@bnm.gov.my); KaK KiAh (rukiah@tourism.gov.my); KaK JaI (zaimah@tourism.gov.my); Wardatul Hamrak Bt Mohd Sidek; Noorzuliana Zolhamli; Nor Mastura Mohamed; Mastura Ibrahim; Morni Mohd Noor; Suziyana Binti Azmi; Shahila Azura Mohamad Salleh; Rabiatul Ardawiyah; Zuraidah Mokhtar
Subject: FW: Double standards of the modern world!


Noraida Md Nor
Purchasing Clerk
Negeri Sembilan Cement Industreis Sdn Bhd
Lot 3323, Mukim Kepis, Kuala Jelai
72100 Bahau, Negeri Sembilan.
Tel : 06 - 453 2085





    

 










Lading Emas
~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~