QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

02 December, 2010

Kematian/Maut Menjemput kita dimana Sahaja ~ Cukuplah "MAUT" Pelajaran terbaik utk mereka yg mau berfikir

2 maut pacuan 4 roda rempuh lori

02/12/2010 1:48pm

KUANTAN - Dua maut manakala seorang cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki, merempuh bahagian belakang sebuah lori di KM 92.7 Lebuhraya Pantai Timur berdekatan Temerloh, semalam[01-12-2010 -Rabu].

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritenden Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mereka yang maut ialah pemandu kenderaan tersebut, Abas Mohd. Jusof @Yusof, 65, dan penumpang hadapan, Mohd. Helvin Mohd. Hanapiah, 25. Kesemua mereka berasal dari Ijok, Bt.8, Bestari Jaya, Selangor.

Seorang lagi lelaki yang identitinya belum dikenal pasti mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 2.50 petang itu, kenderaan pacuan empat roda tersebut dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

"Sampai di tempat kejadian, pacuan empat roda ini merempuh belakang sebuah lori yang dipercayai berhenti di lorong kecemasan," katanya.

Akibat kejadian itu, Mohd. Helvin maut di tempat kejadian manakala Abas meninggal dunia di hospital. - Bernama

Semoga Allah cucuri Rahmat dan Pengampunan ke atas Roh mereka ..Amin! AlFatihah.




~*~*~*~Andai Ku TaHu~*~*~*


~*~Taubat_Maksiat
~*~
video

~~~Pergi Tak KembaLi
~~~
~*~*~*RamLi Sarip - AndaiKu Tahu



    Biasanya ramai yg dtg melawat dan berziarah jenazah. Malah ramai yg duduk dibawah pokok, halaman, ttpi tidak ramai yg berSolat jenazah [hadiah doa utk kali terakhir]. Sedangkan Solat jenazah adalah satu doa, jk tidak adaWuduk pun boleh ikut Imam Solat Jenazah.
[Kecuali hadas besar sbb Takbir pertama bc Fatihah/Umul Quran dan Takbir kedua Solawat]

    Jika tak tau baca niat dlm bahasa Arab, niat shj "Aku Solat Jenazah ikut Imam" kerana Allah Taala. Mengapa..., senang shj kann...???
Lepas ini diharap sesiapa shj boleh terus ikut Solat Jenazah, walau pun tiada wuduk atau masalah "Niat" sekali pun..!
[Afdhal ~ jk berWuduk ttpi bukan Rukun..!]

RUJUK SOLAT JENAZAH DISINI~ http://tamankoperasibenabt8ijok.blogspot.com/2010/12/solat-jenazahmayyitmayat.html





.
.
~***~Taman KoperasiBENA, IJOK~***~

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~