QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

09 February, 2010

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya



Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar
negara..Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa
cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile
kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik
main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.
Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek
jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan.
Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung
menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu
kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar
di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga
mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk
mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.
Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit
anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya!
Apa kau buat
tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang
terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik
Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu
Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar,
manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab
soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah..

Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut,
selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik
rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau.
Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya
diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar
sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni,
tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang
datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh.
Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .
"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada
tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu
tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang
pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!
Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku
makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"
Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku
betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz
menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi
belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita.
Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan
sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup
Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam
ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah
balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku
mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung
kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul
berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil
dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..
"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia
balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat- pisat
Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama
ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau
tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah
ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. .
Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun.. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2008! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur
arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah
terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam
menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui
semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk
disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah
nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim
lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada
arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman
di sana !

moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar


~Jika Anda Terpaksa Menjatuhkan Orang Lain..,Pastikan Orang Itu Bukan
Rakan Yang Pernah Menolong Menaikkan or kata org putihnya "up2" Diri
Anda.~


\

Lading_Emas

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~