QURAN dan TerJemahan ~ PerHatikan Pesanan Allah dlm KiTabNya ini

AL QURAN

Listen to Quran
~*~*~*Al-Quran OnLine

28 October, 2009

Kenapa tak Beri makan TuhanMu?

Hubungan Dgn Manusia, Hubungan Dgn Allaah

Dari Abu Hurayra ra: bahawa Nabi saw bersabda

" Sesungguhnya Allah akan berfirman kepada hamba-Nya ketika Dia
menghisab pada Hari Kiamat,
" Wahai anak Adam, Aku lapar, tapi kamu enggan memberi Aku makan."
si hamba menjawab," Bagaimana mungkin aku memberi Engkau makan, sedang Engkau Rabbul 'aalamin!"
Allah berfirman," Tidakkah dulu engkau tahu bahawa ada seorang hamba-Ku yang kelaparan, namun engkau tidak mahu memberinya makan? Sekiranya engkau memberinya makan, tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi-Ku."

"Wahai anak Adam, Aku haus, tetapi kamu tidak memberi-Ku minuman."
Jawab si hamba," mana mungkin aku dapat memberi Dikau minum, walhal Engkau Rabb sekelian alam?"
Allah berfirman," Tidakkah engkau tahu,dulu ada si fulan bin si fulan (hamba-Ku) yang kehausan, tapi kamu tidak memberinya minum? Sekiranya kau telah memberinya minum, niscaya kamu akan mendapat pahalanya di sisi-Ku."

"Wahai anak Adam, Aku sakit, tapi kami tidak sudi menziarahi-Ku.
" si hamba menjawab:" mana mungkin aku menziarahi Dikau, sedangkan Dikau
adalah Tuhan sekelian alam."
Allah berfirman, " Tidakkah engkau tahu,si fulan bin si fulan jatuh sakit. tapi kamu tidak menziarahinya? sekiranya dikau menziarahinya, tentu kamu mendapat pahala-Ku berkat menjengahnya. "
[dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Adab alMufrad/402]


menemui bulan puasa, terbukalah banyak peluang, memberi orang makan berbuka puasa. semuga kita ambil kesempatan tu, mengeratkan silaturahim.
dan banyak peluang lain juga, as such yg sunat itu ganjaranya spt yg wajib, maka rebutlah peluang itu ya, kemeriahan Ramadhan semuga di rasai sampai ke penghujungnya.


Lading_Emas

No comments:

~*~ Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... ~*~